Sekeping Gambar, Selembar Kenangan ...

AMARAN: Entri ni adalah entri terpanjang pernah aku tulis. Read on your own risk!!gigitjari

Image Hosted by ImageShack.us

Apa yang menarik pasal gambar kat atas ni ye? Hemm.. Sekor beruk dan burung merpati sedang bercanda. Takde pegawai JAWI ke yang nak tangkap diorang? Hehehe... Tapi apa yang gambar ni nak tonjolkan sebenarnya adalah persahabatan. Beruk dengan burung merpati boleh berkawan, kita sesama manusia yang berakal ni macamane?

Teringat pulak dengan kawan-kawan ketika sekolah dulu, time muda remaja dan tak tahu ape-ape. Kepala otak nak hepi jer, takde pikir pasal kerja dan masa depan lagi. Seboleh-bolehnya nak ponteng kelas. Namun apakan daya, aku takut dengan misai guru disiplin. Nama dia Cikgu Mamat, aku ingat lagi sebab dia pernah rotan aku dan juga ajar subjek Sains pasal sistem pembiakan manusia. Muehehe...angkatkening

Ketika sekolah menengah, aku belajar di 3 buah sekolah. SMIP dan SMK Kota di Kota Bharu dari form 1 sampai form 3. Form 4 plak aku ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Putrajaya ketika form 5. Sebenarnya itu kali pertama aku berjauhan dari keluarga dan tinggal dengan kawan-kawan dari berlainan negeri.

Seriusly untuk beberapa minggu pertama aku kat SAS, rasa nak panjat pagar dan balik rumah je. Mana tahan beb, sikap dan cara mereka bergaul dicampur pula dengan persekitaran yang amat berbeza. Aku cakap kelate, diorang buat tak tahu je sebab tak berapa paham. Kena belajar cara cakap Kay El plak. Last-last aku jadi kurang bergaul walaupon budak kelas dan dorm aku sendiri, kecuali member-member dari negeri Kelate dan Gannu Kite.

Namun dengan peredaran masa, aku mula sesuaikan diri dengan alam sekitar.. Macam rencana alam pulak dah. Hehe..

Aku belajar di kelas 4 Cita, kelas yang boleh dianggap tercorot berbanding kelas-kelas lain dan juga paling kotor, namun 4 Cita juga satu-satunye kelas yang ada internet. Diorang semua jeles je tengok aku duk chatting hampir tiap-tiap hari. Hehehe... Namun kerana internet la aku pernah kena lempang dengan warden. Adoyaii.. Masih terasa kehangatan sentuhan mu di pipi ku.. Huhu..

Semasa kejadian, ada kira-kira 10 orang dalam kelas pada jam 3 pagi. Diorang sedang layan kuiz kat ruang chat IRC channel #quiz. Masing-masing akan cuba jawab kuiz dan bersorak macam orang gila kalo jawapan betul. Pak Gud yang memang jeles dengan kitorang call warden dan hasilnya kesan sentuhan maut kat pipi. Adess... Hehehe..tumbuk

Dorm aku pula adalah dorm yang paling tunggang-langgang dan penuh dengan port simpan rokok serta daun terup. Namun dorm itu jugalah yang paling best. Penduduk adalah lebih 20 orang dan memang meriah setiap hari. Nama ahli dorm yang paling havoc sekali ialah Mach, Tikus, Nippon, Haikal, YoungMen, Chomet, Adli dan yang paling penting sudah pasti Skuba. Dari nama dah tahu perangai orangnye camane ... Hahaha... Pelik-pelik, mengalahkan cerita Labu Labi.

Pada awalnya aku memang rasa menyesal kerana masuk dorm tu. Tapi bila pindah ke Putrajaya, aku rasa nak kumpul ahli-ahli dorm dulu. Kat Putrajaya, dorm dipecahkan kepada rumah sukan masing-masing. Dorm pulak kecik je. Tak best sangat.

Selepas pindah ke Putrajaya time form 5, sekolah buat peraturan baru pasal kebersihan kelas. Kelas paling kotor setiap minggu akan kena denda cuci kawasan sekolah. Sudah pasti pemenangnya untuk minggu pertama di Putrajaya adalah 5 Cita. Yeayy.. *clap clap clap* Hahaha... Rajinnya aku buat kerja-kerja paksarela camni.

