Cara Hilangkan Nama dan Ikon Folder ...



Posting hari ini pendek je. Sekadar untuk berkongsi. Sharing is caring. Dok gitu?

Cuba tgk gambar kat sebelah, satu folder telah hilang! Hehe..

Folder itu tak hilang sebenarnya tapi ada cara untuk menghilangkan nama dan icon folder itu. Ish, risau pulak kalo ada orang salah guna trik yg aku nak beritahu ni. Hohoho..


Simple je step untuk hilangkan folder. Dalam 20 saat dah siap. Just follow the steps below:

  1. Right click kat folder dan klik pada Properties
  2. Tekan Customize
  3. Tekan Change Icon...
  4. Gantikan icon standard folder (yg asal) dengan blank icon
  5. Tekan Ok
  6. Pastu Ok sekali lagi. Sepatutnya icon folder telah hilang pada masa ni

Icon folder dah takde, tapi takde guna kalo nama folder ada lagi. Dop gitu? Hohoho.. Sabar adik-adik, pak cik akan bagi tahu cara untuk hilangkan nama folder. Sonang je.

  1. Right click kat folder dan tekan Rename
  2. Pastu tekan Alt+0160
  3. Tekan Enter
Gunakanlah untuk tujuan yg baik seperti untuk menyimpan fail-fail peribadi, gambar-gambar awek lama atau yg sewaktu dengannya. Hohoho..
Bagaimanapun trik ni senang je nak kantoi. Kalo nak betul-betul secure kena la pakai software khas. Apepun, selamat mencuba...


Baca Lagi...

Seloka sinis Mat Pen ...

Perhimpunan UMNO berakhir hari ini. Tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada Tun Dr Mahathir kerana hadir secara mengejut pada hari ini. Ini menunjukkan Tun Dr M masih sayangkan kepada UMNO walaupon UMNO sudah rosak kerana politik wang.

Disini aku nak berkongsi seloka sinis oleh Ismail Yaacob, wakil Kedah yg lebih dikenali sebagai Mat Pen (singkatan perkataan pendek) semalam. Beliau memerlukan pelapik kaki semasa hendak menyampaikan ucapan kerana kependekannya. Bagaimanapun idea dan isi seloka oleh beliau jauh lebih tinggi daripada ketinggian badannya. Seloka yg penuh dgn teguran dan sinis perli amat sesuai untuk kita amati dan difikirkan bersama.

Seloka sinis Mat Pen adalah macam kat bawah...


Pada Datuk (Seri) Najib ,

Dalam sebuah kapal
seorang saja jurumudi,
Jangan selalu dengar penasihat kanan atau kiri,
Tapi banyak ambil kira kehendak akar umbi.

Kita kalah pilihan raya
jangan dok salah sapa-
sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak,
sombong dan gila kuasa,
Akar umbi kita tak ambik kira.

Bila bayaran elektrik
sikit naik atas,
Menteri kata jangan
pakai aircond, pakai
kipas,
Yang ada kipas elektrik, dia suruh pakai kipas
kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.

Menteri kata bulan Ogos, baru minyak naik harga,
Takdan bulan lapan,
Naik terus lepas bulan dua,
Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap
macam burung kakak tua.

Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Takdan dua hari dia buh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kesian.

Menteri Pelancongan mai sekali sekala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu kalau tak mau tongkat ali,
Kami bermasalah besaq dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga, Langkawi dah jadi sunyi.

Kat Menteri Penerangan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah pilihan raya kecil di dua kawasan.

Saya nak tanya tuan Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh jalan bahaya,
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok belaga.

Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempaq sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut.

Setengah kita cari makan kira dok ampu,
Takdan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Orang pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat, envelop besar dia sapu.

Dari warung kopi hingga ke warung berbintang,
Orang dok cakap Umno dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang alamat Umno jatuh terkangkang,
Tapi sorang kawan saya pulak berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini kat rumah kena jugak jaga.

Kalau bagi tentu salah,
Kalau tak bagi takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pulak parah.

