Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tahniah Dan Semoga Berjaya Di Universiti ...

Walawei penat kaw-kaw. Diorang punye pasal,aku jugak yang kena. Bermula dari hari khamis dah sibuk dengan urusan-urusan diorang. Kenapa kat pejabat aku jugak tempat ko datang menyibuk? Oh tidak... Pergi dikau dari sini... Grrrr...marah

Namun syukurlah di saat ini semua penderitaan dah habis. Huhu...

Adeeii ape la yang aku duk mengarut ni, aku sendiri tak tau. Bukan nak marah kat sape-sape, just nak hilangkan penat dan update blog sket. Sebenarnya wan terpaksa tolong setelkan sedikit sebanyak tentang urusan pendaftaran pelajar baru tahun 1 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Minggu Induksi Siswa (MINDS '09).

Selain itu, wan jugak bertugas sebagai peniaga kat gerai JHEPA yang jual baju batik, beg, tali leher dan payung. Alhamdullilah laku gak jualan. Dapat la sikit pengalaman menjadi peniaga walo tak banyak mana pon yang aku dapat jual. Maklum la peniaga yang tak bertauliah. Hehe..

Ada kira-kira 2 ribu manusia yang daftar sebagai pelajar baru hari ni termasuk direct entry daripada budak-budak diploma. Tahniah kepada mereka kerana berjaya memasuki UMP dan menyusahkan aku. Patotnya hujung minggu adalah masa untuk relax-relax bersama awex-awex. Kehkehkeh ...setan

Bermula malam ni sehinggalah lagi seminggu, mereka akan menjalani minggu MINDS. Hohoho.. Sabar la yee, semua yang masuk universiti senasib je dengan korang. Setahu aku, hampir seluruh universiti awam kat Malaysia memulakan minggu orientasi bermula hari ni.

Sekali lagi wan nak ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada semua yang terpilih untuk memasuki semua universiti di seluruh Malaysia. Jangan bersedih kalo tak dapat universiti atau course pilihan hati, bila korang dah kenal member-member kat situ nanti hilanglah rasa sedih dan home sick. Orang cakap di universiti lah zaman yang paling best dalam hidup kite.

So, kite enjoyyyyy ... celebrate

Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Masa untuk tidooooooooo...... ZZzzZzZzzz... ngantuk

Baca Lagi...

Wan Kuzain Wan Kamal : Masa Depan Bola Sepak Malaysia?

Lama dah tulis pasal bola sepak. Lagipon sekarang takde yang menarik kecuali Piala Konfederasi kat Afrika Selatan dan musim perpindahan pemain di Eropah. Tinggalkan pasal bola sepak luar negara, hari ni wan nak ceritakan pasal seorang budak. Budak yang istimewa tapi sayangnya berada di Amerika.

Nama budak yang wan maksudkan adalah Wan Kuzain Wan Kamal. Ayahnya berasal dari Malaysia, namun keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998. Apa yang best sangat dengan Wan Kuzain?

Walopon baru berumur 11 tahun, tapi skil yang ditunjukkan olehnya memang hebat. Langsung tak dapat ditandingi oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jom layan video Wan Kuzain beraksi ...



Video ni diupload oleh abangnya yang bernama Wan Kuzack. Sebenarnya adalah terlalu awal untuk mengatakan Wan Kuzain bakal menjadi pemain bola sepak yang berjaya, namun usaha perlu dimulakan dari sekarang. Pihak BolaToday.com pula berkata sudah ada usaha dari pihak FAM untuk menawarkan sponsorship kepada Wan Kuzain supaya memasuki akademi bola sepak di Eropah.

Aku harapnya mereka berjaya. Dah lama Malaysia takde pemain berbakat, malah asyik kalah jek walopon perlawanan peringkat Asia Tenggara. Selain dari tu, aku harap Malaysia takkan rugi lagi sama macam kes Shaun Maloney dan Titus James.

Shaun Maloney adalah pemain muda terbaik Liga Scotland dan pernah menyarung jersi Aston Villa, sekarang bermain untuk Celtic dan negara Scotland. Padahal dia mempunyai kerakyatan Malaysia kerana lahir kat Perlis (kalo tak silap aku). Titus James plak senyap entah hidup lagi ke tak mamat tu. Dulu FAM ajak main untuk pasukan kebangsaan, dia tak mau...


p/s: Adei lama dah tak turun maen bola. Rasa cam dah bertambah 2kg kat perut nih.. Huhu...






Baca Lagi...

Memang Kejam ... !!!

Aku agak terkejut dgn headline paper hari ni. 11 orang jemaah dibunuh ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Serangan yang langsung tak berperikemanusiaan!!