Sebenarnya Skuba juga adalah ketua kelas 5 Cita. Bila habis kena denda, cikgu kelas datang dan sound kitorang. Skuba memang tak puas hati, dah la penat buat kerja paksarela pastu kena sound plak. Jadi Skuba buat EGM kelas dan arahannya memang tak boleh blah. Hehe.. Dia nak 5 Cita menang kelas tercantik minggu depan. Aiyyaark...

Dengan penuh semangat kesukanan, semua ahli kelas buat kerja masing-masing. Ada yang pergi beli barang seperti pelekat, pen, kertas warna dll. Ada juga cuci kipas, susun meja, susun rak buku dan aku pula tolong beli air untuk diorang. Hikhikhik.. Sempat lagi mengelak buat keje.

Seminggu kemudian tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Keputusannya, kitorang dapat nombor 3 kelas tercantik. Yezzaaaa.. Har3.. Dapat nombor 3 dah rasa cam nak nangis dah. Hehehehe.. Adoi sakit perut bila ingat balik hari tu. Memang terharu.

Akhirnya seminggu kemudian barulah kitorang dapat hadiah kelas tercantik. Memang besar lubang idung Skuba time ambik piala pusingan kat pentas pavillion semasa perhimpunan mingguan. Hehehe..celebrate

Semuanya berlaku kira-kira 5 tahun dulu, namun kenangan terasa segar dalam memori seperti baru semalam terjadi. Banyak lagi kenangan suka-duka selama sekolah kat SAS namun tak larat untuk ceritakan semuanya. Cukuplah simpan di hati agar sentiasa diingati.

4 Cita in da House
Image Hosted by ImageShack.us

Sekarang semua dah berlalu. Masing-masing ada jalan hidup sendiri. Aku kat sini sensorang duk menulis entri ni jam 5 pagi sambil dengar lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Walaupon sekadar 2 tahun, namun SAS memang terpahat di hati dan pasti takkan aku lupa. Semoga kita berjumpa kembali kawan-kawan. Aku doakan semoga kita berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat ...

p/s: Akhirnya setelah perah otak selama 3 hari 2 malam, aku dapat jugak siapkan entri ni. Entri khas untuk contest anjuran blog Khairil Lifestyle. Nak join gak? Pi tengok sendiri kat blog die yee... Hehe..sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Tag & Award ...

Travian memang game online yang cam hampeh. Setiap masa kena online takut kena serang. Dah macam ketagih plak sehingga blog sendiri dah terabai. Adoyai... Kalo tak online, takot kena kick dari federation dan pastu konpom senang-senang jadi sasaran perompak (raid)... Huhu..nangih

Kembali kepada tajuk. Hemm.. Lama dah tak dapat award atau tag. Syukurlah.. Hehe.. Tag datangnya dari sedare AzizWan manakala award dari sedare BD Fabregas..


Tag dari sedara AzizWan

Sebenarnya aku pernah dapat tag yang sama dari cik Lea, tapi rasa nak buat gak untuk kali kedua. Tujuan utama aku tunaikan tag ni adalah untuk ceriakan sket saudare AzizWan. Dah banyak hari blog AzizWan tak leh bukak dan aku rasa beliau terima nasib sama seperti Chokilala. Chokilala riang dah tak riang lagi sebab hosting hancuss dan admin blog plak tak buat backup. Habis semua entri, komen, themes, plugins dll. Huh, bahaye tol. Harap diorang bersabar dan dapat buat come back lepas ni ...senyum


Arahan:

1. Sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.



2. Ceritakan tentang wallpaper tue.

Entah la. Aku rasa wallpaper ni best je bila aku pandang, sebab tu aku amik jadikan wallpaper. Warna yang ceria dan tak kelam-kabut, design plak tak berserabut. Cukup la sebagai syarat untuk jadi wallpaper. Tak minat yang berserabut, nanti otak aku jadi serabut gak bile tgk. Hehe.. Icon tak banyak yang ada dan aku pakai theme windows basicnye je.