Apa pun, Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pulak tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.

Mulai dari sekarang,
Kita mesti berusaha,
Sedikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga,
Baru boleh dapat lebih dari dua per tiga.


Baca Lagi...

Media, UMNO Dan KJ ...

Bosannya bila baca paper, setiap masa mengenai Pemilihan UMNO 2008/11. Hakikatnya, 51% daripada pengundi Semenanjung Malaysia menyokong pembangkang. Secara logik, UMNO bukan lagi boleh dianggap parti dominan di Malaysia. Populariti UMNO bergantung kepada media yg dikuasai oleh mereka. Itu pun jika di internet, populariti media pembangkang serta beberapa media yg berpandangan bebas dalam politik seperti Malaysiakini dan Agenda Daily mengatasi Utusan Online dan Berita Harian.

Semalam Datuk Seri Abdullah berkata UMNO akan berkubur jika menyekat kebebasan rakyat. Namun beberapa hari lepas (ketika masih pegang jawatan PM), beliau menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan tanpa sebab selama 3 bulan. Pelik tapi benar, tapi itulah PM Malaysia yg ke-5. Bible versi terjemahan Bahasa Melayu yg menggunakan nama ALLAH bebas dijual di kedai buku, diorang tak gantung pulak??

Tan Sri Muhyiddin Yassin menang Timbalan Presiden, aku tak heran. Tapi Khairy Jamaluddin menang jawatan Pemuda UMNO......?

Tindakan Lembaga Tatatertib UMNO hanya memberi amaran kepada KJ walaupun sudah disahkan ejen beliau menabur wang adalah mengecewakan. Tapi perwakilan UMNO menyokong KJ sehingga menang, itu adalah tindakan yg bodoh. Bodohnya perwakilan UMNO yg memangkah KJ. Amat bodoh.

Sekarang sudah jelas UMNO memang gilakan wang. Orang yg sudah disahkan sebagai perasuah disokong sehingga menang, itu amatlah tidak bermoral. Rakyat melihat perkembangan ini secara langsung di tv. UMNO yg tidak berubah.

Pengerusi Lembaga Tatatertib UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen merupakan veteran UMNO yg sudah berpuluh-puluh tahun berpolitik pasti mempunyai sebab kenapa KJ hanya diberi amaran. Aku yakin tindakan itu diambil untuk memberi peluang kepada UMNO membersihkan nama mereka. Jika KJ tewas, maka rakyat dapat melihat bahawa UMNO menolak pemimpin yg rasuah. UMNO betul-betul mahu berubah.

Tetapi hampeh, apa yg jadi sebaliknya. Apabila poket sudah diisi, janji perlu ditunaikan. Apakah jawatan dalam kabinet yg dipegang oleh KJ? Kita sama-sama tunggu. Cita-cita KJ untuk menjadi PM paling muda sudah semakin hampir. Mungkin PM Malaysia ke-7?? Itu kita tidak tahu...

p/s: Hujah akan ganti Harakah dipasaran. Memang bersemangat orang-orang PAS...

Baca Lagi...

Kisah Siti Yang Sedih Dan Menyayat Hati ...

Biasanya Siti begitu ceria apabila pulang dari sekolah, namun pada hari itu keadaannya berbeza. Siti tidak ceria dan seperti bersedih. Ibunya, Mak Cik Bedah berasa hairan dan bertanya kepadanya apa yg berlaku kat sekolah.

"Kenapa ni Siti? Ada orang buli ke kat sekolah?"tanya ibunya sambil mengusap kepala Siti.

"Semalam ada ujian dan Siti dah jawab dgn betul semua soalan. Tapi hari ini bila Siti ambil balik kertas ujian semalam, semua jawapan salah. Huhu.. ", Siti menjawab dgn penuh perasaan.

"Haa?.. Biar betul ni. Mana kertas ujian ibu nak tengok. Kalau cikgu yg ajar Siti salah, nanti ibu nak pergi saman cikgu tu. Hohoho..", kata ibunya dgn semangat. Siti membuka beg dan terus memberi kertas ujian itu kepada Mak Cik Bedah.