Rasa nak nangis je bila aku baca berita ni. Kenapa la sampai begini manusia kejam? Penyerang menggunakan M16 dan pump-gun, manakala jemaah hanya bersenjatakan iman di hati. Rasa tak sanggup untuk melihat gambar-gambar mayat yang ditutup dengan kain dan lantai masjid yang penuh dengan darah manusia.

Amat jelas ada pihak yang mahu selatan Thai kembali kacau. Tak kesah la siapa pon atau apa tujuan sekalipon, kebenaran mesti ditegakkan. Mereka yang bertanggungjawab patot dihukum bunuh.

Aku risau sebenarnya. Aku takut bala Tuhan seperti tsunami berulang. Kemuncak perbalahan antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia bukanlah peperangan terbuka, tetapi tsunami yang meranapkan sama sekali wilayah Acheh. Risaunya aku kerana selatan Thai amatlah dekat Malaysia, apatah lagi aku yang tinggal di Kota Bharu.

p/s: Bersama-samalah kita membacakan Al-Fatihah dengan niat untuk disedekahkan kepada si mati. Juga doakan keamanan dan kesejahteraan di wilayah Selatan Thai.. Insya-Allah



Baca Lagi...

Gambar - gambar Runtuhan Stadium Sultan Mizan ...

Pelik bin ajaib tol. Stadium Sultan Mizan baru je dibina beberapa tahun lepas. Rasanya last event kat stadium tu adalah SUKMA XII Terengganu 2008. Macamana boleh runtuh ni?

Kalo setakat bus stand runtuh, tak heran la. Ini stadium beb. Stadium besar, rasanya paling besar kat Terengganu. Nasib baik takde yang cedera atau mati. Harap perkara camni takkan berlaku lagi selepas ni.

Layan gambar-gambar runtuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak... (Klik pada gambar untuk lihat lagi jelas, segak dan bergaya)


Sebelom ...

Image Hosted by ImageShack.us


Selepas ...
Image Hosted by ImageShack.us


Lagi gambar di bawah ...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Time camni la dapat buat rezeki lebih sket. Hohoho ...

Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Sempat gak post sket. Manyak sibuk sekarang ooo.. Huhu..

Gambar dicilok dari forum Asscrewz.com


Baca Lagi...

Hantu Kebaya Merah? ...

Rencana utama Kosmo Online hari ni adalah mengenai hantu kebaya merah. Layan gak, paling best bila ada kajian menunjukkan orang Malaysia memang mewah dengan hantu. Bermacam-macam, lebih 700 jenis hantu dicatat dalam tempoh 100 tahun lepas. Huh.. Malaysia boleh...

Paling pelik hantu kalo dah muncul mesti muncul berulang-ulang kali dan kacau kat area sama macam kes hantu kebaya merah kat Gurun. Nak disedapkan cerita, kononnya hantu kebaya merah adalah roh wanita yang pernah mati kemalangan di kawasan itu dan merayau-rayau kerana tidak tenteram. Bosan kot takde geng kat situ, sebab tu die merayau-rayau.. Hehe..

Namun yang pasti, kemalangan kerana hantu kebaya merah memang sudah banyak kali berlaku. Pada 5 Februari 2009, kereta dipandu Chan masuk longkang selepas susur keluar tol Sg Petani angkara hantu kebaya merah...



Kemudian seorang pemandu lori parah setelah lorinya terjatuh ke bawah highway PLUS setinggi 10 meter di kilometer 105.8. Tak pasti bila...



Terbaru di stesen minyak R&R Gurun ...



Ada yang cakap hantu sebenarnya hanya mainan ilusi minda manusia kerana tak pernah ada dalam sejarah manusia mati dibunuh hantu. Bagaimanapun ada yang betol-betol percaya, takut dan tunduk kepada hantu sehingga memuja mereka. Sebagai orang Islam, perbuatan itu ditegah kerana bersifat syirik. Syirik adalah dosa yang paling disukai oleh iblis kerana dosa syirik tidak dimaafkan oleh ALLAH swt.

Aku pernah dengar pendapat Dr Fadzilah Kamsah suatu ketika dahulu dalam satu rancangan di Astro. Katanya hantu mungkin wujud, mungkin tidak. Alasannya kerana dalam Al-Quran atau hadis yang wajib kita percaya, tiada satu pon ayat atau perkataan mengenai hantu. Aku rasa pendapat ini adalah yang terbaik, namun pada masa sama perlu ada kajian. Lagipon kita wajib percaya kepada kewujudan alam ghaib.