Dari segi seninya plak? Hemm.. Mesti la 4 segi. Biase la tu. Takkan ada wallpaper yang bentuk 3 segi plak? Keh3...gatai


Award dari sedara BD Fabregas

BD Fabregas, suatu nama yang takkan aku lupa. First time dengar, aku ingatkan mamat ni memang sedare dekat Francesco Fabregas tapi sebenarnya tidak. Sebab bila aku tengok kad pengenalan die, langsung takde perkataan Fabregas. Tinggal kat Jasin,Melaka plak tu. Har3.. Jangan marah ye incik BD. Kalo marah nanti bertambah uban kat kepala ko. Hahaha...setan



Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

5 je? Alahai kalo nak cerita fakta menarik pasal BD memang banyak sangat. Tapi dah peraturannya nak 5 je, terpaksa la ikut. Huhu..

i) Zabidi adalah ex-roommate aku kat UMP dan dialah penyebab utama aku buat blog. Kalo tak sebilik dengan die, maybe aku tak kenal pon dunia blog. BD juga admin Blogger-UMP.

ii) Lahir sekitar bulan April kot. Tak pasti..

iii) Tinggi sekitar 160+ cm ... Rendah sket dari aku..

iv) Berat... Lebih 2-3kg dari aku. (Tak pernah bagi tau pon. Aku pakai agak je. Hehehe..)

v) Suke anime dan cerita-cerita Melayu kat tv3. Rajin tol download...

vi) Suke kucing

vii) Cita-cita nak beli 135LC dan skyline gtr

viii) Eh dah lebih 5 laa... Sorry2 ..malu


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima seterusnya

Namaku wan. Sebenarnya nama aku terdiri dari 3 perkataan, cukuplah wan sebagai pengenalan di alam siber...

Lahir pada 13 Zulkaedah 1406

Tinggi sekitar 170cm

Berat dalam 64kg

Asal Kelantan, sekarang study kat Pahang

Suka kucing walopon tak pernah bela kucing

Suke kalo member belanja kite, tapi kite tak suke belanja member. Hik3...

Seorang mat motor, bukan mat rempit ye adik-adik. Merempit membahayakan kesihatan ...

Target nak beli kereta sebijik. Tak kisah la kereta ape pon asalkan guna injection system, turbocharge, enjin lebih 2000cc, rim 18" Enkei, Brembo carbon brake system dan techtronic systems...

Saye suke blog saye ....celebrate


Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka

Huhu.. Ini part yang aku tak berapa suke. Hemm.. Sape yee...?

Camni la, aku serahkan kepada semua follower. Sesiapa yang rajin nak buat tag, sile buat yee..encem

p/s: Kena bersiap plak. Pukul 9am nanti ada projek sket. Hujung minggu pon ade keje, kena mintak elaun lebih masa nih. Heee... Camni la nasib orang yang tak dapat PTPTN sem depan..

Baca Lagi...

Glory Glory BARCELONA !!!



Glory glory BARCELONA!!! Hohoho.. Mintak maaf kepada fan Man Utd, trofi Champion League 2009 dijuarai oleh Barcelona...!

Walaupon game yang cam hampeh kerana rentak perlahan hampir sepanjang 90 minit, tenyata serangan Barcelona memang berbahaya. Man Utd seperti buntu untuk memecah pertahanan cemerlang oleh Pique, Toure, Puyol dan Sylvinho.

Eto'o berjaya mengelecek Vidic sebelom rembatan menewaskan V D Sar untuk menjaringkan gol pertama perlawanan. Gol kedua pula hasil hantaran menarik dari Xavi sebelom ditanduk kemas oleh Messiiiiiiiiiiiiii.... Hoyyeh2..



Picture credited to lukisemeylukis.blogspot

p/s: Fan Man Utd jgn sedih-sedih. Musim depan boleh cube lagi.... :D




Baca Lagi...

Alahai Menang Contest Pulak Dah ...

Haha.. Tajuk nak gempak je. Member aku memang respek dengan cara aku tulis tajuk entri. Hehehehe... Sebenarnya tajuk teramat penting kerana ia adalah first impression orang terhadap blog kita. Aku bukan nak cerita pasal SEO atau mende-mende yang sewaktu dengannya sebab aku masih baru dalam dunia blog. Perlu belajar banyak perkara sebelum ada domain dan hosting sendiri. Hohoho jauhnye aku pikir.babai

Back to the story, aku ada menang contest teramat senang tahap kacang goreng cap ibu jari di blog AzahAmin.com. Peraturannya, aku kena nyatakan nama dan pekerjaan beliau dalam ruangan komen. Dari address dah tahu nama die Azah Amin. Betol tak? Hehe..