Soalan: Tuliskan A B C sehingga habis mengikut turutan.

Jawapan oleh Siti:

A, B, C, DI, E, EF, JI, ECH, AI, JEY, KEY, EL, EM ............ EX, WAI, ZEK

"Betollah apa yg Siti jawab kan ibu??", tanya Siti kepada ibunya.

"........."


p/s: Sabar je la ye...

Baca Lagi...

Pam's Table:Meja Khas Untuk Wanita ...

Walaupon sekarang berada kat lab, sempat gak pakai pc untuk posting. Hehe.. Kalo kantoi ni sure kena marah. Bukan apa, kena jugak release tension kepala yang berserabut ni sebab banyak kerja yang tak siap lagi dan pc yang problem. Sv cakap dia nak aku siapkan sebelom minggu depan. Huh, dia ingat aku robot ke hape. Kalo aku Kyle XY, konpom boleh siap hari ni jugak. Bestnya kalo Doraemon jadi member aku, mesti aku jadi pemalas macam Nobita jugak. Haha...

Back to da story, beberapa hari lepas aku berjalan-jalan kat website AdsOfTheWorld.com dan terjumpa satu iklan yang lain dari yang lain. Hehehe.. Best gak layan website ni sebab diorang sentiasa update iklan-iklan yang menarik dari seluruh dunia. Bermacam-macam iklan yang termasuklah iklan Pam's Bras Table ini. Hahaha... Aku sendiri tak pasti sama ada iklan ini fake atau memang betul ada.

Apa yang menarik, sedikit ubah suai dilakukan pada meja supaya pengguna dari kalangan wanita dapat gunakannya dgn selesa. Simple dan kreatif. Tapi ada orang nak guna ke meja ni kalo ada kat Malaysia? I'm not sure too. But it stil a cool idea. Hahaha...

Melalui komen-komen yg aku baca dalam website tersebut, ada yg cakap Pam's Bras Table rekaan yg bagus tapi ada jugak yg cakap useless and fail design. Apa pendapat kaum hawa pulak kat Malaysia ni??..Hehe..

(Klik kat gambar untuk lihat lagi jelas)

p/s: Beruntung jadi wanita, banyak rekaan di dunia untuk diorang gune jek... =)

Baca Lagi...

Koleksi Pantun Lama Yang Diberi Nafas Baru ...

Pantun merupakan salah satu ciri keunikan Bahasa Melayu yang kita sanjungi. Pantun digunakan untuk pelbagai tujuan seperti bersenda bersama teman, teguran, bercerita, nasihat mahupon untuk memperli seseorang. Koleksi pantun kat bawah plak pantun-pantun lama yg telah diberi nafas baru. Semoga diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Heheee...

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap...


Baca Lagi...

Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

Baca Lagi...

Apa Jadi Kepada Dunia Jika Tiada Jurutera ??

Dulu time kecik-kecik, aku pernah gaduh dengan member aku sebab dia cakap doktor lagi penting dari jurutera. Hehe.. Pada masa tu aku bercita-cita hendak jadi jurutera, manakala dia nak jadi doktor.

Katanya kalau takde doktor, semua orang sakit tak boleh sembuh. Ubat tak de. Aku cakap, kalau doktor ada tapi jurutera tak reka kereta ambulans macam mane nak hantar pesakit pegi hospital. Alat dan mesin untuk operation juga tiada. Hahaha..

Pastu sambung debat lagi. Last-last takde siapa yg menang sebab mak aku panggil balik sebelom habis berdebat kerana time tu dah dekat dgn mahrib. Hehe..

Beberapa hari lepas, aku temui bukti bahawa bidang kejuruteraan memang penting. Tak dapat dinafikan. Kalau nak tahu, lihat sendiri gambar kat bawah....













p/s: Member aku tu sekarang amik kos eletrik engineering kat Kanada. Harap dia dapat baca posting aku ni.. Hehe..