Cuma idea mengenai jelmaan roh adalah amat tidak meyakinkan. Mana mungkin roh orang yang dah meninggal merayau-rayau di atas muka bumi. Pada pendapat aku, hantu tidak lain hanya ilusi manusia dan gangguan daripada syaitan serta jin. Mungkin hantu kebaya merah adalah jelmaan jin yang pernah tinggal dengan wanita tersebut semasa wanita itu masih hidup.

Perlu diingat, jin, syaitan dan iblis tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Mereka juga boleh berubah bentuk, bergerak dengan pantas dan sebenarnya tak banyak yang kita tahu tentang mereka.

Pernah dengar mengenai permainan coin of spirit? Pemain akan panggil 'roh', dan 'roh' itu akan datang dan jawab pertanyaan-pertanyaan dari pemain. Ada yang mendakwa 'roh' memang betul-betul datang kerana setelah dilakukan kajian, orang yang diceritakan oleh 'roh' memang wujud dan maklumat pula tepat. Maklumatnya adalah seperti nama, tarikh lahir, tarikh kematian, sebab kematian, asal 'roh' dan lain-lain.

Hakikatnya yang menjawab pertanyaan mereka adalah jin. Maklumat yang diberi pula adalah mengenai tuan atau orang mereka dampingi. Tak kesah la walaupon orang tersebut telah meninggal dunia 500 tahun lepas dan tinggal di benua Amerika Selatan kerana jin tidak mati sebelum hari kiamat dan mampu bergerak pantas.

Manusia hanya mampu mengkaji menggunakan akal dan ilmu yang sedikit, ALLAH swt sahaja yang Maha Mengetahui...


p/s: Jangan terlalu percaya cerita hantu. Itu hanyalah khayalan manusia biasa ...

Baca Lagi...

(Awas) Kes Pertama Selsema Babi Di Malaysia !!

Selesema babi (swine flu) atau sekarang disebut sebagai influenza A (H1N1) telah disahkan sudah merebak kat Malaysia. Mangsanya seorang pelajar yang baru balik dari US pada 13 Mei, mengalami tanda-tanda influenza pada 14 Mei dan terus dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang hari yang sama. Hari ni, 15 Mei telah di conformkan oleh Kementerian Kesihatan. Lihat kenyataan akhbar disini.

Kepada semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIApada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan. Lagi info terkini kat website moh.gov.my

Takutnya aku kalo merebak kat Malaysia. Doakan supaya itu adalah first dan last case ever for swine flu...

p/s: Tapi ada lagi insan yang nak buat kandang babi mega kat Malaysia...sigh

Baca Lagi...

Karnival Kerjaya Keusahawanan Graduan 2009 ...

Daripada pemerhatian aku, ramai pengunjung blog ni mahukan sesuatu yang dapat menceriakan hari mereka (skemanye ayat aku). Tak suka yang surius-surius seperti politik. Sebenarnya ada banyak modal-modal menarik yang ada dalam hard disk aku, tapi entah la. Rasa cam tak best pulak kalo keluarkan semua sekaligus. Hehehe..

Apepon, kat bawah ni ada iklan sikit. Karnival Kerjaya Keusahawanan Graduan 2009 akan diadakan di PWTC start hari ni sampai hari Ahad. Sekarang ni ramai bebudak yang ambik latihan industri sudah tamat latihan mereka, termasuklah member-member aku. Jadi kalo ada masa dan kesempatan, datanglah ke karnival ni. Sekarang ni susah nak dapat keje oii. Jangan memilih sangat. Rembat je apa yang ada..

Bawak resume dengan pendrive sekali. Boleh lawat website rasmi karnival ===>Mycef.com





Baca Lagi...

Perak: Masalah Yang Tiada Penghujung ...

Hoyyeh kita dah tahu siapa sebenarnya yang menguasai negeri Perak. Suatu kemenangan moral yang besar kepada PR kerana keputusan mahkamah jelas menyebelahi mereka. Dr Zambry terpaksa meninggalkan kediaman dan pejabat rasmi Menteri Besar Perak, satu masalah selesai.

Ada yang mengatakan mahkamah tidak boleh masuk campur politik, tapi pada pendapat aku mahkamah adalah satu-satunya institusi di Malaysia yang terlatih dalam mentafsir undang-undang. Lagipun keputusan yang dikeluarkan mereka memang tepat. Tiada sidang DUN, macamana nak tahu undi tidak percaya terhadap Ir Nizar? Aku harap tiada siapa pula yang mahu melaga-lagakan antara pihak mahkamah dan Kesultanan Perak.

Percayalah saudara-saudari masalah kekusutan politik di Perak belum tamat, malah mungkin semakin buntu. Hohoho...