Bila aku baca komen-komen plak, ramai yang suggest Cik Azah dalam bidang medic tapi tak tahu study lagi atau dah keje. Untuk jalan selamat, aku cakap je belum keje lagi. Keh3... Alahai senangnya.encem

Tapi yang istimewanya hadiah adalah untuk share dengan semua orang. Tak percaya? Sebenarnya hadiah yang beliau berikan adalah sebuah e-book hasil tulisan beliau sendiri. Sape-sape yang berminat boleh download kat sini.

E-book ni pasal ape yee?

Hoyyeh... E-book ini paling sesuai kepada kaki-kaki asap. Maksud aku untuk perokok. Hohoho.. Tajuk e-book aialah Berhenti Merokok Dalam Satu Minggu.



Nasib baik aku tak termasuk dalam golongan ni. Huhu.. Tapi atas kesedaran sivik, aku share kepada semua orang. Kalo rajin sila amik yee. Kalo tak merokok boleh gak send kepada member-member atau bf yang merokok.kenyit

Kesimpulan yang aku dapat dari e-book ini adalah perlunya kesedaran diri sendiri dan semangat untuk berubah. Kalo kita sendiri tak mahu berubah, tak usah harap orang lain untuk ubah diri kita....

p/s: Kalo sesiapa buat contest sila beritahu aku yee. Ini dah kali kedua aku menang dari 3 contest yang aku pernah masuk... Heee...sengihnampakgigi


Baca Lagi...

Hantu Kebaya Merah? ...

Rencana utama Kosmo Online hari ni adalah mengenai hantu kebaya merah. Layan gak, paling best bila ada kajian menunjukkan orang Malaysia memang mewah dengan hantu. Bermacam-macam, lebih 700 jenis hantu dicatat dalam tempoh 100 tahun lepas. Huh.. Malaysia boleh...

Paling pelik hantu kalo dah muncul mesti muncul berulang-ulang kali dan kacau kat area sama macam kes hantu kebaya merah kat Gurun. Nak disedapkan cerita, kononnya hantu kebaya merah adalah roh wanita yang pernah mati kemalangan di kawasan itu dan merayau-rayau kerana tidak tenteram. Bosan kot takde geng kat situ, sebab tu die merayau-rayau.. Hehe..

Namun yang pasti, kemalangan kerana hantu kebaya merah memang sudah banyak kali berlaku. Pada 5 Februari 2009, kereta dipandu Chan masuk longkang selepas susur keluar tol Sg Petani angkara hantu kebaya merah...



Kemudian seorang pemandu lori parah setelah lorinya terjatuh ke bawah highway PLUS setinggi 10 meter di kilometer 105.8. Tak pasti bila...



Terbaru di stesen minyak R&R Gurun ...



Ada yang cakap hantu sebenarnya hanya mainan ilusi minda manusia kerana tak pernah ada dalam sejarah manusia mati dibunuh hantu. Bagaimanapun ada yang betol-betol percaya, takut dan tunduk kepada hantu sehingga memuja mereka. Sebagai orang Islam, perbuatan itu ditegah kerana bersifat syirik. Syirik adalah dosa yang paling disukai oleh iblis kerana dosa syirik tidak dimaafkan oleh ALLAH swt.

Aku pernah dengar pendapat Dr Fadzilah Kamsah suatu ketika dahulu dalam satu rancangan di Astro. Katanya hantu mungkin wujud, mungkin tidak. Alasannya kerana dalam Al-Quran atau hadis yang wajib kita percaya, tiada satu pon ayat atau perkataan mengenai hantu. Aku rasa pendapat ini adalah yang terbaik, namun pada masa sama perlu ada kajian. Lagipon kita wajib percaya kepada kewujudan alam ghaib.

Cuma idea mengenai jelmaan roh adalah amat tidak meyakinkan. Mana mungkin roh orang yang dah meninggal merayau-rayau di atas muka bumi. Pada pendapat aku, hantu tidak lain hanya ilusi manusia dan gangguan daripada syaitan serta jin. Mungkin hantu kebaya merah adalah jelmaan jin yang pernah tinggal dengan wanita tersebut semasa wanita itu masih hidup.