Baca Lagi...

Yezzaa ...

Akhirnyaaaa aku kembali menyentuh laptop ini setelah ia masuk wad untuk 3 hari 2 malam. Apa yang pasti, hard disk sebelum ini memang takleh nak recover dan tinggallah aku kekosongan seperti kosongnya hard disk ku ini. Huhu..

Ish ape la yg aku duk mengarut ni, aku sendiri tak tahu. Sebenarnya aku tension kerana terpaksa buat semula kerja-kerja psm dari awal, dan maybe tak siap sem ini. Bagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana tak perlu buat 3d scan. Itu dah mengurangkan kerja untuk seminggu.

Walaupon rasa cam pening-pening lagi, tapi rasa tak senang kalo tak posting sebelom shut down pc ni (ketagih ke aku ni?). Apapon tanpa bahan posting yg dah lebur bersama hard disk, terpaksalah bermula kembali sebagai seorang blogger tahap newbie.. Hoho..

Baca Lagi...

Hard Disk Rosak Plakkkkkkkkkkk !!!

Adoyai hari ni hari yg malang untuk aku. Tengah hari tadi laptop rosak. Hard disk bunyi cam nak terkeluar jek. Huh. Rupa-rupanya hard disk rosak plak. Tak tahu boleh retreive atau tidak benda-benda dalam hard disk tu. Bila jumpa dgn supervisor plak aku kena sound sebab psm tak nampak progress dia cakap. Bukan takde, tapi aku yg malas nak gi jumpa dan bagi report. Bila nak start motor plak, motor tak nak hidup. Adoyaiii.... Sepak kang motor ni. Check punye check, rupenya wayar short. Tak leh nak start pakai eletrik starter, kena pakai kaki gak. Ntah bila la nak gi repair plak ni.

Banyak modal untuk posting dalam blog tu maybe hilang begitu je kalau tak dapat retrieve balik hard disk. Tapi lagi penting aku punya psm pon ada dalam hard disk tu.

Apa yg aku nak buat ni?Apa yg aku nak buat ni?Apa yg aku nak buat ni?????......

Trimas kepada BD Feb kerana sudi pinjamkan pc dia untuk aku guna sekejap malam ni. Aku harapkan sesiapa yg membaca entri aku ni (sedih nye ayat) supaya dapat sama-sama doakan supaya hard disk dapat direcover balik dan isinya tidak rosak atau hilang. Aminn...

Tapi maybe ada hikmah disebalik semua kejadian ni. Maybe Tuhan nak menyedarkan aku supaya tidak mensia-siakan masa yg ada kepada blog semata-mata. Maybe kerana sifat aku yg suka buat sesuatu perkara last minit je macam psm aku ni. Betol la orang cakap, manusia akan ingat Tuhan bila susah dan kembali lalai bila senang...

Apalah hidup jika tidak dikelilingi masalah...



Kita perlu teruskan hidup biarpon tersungkur...



Biarpon susah...



Biarpon lambat ...



Biarpon berisiko...



Perlu sentiasa senyum...



Supaya hati kita gembira walaupon sebenarnya berduka...



Baca Lagi...

Download Highlight English Premier League 14.03.09

Glory! Glory! Liverpool...!!

Itu sahaja kesimpulan untuk menerangkan game yg berlangsung malam semalam. Yezzaa... Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membelasah Man Utd 4-1 di halaman lawan tanpa belas kasihan. Walawei, banyak tu. Ranieri menggunakan formula yang sama ketika Real Madrid tempoh hari dan sememangnya berbaloi walaupun persiapan mereka sedikit terjejas setelah Arbeloa digugurkan daripada starting lineup beberapa minit sebelum game bermula. Game semalam juga adalah game yg sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Nemanja Vidic sepanjang hidupnya. Lima minit selepas Ronaldo menjaringkan gol pertama perlawanan, Vidic melakukan kesilapan yang membuka ruang kepada Torres untuk menjaringkan gol penyamaan.