Bagaimana pula dengan sidang DUN? Katakan keadaan kembali kepada keadaan sebelum ini, Ir Nizar sebagai Menteri Besar dan Sivakumar adalah Yang Dipertua Dewan. Jumlah ahli DUN sebenarnya menyebelahi BN, bukan PR. Perlu diingat arahan Sivakumar untuk menggantung keahlian Dr Zambry bersama lagi 6 ahli DUN lain sudah dibatalkan oleh mahkamah. Dr Zambry dan rakan-rakan tidak perlu meninggalkan sidang DUN Perak.

Jadi apa yang jadi? Hehehe... BN kuasai jumlah ahli DUN, tapi yang pegang jawatan Yang Dipertua Dewan dan Menteri Besar adalah daripada PR. Sekali lagi masalah. Oh, aku rasa tidak akan habis selagi tiada pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya untuk negeri Perak diadakan. Bubarkan DUN! Berikan kuasa demokrasi kepada rakyat!

BN pasti sedar jika pilihanraya diadakan, mereka akan tewas. Terimalah hakikat bahawa sememangnya rakyat Perak mahukan PR.

Apapon, aku rasa tidak adil untuk 100% menyalahkan BN atas semua masalah yang timbul. Masalah bermula apabila ada ADUN dari PR yang berpaling tadah dan menjadi ADUN bebas tapi menyokong BN. Aku pelik, susah payah rakyat mengundi beliau sebagai wakil rakyat dari parti PR tetapi senang-senang hati je buat macam tu. Apa niat beliau sebenarnya semasa menjadi calon pada pilihanraya lepas? Berkhidmat kepada rakyat atau kuasa dan duit? Mungkin ada yang menuduh BN menyiram duit terhadap mereka sehingga berpaling tadah, namun jangan menuduh tanpa bukti.

p/s: Sambung keje balik. Nasib baik tak kantoi.. Huhu..sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Pertandingan Ratu Cantik Di Arab Saudi ...

Tahukah anda bahawa Arab Saudi juga menjalankan pertandingan ratu cantik? Rileeek, diorang bukan buat pertandingan ratu cantik seperti di negara-negara Barat (negara kita sama gak) tapi dengan cara yang berbeza. Para hakim tidak melihat kepada shape atau kecomelan peserta, tetapi melihat kepada kecantikan dalaman wanita itu. Ia dinamakan 'Saudi's Miss Beautiful Morals' dan diasaskan oleh Khadra al-Mubarak. Gambar beliau adalah seperti di bawah ...

Image Hosted by ImageShack.us


Peserta akan menyertai bermacam-macam kelas dan menjawab kuiz-kuiz bertemakan "Discovering your inner strength," "The making of leaders" dan "Mom, paradise is at your feet". Hakim akan melihat sejauh mana peserta menghayati ajaran Islam, hubungan peserta dengan ibunya dan lain-lain. Masya-Allah, memang bagus kan?

Sebenarnya aku menulis bukan kerana nak ceritakan pasal pertandingan ini, tapi nak meluahkan rasa kecewa dengan sifat orang-orang Barat bukan Islam. Mereka tidak tahu yang mereka jahil tentang Islam, oleh itu pertandingan ni diperlekeh dan dihina. Artikel oleh AP tentang 'Saudi's Miss Beautiful Morals' boleh dibaca di laman OnlineAthens.com.

Kalo rajin boleh pergi baca sendiri kat website tu, aku malas nak cerita balik. Times Online juga ada mengulas mengenai ini dalam ruangan Faith Central. Ada sesetengah pengkomen di ruangan ini yang mengatakan burkha yang dipakai oleh Khadra al-Mubarak sebagai 'stupid', 'like black bag' dan 'swine flu protector'. Penulis artikel pula mempersoalkan bagaimana kecantikan dalaman wanita dinilai kerana terlalu abstrak. Habis tu kalau kecantikan luaran tak abstrak ke?

Aku hairan kenapa mereka suka menghina Islam, sedangkan kita tidak menghina mereka. Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada mereka supaya menerima hidayah-Mu ... Amin ...



Baca Lagi...

Sidang DUN Yang Kelakar Dan Memalukan ...

Hehe.. Kelakar dan memalukan! Itu yang aku dapat simpulkan daripada sidang DUN Perak semalam. Gaduh tak henti selama 6 jam, bertikam lidah, kutuk dan cerca, segala perbuatan yang boleh menggelengkan kepala seorang budak berumur 4 tahun. "Tak sangka orang dewasa bergaduh sampai begitu sekali. Adik gaduh dengan Mat rumah sebelah semasa main masak-masak pon tak gadoh sampai macam tu sekali", kata budak itu.

