Hoyyeh kita dah tahu siapa sebenarnya yang menguasai negeri Perak. Suatu kemenangan moral yang besar kepada PR kerana keputusan mahkamah jelas menyebelahi mereka. Dr Zambry terpaksa meninggalkan kediaman dan pejabat rasmi Menteri Besar Perak, satu masalah selesai.
Ada yang mengatakan mahkamah tidak boleh masuk campur politik, tapi pada pendapat aku mahkamah adalah satu-satunya institusi di Malaysia yang terlatih dalam mentafsir undang-undang. Lagipun keputusan yang dikeluarkan mereka memang tepat. Tiada sidang DUN, macamana nak tahu undi tidak percaya terhadap Ir Nizar? Aku harap tiada siapa pula yang mahu melaga-lagakan antara pihak mahkamah dan Kesultanan Perak.
Percayalah saudara-saudari masalah kekusutan politik di Perak belum tamat, malah mungkin semakin buntu. Hohoho...
Bagaimana pula dengan sidang DUN? Katakan keadaan kembali kepada keadaan sebelum ini, Ir Nizar sebagai Menteri Besar dan Sivakumar adalah Yang Dipertua Dewan. Jumlah ahli DUN sebenarnya menyebelahi BN, bukan PR. Perlu diingat arahan Sivakumar untuk menggantung keahlian Dr Zambry bersama lagi 6 ahli DUN lain sudah dibatalkan oleh mahkamah. Dr Zambry dan rakan-rakan tidak perlu meninggalkan sidang DUN Perak.
Jadi apa yang jadi? Hehehe... BN kuasai jumlah ahli DUN, tapi yang pegang jawatan Yang Dipertua Dewan dan Menteri Besar adalah daripada PR. Sekali lagi masalah. Oh, aku rasa tidak akan habis selagi tiada pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya untuk negeri Perak diadakan. Bubarkan DUN! Berikan kuasa demokrasi kepada rakyat!
BN pasti sedar jika pilihanraya diadakan, mereka akan tewas. Terimalah hakikat bahawa sememangnya rakyat Perak mahukan PR.
Apapon, aku rasa tidak adil untuk 100% menyalahkan BN atas semua masalah yang timbul. Masalah bermula apabila ada ADUN dari PR yang berpaling tadah dan menjadi ADUN bebas tapi menyokong BN. Aku pelik, susah payah rakyat mengundi beliau sebagai wakil rakyat dari parti PR tetapi senang-senang hati je buat macam tu. Apa niat beliau sebenarnya semasa menjadi calon pada pilihanraya lepas? Berkhidmat kepada rakyat atau kuasa dan duit? Mungkin ada yang menuduh BN menyiram duit terhadap mereka sehingga berpaling tadah, namun jangan menuduh tanpa bukti.
p/s: Sambung keje balik. Nasib baik tak kantoi.. Huhu..
Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains
2 years ago
begini la bila undang2 boleh di putar belit..undang2 manusia boleh di ubah ditambh dan di lindungi..
ni k0t penghujungnya..hu3
masalah dunia..tiada penghujungnya..
aku rasa jalan terbaik kedua2 parti tu ialah bubar dun..adakan pilihan raya ..biar rakyat tentukan
nonna - undang2 dari Tuhan saja yg valid sepanjang masa ...
sharamli - nanti kiamat baru selesai masalah manusia...huhu
She-Qin - ada penghujung...bila manusia dlm liang lahad..emm
boboiz - yeah..itu yg betol.tp BN penakot..
btol kata boboiz...klo berani bubar dun...zambry sbnrnye wt rayuan untok mmbt usul x prcya kpd speaker..so sblom bbar dun byk ler die leh wt tok mgjahanamkn PR...trmsuk pasl pruntukan bljanwan ngri,leh pcat speaker...smoga kbnran terbukti melalui KeADILan!!!!takbir;;;;