Mood perlawanan mula berubah apabila Gerard menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah dia dikasari oleh Evra. Separuh masa kedua, Vidic mendapat kad merah setelah menarik baju Gerard ketika Gerard berpeluang menjaringkan gol. Sepakan percuma selepas itu disempurnakan dgn menarik oleh Aurelio dan gol terakhir adalah daripada bola lob oleh Dossena. Kepada penyokong Man Utd, jangan nangis bro. Hahahaha... Cube lagi musim depan. Bagi aku man of the match adalah Gerard dan Torres, manakala paling teruk sudah pasti Vidic.

Lagi satu perlawanan yg membabitkan pasukan big 4 adalah Arsenal. Arsenal hanya memerlukan kira-kira 70 saat untuk merobek gawang Blackburn Rovers melalui gol sendiri Ooijer dan itulah satu-satunya gol pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Arsenal meneruskan dominasi serangan melalui rangkaian Nasri, Arshavin dan Walcott. Namun paling mengecewakan adalah persembahan yg ditunjukkan oleh Bendtner amat-amat menyedihkan. Entah la, ada kot dalam 5-6 peluang mudah disia-siakan oleh Bendtner. Boleh cakap permainan Bendtner adalah totally blunders. Aku harapkan Wenger berfikir 12kali sebelum meneruskan Bendtner untuk game selepas ini.

Disebalik 'kehampehan' Bendtner, Arshavin muncul sebagai hero apabila bijak menggelecak pertahanan kiri Blackburn sebelum rembatan yang menggegar jaring. Bendtner dan Walcott kemudian diganti oleh Eboue dan Vela, hasilnya adalah 2 gol jaringan Eboue. Gol pertamanya berpunca dari bola muntah dari keeper selepas sepakan deras dari Arshavin, manakala gol kedua adalah dari sepakan penalti setelah Vela dijatuhkan dalam kotak penalti. Walaupon Eboue menjaringkan 2 gol, tapi bagi aku Man of the Match adalah sudah pasti Arshavin. Worst of the match pula tidak lain ialah Bendtner. Tidak lupa, worst gol celebration adalah kepada Eboue. Nak tahu camane die celebrate? Download video dulu. Nak crite pon payah tapi cara die celebrate memang ....

Klik pada link untuk download:

Arsenal 4 - Blackburn 0

Manchester United 1 - Liverpool 4




Baca Lagi...

Mat Rempit Juga Menyokong Vote Earth 2009 ...

Seperti biasa, Mat akan balik rumah setelah puas merempit di sekitar bandar Kuantan bersama-sama dengan kawan-kawan dan aweknya. Namun pada malam itu, beliau ditahan oleh seorang anggota polis trafik walaupon dah tak jauh dari rumahnya. Maka terjadilah perbualan antara Mat dan polis tersebut...

Mat : Salam encik. Nape tahan saya ni?

Polis: Salam. Amboi buat-buat tanya plak. Kenapa tak pasang lampu motor?

Mat: Encik, punye banyak lampu jalan kat Kuantan ni. Jadi buat apa saya pasang lampu motor saya. Saya sokong kempen Vote Earth 2009 kalau encik nak tahu. Tak baik membazir.

Polis : Ooo camtu... Kurang ajau punye budak. Siap la ko..

Tiba-tiba polis itu membuang angin tayar motor Mat ...

Mat : Hoi! Gilo apo... Macamana aku nak bawak motor ni kalo tayar takde angin?

Polis : Lerr... Sana angin. Sini angin. Situ angin. Nak angin mana lagi nih??

Mat : ....



p/s : Gambar adalah dari kumpulan Harley Palangchao di wilayah Banaue, Filipina ...

Baca Lagi...