Perkara ini takkan ada penghujung selagi tiada kata putus dari mahkamah. Pendapat aku senang je, jangan buat apa-apa sidang dun sehingga mahkamah tinggi putuskan siapa yang kuasai DUN Perak sebenarnya. Keputusan dijangka akan diumumkan pada hari Isnin minggu depan. Bersabarlah...

Image Hosted by ImageShack.us


Photo credited to Malaysiakini

p/s: Kita rakyat biasa baik jangan sertai apa-apa perhimpunan haram ...

Baca Lagi...

Konsep One Malaysia Gagal?


Terkejut betol aku tengok keadaan politik di Indonesia dan Thailand. Sanggup bergadai nyawa kerana politik. Di Indonesia, seorang mati manakala lagi tiga tenat di hospital kerana cubaan bunuh diri. Alasannya, kalah dalam Pemilu yang telah diadakan baru-baru ni. Kat Thailand, tembak-menembak dan rusuhan yang berlaku menyebabkan kekacauan dan nama Thailand menjadi buruk. Risaunya kalo keadaan macam ni terjadi kat Malaysia. Negara tak aman kerana politik yang bergelora.


Aku tertarik dengan kenyataan dari Harakah Daily 2 hari lepas. Katanya konsep One Malaysia gagal, gagal sepertinya Islam Hadhari semasa era Pak Lah yang melelahkan. Hahaha.. Apa punye lawak. Aku akui konsep Islam Hadhari oleh Pak Lah memang gagal, tetapi mengatakan konsep One Malaysia yang baru seminggu di gunakan oleh Datok Seri Najib adalah gagal tidak adil sama sekali. Aku nak tanya sikit je, mana konsep Negara Islam yang diwar-war dan dibanggakan oleh PAS selama ini? Dimana?

Bukan aku tidak menyokong konsep Negara Islam, tapi kalo nak mengata tu tengok baju sendiri dulu. Jangan cakap baju orang lain koyak kalo baju kita koyak juga. Aku amat-amat sokong konsep negara Islam oleh PAS namun hampa kerana PAS tidak mampu. PAS bergabung dengan DAP, suatu parti politik yang anti-negara Islam. Cuba tengok video di forum iLuvIslam.com ini. Jika video ini benar (takde orang edit), maka nampak sangatlah Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup menipu semata-mata mahu menjaga hati ahli DUN dari DAP. Mana bagus, orang yang hipokrit (depan pengundi cakap lain, depan rakan dia cakap lain) ataupun orang yang terang-terang tidak berminat dengan konsep negara Islam?

Dulu dalam satu debat di Kota Bharu, Datuk Husam Musa (ADUN Salor tempat aku tinggal) cakap PAS akan terus perjuangkan konsep negara Islam walaupon bergabung dengan DAP setelah dicabar oleh Khairy Jamaluddin. Dalam tempoh 2-3 hari, Datuk Husam keluarkan kenyataan bahawa penubuhan negara Islam terpaksa ditangguh kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum menjadi realiti.

Senangnya jadi pembangkang, tunggu je apa yang kerajaan nak buat pastu mengata ramai-ramai. Tapi orang yang mengata tu lebih kurang juga. Bercakap memang senang, kecuali orang bisu.

Lagi satu adalah mengenai Setiausaha DAP, Nga Kor Meng yang berceramah sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Aku sokong pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam sepatutnya diberi galakan untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran. Tak salah sama sekali untuk orang bukan Islam untuk menyebut ayat-ayat dari Al-Quran.

Tapi adakah Nga Kor Meng gunakan ayat Al-Quran untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran?? Tidak, beliau guna ayat-ayat dari Al-Quran untuk berpolitik. Ceramah politiknya untuk menarik perhatian penonton dari golongan Melayu Islam. Nga Kor Meng mengatakan bahawa beliau telah mempelajari dulu sedikit sebanyak mengenai Al-Quran dan juga mengambil kira pendapat dari Ir. Nizar Jamaluddin sebelum menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramahnya. Tapi boleh jugak ke kalo orang bukan Islam guna petikan ayat dari Al-Quran untuk tujuan politik? Ntah la, aku tidak layak untuk mengeluarkan fatwa.

Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Aku anti-taksub parti politik. Setiap pihak mesti ada yang salah dan ada yang betul. Jangan cakap kita sokong parti A, maka semua perkara tentang parti A adalah betul dan parti B pula salah semua sekali.

Buka minda untuk menerima kebenaran... Belajar berfikir lebih kreatif...

Baca Lagi...

Seloka sinis Mat Pen ...