Perlu diingat, jin, syaitan dan iblis tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Mereka juga boleh berubah bentuk, bergerak dengan pantas dan sebenarnya tak banyak yang kita tahu tentang mereka.

Pernah dengar mengenai permainan coin of spirit? Pemain akan panggil 'roh', dan 'roh' itu akan datang dan jawab pertanyaan-pertanyaan dari pemain. Ada yang mendakwa 'roh' memang betul-betul datang kerana setelah dilakukan kajian, orang yang diceritakan oleh 'roh' memang wujud dan maklumat pula tepat. Maklumatnya adalah seperti nama, tarikh lahir, tarikh kematian, sebab kematian, asal 'roh' dan lain-lain.

Hakikatnya yang menjawab pertanyaan mereka adalah jin. Maklumat yang diberi pula adalah mengenai tuan atau orang mereka dampingi. Tak kesah la walaupon orang tersebut telah meninggal dunia 500 tahun lepas dan tinggal di benua Amerika Selatan kerana jin tidak mati sebelum hari kiamat dan mampu bergerak pantas.

Manusia hanya mampu mengkaji menggunakan akal dan ilmu yang sedikit, ALLAH swt sahaja yang Maha Mengetahui...


p/s: Jangan terlalu percaya cerita hantu. Itu hanyalah khayalan manusia biasa ...

Baca Lagi...

Travian: Game Online Untuk Mereka Yang Kebosanan ...

Kebosanan di hujung minggu menyebabkan aku jadi cam blur. Member tak ramai yang tinggal kat sini, terpaksa la aku cari kawan-kawan baru di alam siber. Itu salah satu sebab utama aku berbelog. Hehe.. Thanks la kepada semua yang sudi layan aku, walopon kadang-kadang ayat yang aku tulis cam tunggang-langgang jek. Huhu...gile

Selain blog, aku gak aktif layan Travian. Tahu tak Travian tu mende apa? Travian bukan nama handphone, motor, kereta, basikal mahupon pakaian, tetapi ia adalah sejenis game online yang boleh tahan bestnye bagi aku..gatai

Dalam Travian, kita akan jadi ketua kampung dan bertanggungjawab untuk membangunkan kampung tu. Game ni sesuai untuk sape-sape yang minat game strategi online, ada kemudahan internet setiap hari dan banyak masa terluang macam aku ni. Untuk bangunkan kampung kita perlukan source iaitu tanah liat, besi, kayu dan tanaman. Caranya samada bangunkan sendiri, berdagang dengan kampung laen dan kalo dah ada tentera boleh curik source kat kampong lain. Hohoho.. Itu yang best. Tapi aku sendiri masih newbie dan takde tentera lagi, terpaksa usaha sendiri untuk tambah source dan bertahan dari kena curik. Adoyaii...sengihnampakgigi

Nak cerita cam panjang la, kalo berminat sile join yee. Tekan link, log masuk ke server 4 dan pilih area barat daya. Nanti boleh kite berjiran dan korang boleh masuk persekutuan aku. Best oo persekutuan yang aku join, forum cam meriah jek. Hehehe.. Dapat berkenalan dengan ramai member-member baru kat dalam persekutuan tu.

Klik sini ==> Travian

Screenshot plak cam kat bawah ni ...

Keseluruhan kampong ...




Pusat kampong yang masih belum maju. Baru je dalam 6 hari aku join game ni ...




Kedudukan dalam peta ...



p/s: Ramai gak girls yang maen game ni. Ketua persekutuan yang aku join pon pompuan gak.. Huh...soal

Baca Lagi...

Aku Kecewa. Kenapa Aku Diuji? ...

Kenapa ye? Kenapa tak diberikan semua kesenangan semasa kita hidup di dunia sekarang ni? Kenapa banyak masalah dan ujian yang perlu kita hadapi selama kita hidup?

Aku sendiri banyak kali kecewa. Sekarang ni aku amat kecewa dan sedih kerana perlu ulang sem. Satu tahun dari usia aku sia-sia begitu saja. Kawan-kawan dah ramai yang berkerjaya. Berdikari sendiri tanpa perlu berharap bantuan daripada parent, tapi aku masih belajar disini. Otak terasa begitu tepu untuk study, fikiran aku hanya untuk bekerja. Namun aku pasrah dengan apa yang ada, insya-Allah ada hikmah dari semua dugaan selama ini.