Toyota KE70 CA18DETT Untuk Dijual

Seorang rakan sekerja aku nak jual kereta dia. Aku sendiri tidak tahu sangat pasal kereta dia dan baru pernah sekali tumpang tapi nak tolong member punye pasal, aku nak promote kereta dia kat blog ni. Detail kereta cam kat bawah:

Model Toyota gl ca18dett (urgent sale)

-Engine Nissan CA18 turbo (powerfull)
-japan exhaust piping
-very big disk brake front n rear (front disk brake nissan cefiro, rear disk brake super touring japan)
-front n rear adjustable suspension absorber
-cusco pillow ball
-All black interior deskbord, door panel
-boost meter sard
-Central Lock With Alarm System.
-rim ori nissan 16' 5 hole pcd 114
-downpipe
-AE86 spoiler
-air cond very cool
-new roadtax (31/12/09)

Asking price at RM8.5k only

Jika serius berminat boleh contact Amir:

hp : 012-9098789
email : damz_xemer@yahoo.co.uk

Lagi info boleh lawat kat link ini

Gambar-gambar kat bawah ...












Baca Lagi...

Download Highlight Champion League 12 March 2009

Lagi 2 pasukan dari Liga Perdana Inggeris berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya malam semalam iaitu Man Utd dan Arsenal. Man Utd berjaya menewaskan Inter Milan melalui 2 gol jaringan tanpa balas oleh tandukan Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic. Bagaimanapun nasib yang dialami oleh Arsenal agak berbeza walaupun berjaya menewaskan lagi satu pasukan dari Itali iaitu As Roma. Perlawanan yang berlarutan ke sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Arsenal setelah Vucinic dan Max Tonetto. Arsenal sebenarnya mempunyai banyak peluang namun kurangnya kreativiti serta penyudah berkesan agak mengecewakan. Barcelona pula berpesta gol dengan jaringan lima gol berbalas dua daripada Lyon. Perlawanan yang jelas menyaksikan kemampuan Barcelona berbanding Lyon dan wira mereka sudah pasti Henry yang menjaringkan dua gol. Klik pada link untuk download highlight game semalam...

Porto 0 - Atletico Madrid 0

(Agregat 2-2)

Barcelona 5 - Lyon 2
(Agregat 6-3)

Manchester United 2 - Inter Milan 0
(Agregat 2-0)

As Roma 1 - Arsenal 0
Penalti 7-6
(Agregat 8-7)



p/s: Maaf jika kualiti video tidak memuaskan...

Baca Lagi...

Kisah Alien Yang Famous di Pengkalan Chepa ...

Jam 10.00 pagi waktu marikh, 2 ekor alien menghampiri planet bumi dengan tujuan untuk melakukan aktiviti spy. Mereka diarahkan untuk melakukan intipan tentang aktiviti harian penduduk bumi, kelemahan serta kekurangan supaya nanti senang diorang nak datang serang. Selain itu, mereka perlu cuba berkomunikasi dgn penduduk bumi supaya dapat memahami bahasa di bumi. Dengan perlahan-lahan dan menggunakan silent mode pesawat mereka menghampiri bumi sambil mengelak pertembungan dengan sebarang pesawat, helikopter atau burung.

Jam 11.00 pagi, mereka landing dgn jayanya di sebuah kampung di Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebelum mereka keluar dari pesawat, mereka perlu menyamar menyerupai penduduk bumi agar dapat menyembunyikan identiti mereka. Jika identiti mereka terbongkar, sudah pasti mereka ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen.



Alien 1 berkata 'Tuan hamba, saya rasa bagusnya jika kita dapat menyamar seperti makhluk bumi di hujung kampung ini yang sedang makan itu'. Alien 2 melihat-lihat kearah hujung kampung seperti yg dikatakan oleh Alien 1 dan berkatalah ia,'Hamba sokong cadangan tuan hamba. Makhluk itu kelihatan begitu asyik makan dan hensem plak tu'. Maka bertukarlah mereka kepada makhluk itu dan seterusnya berjalan kearah sebuah warung.