Perhimpunan UMNO berakhir hari ini. Tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada Tun Dr Mahathir kerana hadir secara mengejut pada hari ini. Ini menunjukkan Tun Dr M masih sayangkan kepada UMNO walaupon UMNO sudah rosak kerana politik wang.

Disini aku nak berkongsi seloka sinis oleh Ismail Yaacob, wakil Kedah yg lebih dikenali sebagai Mat Pen (singkatan perkataan pendek) semalam. Beliau memerlukan pelapik kaki semasa hendak menyampaikan ucapan kerana kependekannya. Bagaimanapun idea dan isi seloka oleh beliau jauh lebih tinggi daripada ketinggian badannya. Seloka yg penuh dgn teguran dan sinis perli amat sesuai untuk kita amati dan difikirkan bersama.

Seloka sinis Mat Pen adalah macam kat bawah...


Pada Datuk (Seri) Najib ,

Dalam sebuah kapal
seorang saja jurumudi,
Jangan selalu dengar penasihat kanan atau kiri,
Tapi banyak ambil kira kehendak akar umbi.

Kita kalah pilihan raya
jangan dok salah sapa-
sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak,
sombong dan gila kuasa,
Akar umbi kita tak ambik kira.

Bila bayaran elektrik
sikit naik atas,
Menteri kata jangan
pakai aircond, pakai
kipas,
Yang ada kipas elektrik, dia suruh pakai kipas
kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.

Menteri kata bulan Ogos, baru minyak naik harga,
Takdan bulan lapan,
Naik terus lepas bulan dua,
Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap
macam burung kakak tua.

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Takdan dua hari dia buh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kesian.

Menteri Pelancongan mai sekali sekala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu kalau tak mau tongkat ali,
Kami bermasalah besaq dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga, Langkawi dah jadi sunyi.

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah pilihan raya kecil di dua kawasan.

Saya nak tanya tuan Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh jalan bahaya,
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok belaga.

Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempaq sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut.

Setengah kita cari makan kira dok ampu,
Takdan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Orang pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat, envelop besar dia sapu.

Dari warung kopi hingga ke warung berbintang,
Orang dok cakap Umno dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang alamat Umno jatuh terkangkang,
Tapi sorang kawan saya pulak berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini kat rumah kena jugak jaga.

Kalau bagi tentu salah,
Kalau tak bagi takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pulak parah.

Apa pun, Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pulak tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.

Mulai dari sekarang,
Kita mesti berusaha,
Sedikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga,
Baru boleh dapat lebih dari dua per tiga.


Baca Lagi...

Media, UMNO Dan KJ ...

Bosannya bila baca paper, setiap masa mengenai Pemilihan UMNO 2008/11. Hakikatnya, 51% daripada pengundi Semenanjung Malaysia menyokong pembangkang. Secara logik, UMNO bukan lagi boleh dianggap parti dominan di Malaysia. Populariti UMNO bergantung kepada media yg dikuasai oleh mereka. Itu pun jika di internet, populariti media pembangkang serta beberapa media yg berpandangan bebas dalam politik seperti Malaysiakini dan Agenda Daily mengatasi Utusan Online dan Berita Harian.

Semalam Datuk Seri Abdullah berkata UMNO akan berkubur jika menyekat kebebasan rakyat. Namun beberapa hari lepas (ketika masih pegang jawatan PM), beliau menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan tanpa sebab selama 3 bulan. Pelik tapi benar, tapi itulah PM Malaysia yg ke-5. Bible versi terjemahan Bahasa Melayu yg menggunakan nama ALLAH bebas dijual di kedai buku, diorang tak gantung pulak??

Tan Sri Muhyiddin Yassin menang Timbalan Presiden, aku tak heran. Tapi Khairy Jamaluddin menang jawatan Pemuda UMNO......?

Tindakan Lembaga Tatatertib UMNO hanya memberi amaran kepada KJ walaupun sudah disahkan ejen beliau menabur wang adalah mengecewakan. Tapi perwakilan UMNO menyokong KJ sehingga menang, itu adalah tindakan yg bodoh. Bodohnya perwakilan UMNO yg memangkah KJ. Amat bodoh.

Sekarang sudah jelas UMNO memang gilakan wang. Orang yg sudah disahkan sebagai perasuah disokong sehingga menang, itu amatlah tidak bermoral. Rakyat melihat perkembangan ini secara langsung di tv. UMNO yg tidak berubah.