Aku cuba sedaya upaya untuk mencari income sampingan. Alhamdulillah selama aku belajar disini aku tak pernah mintak duit dari parent aku. Ayah sudah lama bersara, emak suri rumah. Amat segan untuk aku minta duit sedangkan sepatutnya aku sekarang ni mampu mempunyai income tetap sendiri dan menyara mereka pula.

Tapi kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)

p/s: Sekadar renungan di pagi jumaat ...


Baca Lagi...

Tiga Gangster dan Jin Sengal ...

Suatu ketika dahulu, terdapat 3 orang gangster di Kg Pinang Banyak Batang yang amat digeruni orang kampung. Mereka juga mempunyai tabiat buruk selain daripada kegiatan peras ugut dan pukul. angkatkening

Mat.. Suka minum arak
Man.. Suka berjudi
Mel.. Suka hisap rokok Nusantara (murah punye)

Suatu hari ketika sedang mencari mangsa, mereka terjumpa dengan satu kendi lama. Mereka menggosok-gosok kendi itu maka keluarlah seekor jin (betul ke seekor jin?). Maka terkejutlah mereka dan bersedia untuk membuka langkah seribu. Bagaimanapun jin itu berkata,"Jangan lari wahai pemuda. Kamu telah membebaskan aku dari kendi itu. Kini aku merdeka. Hohoho... Dan untuk membalas jasamu, aku akan tunaikan 3 permintaan."

Dari perasaan takut, kini mereka jadi gembira. Setelah termenung seketika, mereka mula menyatakan keinginan masing-masing. Mat berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan semua jenis arak yang mahal kat atas muka bumi." Dalam sekelip mata, hajatnya ditunaikan.

Man pula berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan kasino seperti Las Vegas", manakala Mel pula berkata,"Aku mahu tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan rokok-rokok mahal dari seluruh dunia". Dengan senang hati jin itu tunaikan kedua-dua permintaan.

2 tahun kemudian, jin itu berasa curious dengan apa yang berlaku terhadap mereka setelah ditinggalkan dalam gua. Berjalanlah dia ke gua pertama yang dihuni Mat. Setelah pintu gua dibuka, maka dapat dilihatlah Mat sedang bergembira bersama dengan arak. Mat mengucapkan terima kasih kepada jin.

Di gua kedua pula, Man telah menjadi kaya raya kerana menang jackpot. Bagaimanapun Man belum rasa mahu pulang kerana belum puas berjudi lagi.

Jin itu berasa pelik kerana gua ketiga yang dihuni Mel senyap sunyi dan tidak berasap pon. Setelah membuka pintu gua, datanglah Mel kepada jin itu.

Dengan sepenuh tenaga satu tamparan tahap petala langit ke-17 berkapasiti 500bhp pada kelajuan 5400rpm singgah di pipi jin. "Apahal ni? Bertenang. Bawak bincang dulu", jin cuba menenangkan keadaan. Mel berkata,"Engko beri rokok tapi tak bagi mancis (lighter) pon, macamana aku nak hisap rokok? Jin goblok. Huh...".

Kata jin,"Merokok membahayakan kesihatan. Ko tak tengok ke gambar kat kotak rokok tu. Huhuhu...". celebrate



p/s: Moralnya, merokok membahayakan kesihatan ...sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Tolooong !!

Hehe.. Nak mintak tolong sket je ni. Kalo sape-sape yang tak perasan lagi, kat bawah iklan Nuffnang ada poll. Poll ni untuk dapatkan beberapa respons dari pengunjung blog ni. Tujuannya tak laen hanya untuk improve kualiti entri dan mintak pandangan dari pengunjung-pengunjung. Ceewah, macam la tinggi sgt visitor blog ni. Huhu...sengihnampakgigi

Lagi satu, kalo ada apa-apa cadangan sila letakkan komen anda kat bawah entri ni. Iye laa, ada yang tak puas hati ke, tak suke ke, nak berkenalan dgn penulis ke boleh gak tulis dalam ruangan komen. Hehe.. Ape-ape je laa..





p/s: Malam ni kite layan cerita dulu, pastu nak tido.. kenyit


Baca Lagi...

Entah Laa ...