'Apa khabar orang-orang kampung semua', sapa Alien 1 kepada pengunjung warung tersebut dgn sopan. Maklumlah ramai orang-orang tua kat warung tu. Bagaimanapun semua pengunjung warung itu hanya memandang mereka dgn agak kehairanan dan terkejut. Ada seorang budak yg sedang makan aiskrim tersedak apabila mendengar sapaan dari Alien 1. Maka Alien 2 pula berkata,'Tak jawab dosa woi'.

Dalam tempoh 11.2 saat, semua pengunjung warung lari meninggalkan alien itu dalam keadaan terpinga-pinga. Merasakan sesuatu yg tidak kena, mereka juga lari meninggalkan warung itu ke arah pesawat mereka. Bagaimanapun malang menimpa apabila sekumpulan penduduk kampung tiba-tiba datang mengejar kembali mereka. Akibat tidak biasa dgn graviti di bumi, mereka jatuh terjelepok dalam longkang. Penduduk-penduduk kampung segera mengikat mereka.

'Kito panggil TV3. Royat* pado TV3 di kampong kito ni ado biri-biri bulih kecek*. Nanti femes* kampong kito pah ni*. Hahaha..' berkata seorang daripada penduduk tersebut. Barulah mereka sedar, mereka telah menyamar sebagai seekor .....



Royat = beritahu
kecek = cakap
femes = famous
pah ni = selepas ini





Baca Lagi...

Salam kepada semua kaki bola di Malaysia. Semalam berlangsungnya 4 perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kalah mati ke-2 dan 19 gola dihasilkan. Jumlah jaringan yang sebegini banyak diharapkan untuk berulang lagi pada awal pagi nanti. Kemenangan paling famous adalah sudah pasti kepada Liverpool yang membelasah Real Madrid 4 gol tanpa balas dan juga Bayern Munich. Yang pasti, kekalahan ini memalukan Real Madrid dan menyedarkan mereka mengenai kelemahan mereka di bahagian pertahanan. Gandingan Gerard dan Torres terlalu handal untuk Cannavaro dan Pepe. Selain itu, Chelsea turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila seri dengan Juventus yang bermain 10 orang. Klik pada link untuk download highlight...

Panathinaikos 1 - Villarreal 2
(Agregat 3-4)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1
(Agregat 12-1)

Juventus 2 - Chelsea 2
(Agregat 2-3)

Liverpool 4 - Real Madrid 0

(Agregat 5-0)


Baca Lagi...

Handphone Tercanggih Akhirnya Dijual Kepada Umum!

Chowkia merupakan anak syarikat kepada pengeluar telifon bimbit terbesar di dunia, Nokia. Bagaimanapun populariti Chowkia agak rendah di Asia kerana hanya mensasarkan jualan di Eropah sahaja. Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi di syarikat Chowkia mendapati telifon keluaran mereka amat sesuai dipasarkan di Asia kerana sikap pengguna yang sukakan bentuk menarik dan kepelbagaian kegunaan telifon bimbit melangkaui sekadar untuk menelifon dan menghantar mesej sahaja.


Malaysia dipilih sebagai pasaran pertama di Asia kerana struktur ekonomi yang stabil dan penduduknya yang suka mencuba telifon keluaran baru. Pelancaran model baru mereka, Chowkia Q-878 di KLCC bakal diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan dijangka akan mendapat sambutan hangat. Bagaimana rupanya Chowkia Q-878? Apakah fungsi dan kelebihannya? Sama-sama kita download promo Chowkia Q-878... Macam-macam Ada..

Klik disini atau pada gambar untuk mendownload promo ...






p/s: Penat gak nak tipo orang nih... Huhu

Dicilok dari rancangan Nabil - Lu Fikirlah Sendiri ...

Baca Lagi...

Himpunan Cerita-cerita 18sx ...