Pengerusi Lembaga Tatatertib UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen merupakan veteran UMNO yg sudah berpuluh-puluh tahun berpolitik pasti mempunyai sebab kenapa KJ hanya diberi amaran. Aku yakin tindakan itu diambil untuk memberi peluang kepada UMNO membersihkan nama mereka. Jika KJ tewas, maka rakyat dapat melihat bahawa UMNO menolak pemimpin yg rasuah. UMNO betul-betul mahu berubah.

Tetapi hampeh, apa yg jadi sebaliknya. Apabila poket sudah diisi, janji perlu ditunaikan. Apakah jawatan dalam kabinet yg dipegang oleh KJ? Kita sama-sama tunggu. Cita-cita KJ untuk menjadi PM paling muda sudah semakin hampir. Mungkin PM Malaysia ke-7?? Itu kita tidak tahu...

p/s: Hujah akan ganti Harakah dipasaran. Memang bersemangat orang-orang PAS...

Baca Lagi...

Mat Rempit Juga Menyokong Vote Earth 2009 ...

Seperti biasa, Mat akan balik rumah setelah puas merempit di sekitar bandar Kuantan bersama-sama dengan kawan-kawan dan aweknya. Namun pada malam itu, beliau ditahan oleh seorang anggota polis trafik walaupon dah tak jauh dari rumahnya. Maka terjadilah perbualan antara Mat dan polis tersebut...

Mat : Salam encik. Nape tahan saya ni?

Polis: Salam. Amboi buat-buat tanya plak. Kenapa tak pasang lampu motor?

Mat: Encik, punye banyak lampu jalan kat Kuantan ni. Jadi buat apa saya pasang lampu motor saya. Saya sokong kempen Vote Earth 2009 kalau encik nak tahu. Tak baik membazir.

Polis : Ooo camtu... Kurang ajau punye budak. Siap la ko..

Tiba-tiba polis itu membuang angin tayar motor Mat ...

Mat : Hoi! Gilo apo... Macamana aku nak bawak motor ni kalo tayar takde angin?

Polis : Lerr... Sana angin. Sini angin. Situ angin. Nak angin mana lagi nih??

Mat : ....



p/s : Gambar adalah dari kumpulan Harley Palangchao di wilayah Banaue, Filipina ...

Baca Lagi...

Perhimpunan Raksasa Anti-PPSMI !!

Satu perhimpunan raksasa anti-PPSMI akan diadakan di Istana Negara pada hari Sabtu 7 Mac 2009 pukul 2 ptg...

Sememangnya pelik dan hairan, dah nampak sangat PPSMI banyak membawa keburukan dan tidak disokong tapi kerajaan masih tidak mahu dengar pandangan rakyat. Aku pernah bertanya kpd seorang mak saudaraku yg sudah mengabdikan dirinya dalam bidang pendidikan di sekolah hampir 20 tahun. Katanya kalau bukan kerana soalan yg amat mudah dan dwibahasa, sudah pasti sebahagian kecil sahaja yg lulus peperiksaan UPSR. Graf pula diturunkan supaya ramai yg akan lulus. Selepas keluar keputusan UPSR, maka hebohlah bahawa pencapaian tidak menurun malah meningkat walaupon dgn PPSMI. Sedarlah Datok, kita rakyat Malaysia bukan sebegitu bodoh untuk percaya apa yg Datok dan konco2 hebohkan dalam media.

Aku akui aku sendiri tidak mampu menyertai perhimpunan ini kerana kekangan jarak dan masa. Namun sesiapa yg berada di sekitar Lembah Kelang dan mempunyai jati diri untuk mempertahankan bahasa ibunda disarankan untuk meramaikan majlis ini. Perhimpunan ini tiada kaitan dengan politik mahupun wang ringgit walaupun mungkin ada beberapa politician yang hadir kerana mahu publisiti murahan. Semoga target 100 000 orang akan hadir tercapai. Klik pada gambar supaya lagi jelas...


Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih kepada www.menj.org

Baca Lagi...

Air Asia Bakal Taja Jersi Man Utd?

Hari ini aku buka laman blog Datuk Tony Fernandes setelah kawan aku cakap ada sesuatu menarik kt blog tu. Awal2 tu aku ingat sbb template blog tu menarik, tapi sebenarnya ada sesuatu yg lagi menarik. Entri yg latest adalah bertajuk 'Manchester United love affair'. Datuk Tony Fernandes
bercerita tentang tawaran oleh Man Utd supaya Air Asia menaja jersi mereka. Wowww!.. Maybe jersi Man Utd untuk musim hadapan macam kt bawah...