Lagi-lagi hari isnin. Hari isnin lagi-lagi. Masa untuk kembali ke dunia asal. Mahu cari duit, sem depan dah takde ptptn. Kalo boleh tak mahu mintak duit dari parent. Segan arr. Baik berusaha untuk berdikari dari sekarang. Dari kecil lagi parent dah support kite. Jadi walaupon aku tak mampu support diorang kerana belum keje tapi sekurang-kurangnya aku tak mintak duit. Nasib badan, terpaksa terperap disini untuk lagi satu sem. Oh nasib ....nangih

Kenapa la doraemon tak wujud? Kalo wujud dan jadi member aku kan best, bolehlah aku kembali ke masa silam dan mengubah sejarah. Maybe sebab kat M'sia ada Giant kot. Hehe... But life must go on. Not go down, but up up and away. Huh..around

Aku tak tahu nak cerita pasal apa sebenarnya, jadi mengarut je la. Hehe.. Cuma aku nak mintak tolong kalo ada sesiapa yang dapat translate beberapa signboard kat bawah ni. Aku tengah duk jalan-jalan kat internet dan terjumpa signboard aneh. Berjam-jam aku duk pikir ape kejadahnya maksud gambar ni tapi tak paham jugak. Hohoho...


Dilarang melilit badan di tiang?


Kambing tak le main skateboard ke? Memang diskriminasi la diorang nih ...


Takleh refill minyak kapal terbang menggunakan kereta disini? Tak dibenar menggunakan antenna yang terlalu tinggi sehingga boleh tersangkut kat kapal terbang? Kawasan penumpang kapal terbang buang sampah? Aadoyaii penin kapolo den ... Huhuhu ...



p/s: Sesiapa yang dapat beri jawapan paling hebat, gempak dan mantap akan dapat hadiah ini ... sengihnampakgigi


Baca Lagi...

Omegle: Ruang Chat Yang Best ...

Image Hosted by ImageShack.us

Hoyyeehh hujung minggu adalah masa untuk berehat dan merasai kembali kehidupan. Petang ni nak gi Kuantan kejap arr kalo tak hujan. Tapi pagi ni nak buat ape pulak yee? soal

Anda senasib dgn gue? Hohoho.. Jangan risau. Aku nak bagi tahu satu website yang best kalo korang kaki chatting. Suriuship ...

Ada satu website khas untuk chatting, tapi bukan dengan cara biasa (tengok tema blog laa). Hoho.. Untuk chat, anda tak perlu register, nama, password, email dan sebagainya. Bunyi cam best kan?

Klik kat sini ===> Omegle

Apa yang beza dengan ruang chat biasa???

Perbezaannya adalah anda tak kenal sape yang anda tengah chat, dan die gak tak kenal anda. Completely anonymus. Apabila masuk ruang chat, Omegle akan sambung stranger secara random. Jadi mengarutlah sesuka hati dengan stranger tu. Huhuhu ...

Aku pernah cuba benda ni, dan memang kelakau. Hehe.. Aku chat dengan mamat Jepun yang baru belajar English, nigel kat US, Indon dll. Tapi kalo diorang tipu, aku tak tahu laa...Hohoho..

p/s: Mamat yang buat benda alah ni baru umur 18 tahun. Omegle baru release 2 bulan lepas tapi dah beribu-ribu orang guna kat banyak negara. Huh.. Kalo jual dapat duit nih.. duit

Baca Lagi...

(Awas) Kes Pertama Selsema Babi Di Malaysia !!

Selesema babi (swine flu) atau sekarang disebut sebagai influenza A (H1N1) telah disahkan sudah merebak kat Malaysia. Mangsanya seorang pelajar yang baru balik dari US pada 13 Mei, mengalami tanda-tanda influenza pada 14 Mei dan terus dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang hari yang sama. Hari ni, 15 Mei telah di conformkan oleh Kementerian Kesihatan. Lihat kenyataan akhbar disini.

Kepada semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIApada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200 / 03-88810300 untuk tindakan susulan. Lagi info terkini kat website moh.gov.my

Takutnya aku kalo merebak kat Malaysia. Doakan supaya itu adalah first dan last case ever for swine flu...

p/s: Tapi ada lagi insan yang nak buat kandang babi mega kat Malaysia...sigh

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template