Wan Kuzain Wan Kamal : Masa Depan Bola Sepak Malaysia?

Lama dah tulis pasal bola sepak. Lagipon sekarang takde yang menarik kecuali Piala Konfederasi kat Afrika Selatan dan musim perpindahan pemain di Eropah. Tinggalkan pasal bola sepak luar negara, hari ni wan nak ceritakan pasal seorang budak. Budak yang istimewa tapi sayangnya berada di Amerika.

Nama budak yang wan maksudkan adalah Wan Kuzain Wan Kamal. Ayahnya berasal dari Malaysia, namun keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998. Apa yang best sangat dengan Wan Kuzain?

Walopon baru berumur 11 tahun, tapi skil yang ditunjukkan olehnya memang hebat. Langsung tak dapat ditandingi oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jom layan video Wan Kuzain beraksi ...



Video ni diupload oleh abangnya yang bernama Wan Kuzack. Sebenarnya adalah terlalu awal untuk mengatakan Wan Kuzain bakal menjadi pemain bola sepak yang berjaya, namun usaha perlu dimulakan dari sekarang. Pihak BolaToday.com pula berkata sudah ada usaha dari pihak FAM untuk menawarkan sponsorship kepada Wan Kuzain supaya memasuki akademi bola sepak di Eropah.

Aku harapnya mereka berjaya. Dah lama Malaysia takde pemain berbakat, malah asyik kalah jek walopon perlawanan peringkat Asia Tenggara. Selain dari tu, aku harap Malaysia takkan rugi lagi sama macam kes Shaun Maloney dan Titus James.

Shaun Maloney adalah pemain muda terbaik Liga Scotland dan pernah menyarung jersi Aston Villa, sekarang bermain untuk Celtic dan negara Scotland. Padahal dia mempunyai kerakyatan Malaysia kerana lahir kat Perlis (kalo tak silap aku). Titus James plak senyap entah hidup lagi ke tak mamat tu. Dulu FAM ajak main untuk pasukan kebangsaan, dia tak mau...


p/s: Adei lama dah tak turun maen bola. Rasa cam dah bertambah 2kg kat perut nih.. Huhu...






25 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template