Image Hosted by ImageShack.us

Fuiyyoo.. Aku mmg respect kt Air Asia dan Tony Fernandes kalo Air Asia dpt taja jersi Man Utd. Man Utd merupakan kelab bola sepak terfamous dan paling ramai penyokong di atas muka bumi. Bagaimanapon beliau masih lagi berkira-kira sama ada terima tawaran itu atau tidak. Pendapat aku senang je. Go for it!!!... Terima tawaran Man Utd dan buktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai world class company. .!!

Image Hosted by ImageShack.us

Cilok dari TonyFernandesBlog.com

p/s: Aku harapkan Air Asia terima tawaran ni dan Cristiano Ronaldo tidak pindah ke Real Madrid..

Baca Lagi...

Counter Attack Oleh PR Perak!!

Seperti permainan bola, tetapi melucukan. Itulah senario politik di Perak. Setelah berjaya menguasai Perak, nampaknya kerajaan BN Perak telah melakukan kesilapan yg membawa padah. Sudah menjadi kebiasaan pemain2 bola akan menjadi sedikit alpa apabila mendahului lawan 1-0.
Kesilapan itu digunakan sebaik-baiknya dan sekarang PR pula telah mendahului 1-2. Hahaha..

Image Hosted by ImageShack.us

Aku gelak bukan kerana PR dapat balik Perak, tetapi hukuman yang telah dikenakan terhadap Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya. Mereka digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan, manakala Zambry pula selama 18 bulan (sumbat gol tapi pastu dapat kad merah). Apalah guna kuasa sebagai Menteri Besar dan exco jika tidak dapat menghadiri sidang DUN. Dari segi matematik pula, PR kembali menguasai Dewan Undangan Negeri(DUN) negeri Perak. Ringkasnya, PR berjaya membolosi gawang BN di Perak sebanyak 2 gol melalui 1 sepakan. Hahaha.. Sekali lagi aku tergelak.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang bahawa Menteri Besar dan barisan exconya hanya dapat dilucutkan jawatan jika sidang DUN diadakan dan Menteri Besar mendapat undi tidak percaya. Bagaimanapun kerajaan BN Perak lagi masih menguasai Perak jika persidangan DUN tidak diadakan kerana undi tidak percaya tidak dapat dilakukan. Sekarang ini tinggallah kerajaan BN Perak sebagai kerajaan minoriti yg sudah pasti tidak stabil. Last2 yang rugi adalah rakyat...

Sumber: Malaysiakini.com

Baca Lagi...

Keputusan terkini Liga Super Hari Ke-6...

Sabtu 14 Februari 2009; Hari ke-6 Liga Super 2009 dgn jayanya berlangsung di 7 buah stadium seluruh Malaysia. Selangor dan Kelantan berjaya menewaskan lawan masing2 dan berkongsi mata yg tertinggi dlm Liga Super namun kerana perbezaan gol yg dihasilkan, Selangor berjaya mendapat tempat pertama. PDRM meneruskan aksi hambar apabila dibelasah dgn bergaya oleh Pahang di tempat sendiri. Lain2 keputusan adalah seperti di bawah:


JFCJohor FC-PERPerak FA0:1



PERPerlis FA-NEGNegeri Sembilan FA1:0



KLPKL PLUS FC-SELSelangor FA1:3



UPBUPB-MyTeam FC-KEDKedah FA0:1



KUAKuala Muda NAZA FC-PENPenang FA3:1



PDRPDRM FA-PAHPahang FA1:4


KELKelantan FA-TERTerengganu FA3:2



Kedudukan terkini Liga Super 2009:

Rank
Team Points Played W D L Goals Diff.
1 (2) SEL Selangor FA 15 6 5 0 1 16:6 10
2 (4) KEL Kelantan FA 15 6 5 0 1 16:12 4
3 (1) NEG Negeri Sembilan FA 12 6 4 0 2 12:4 8
4 (3) KLP KL PLUS FC 12 6 4 0 2 10:7 3
5 (5) PER Perlis FA 12 6 4 0 2 9:7 2
6 (6) KUA Kuala Muda NAZA FC 12 6 4 0 2 8:6 2
7 (10) PER Perak FA 9 6 3 0 3 7:9 -2
8 (7) JFC Johor FC 8 6 2 2 2 7:9 -2
9 (12) KED Kedah FA 7 6 2 1 3 4:8 -4
10 (13) PAH Pahang FA 6 6 2 0 4 10:10 0
11 (8) TER Terengganu FA 6 6 2 0 4 8:9 -1
12 (9) UPB UPB-MyTeam FC 6 6 2 0 4 8:10 -2
13 (11) PEN Penang FA 4 6 1 1 4 7:14 -7
14 (14) PDR PDRM FA 0 6 0 0 6 3:14 -11

Sumber: HarimauMalaya.com

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template