Sudah beberapa hari tidak update blog akibat kesibukan study+kerja yg tak habis-habis. Betullah cakap orang, kerja takkan habis selagi belum mati. Esok plak hari minggu, jadi malam ni boleh tido lambat sket untuk layan intenet. Sambil-sambil buka email, terbaca pulak himpunan kisah 18sx++ yang member aku hantar. Adoyaii, time malam hantar cerita pelik-pelik pulak. Ada gak member macam ni. Kisah 18sx++ ini pendek sahaja dan sesuai dibaca kepada semua peringkat umur. Pelik? Hehehe.. Daripada layan kisah PPSMI atau Sepah menang Raja Lawak, baik layan cerita-cerita ni. Aku rasa Sepah sendiri tidak terfikir untuk membuat lawak seperti cerita 18sx++ ini. Tapi sebelom itu, kosongkan fikiran dan setkan minda kepada fikiran yang positif. Fikirkan anda berada di alam kayangan...


Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nenek, lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Apa yang kau fikir haa?? Hahaha. Takkan aku nak letak cerita 18sx kot dalam blog ni. Nanti tak pasal-pasal kena flag. Moralnya, sentiasalah berfikiran positif...

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Kisah Orang Buta Yang Patut Dijadikan Renungan...

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.


Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab "Aku adalah syaitan."Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu."

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal... .


p/s: Orang buta terhindar dari dosa melalui mata. Kita? Fikirkan sendiri...


Baca Lagi...

Keputusan Sukar Seorang Ayah ...

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari Enzo merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi.".................


Trimas kepada IsuHangat.com

Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Cerita rekaan semata-mata. Harap jangan ada sesiapa yang tiru perlakuan diatas. Hehe...

Baca Lagi...

BPL Goals 3 March 2009 ...

3 perlawanan BPL berlangsung awal pagi tadi melibatkan 3 pasukan gergasi iaitu Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Keseluruhannya semua pasukan pilihan mencatat kemenangan termasuk
kemenangan pertama Arsenal dalam 5 perlawanan. Arsene Wenger melakukan kejutan apabila merehatkan Van Persie namun ia berbaloi apabila Bendtner berjaya menjaringkan 2 gol. Liverpool kembali bersaing untuk merampas kejuaraan liga melalui kemenangan 2 gol tanpa balas dgn Sunderland (dgn Sunderland boleh aarr) dan Drogba meneruskan aksi cemerlang untuk menyumbangkan gol tunggal perlawanan. Klik pada link untuk download...

Liverpool (2) vs Sunderland (0)

N'Gog 52

Benayoun 65


West Bromwich Albion (1) vs Arsenal (3)

Bendtner 4

Brunt 7

Toure 38

Bendtner 44



Portsmouth (0) vs Chelsea (1)

Drogba 79


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Tips Lajukan Mozilla Firefox...

Image Hosted by ImageShack.us
Laju internet untuk apa-apa browser pon sebenarnya bergantung kepada kelajuan intenet pc masing-masing. Jadi jangan marah la kalo Mozilla still tak laju walaupon dah buat ape yg saya akan terangkan. Kalo dah dial-up, rasanya buat la ape pon takkan jadi cam Streamyx. Haha.. Aku dah cuba dan oke la rasa cam laju sikit. Caranya senang saja, just follow steps kat bawah...

CARA PERTAMA

1. Buka Mozilla Firefox

2. Taip about:config di address

3. Right klik kat mana-mana pastu select New --> Integer

4. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

5. Setkan nilai kepada 300


CARA KEDUA

Senang lagi simple step ni. Tetapi kalau masih tidak berpuas hati, boleh cuba cara yg ke-2 seperti dibawah...


1. Buka Mozilla Firefox
2. Taip about:config di address
3. Carikan item seperti dibawah:

network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequest

4. Double klik dan tukarkan dari false kepada true seperti:

network.http.pipelining false--->true
network.http.proxy.pipelining false--->true
network.http.pipelining.maxrequest --->30

5. Sekali lagi buka Mozilla Firefox

6. Taip about:config di address

7. Right klik kat mana-mana pastu select New --> Integer

8. Paste kan nglayout.initialpaint.delay kat ruangan kosong

9. Setkan nilai kepada 0

10. Restart Mozilla Firefox

Selamat mencuba...


Credit to WebKl.net

p/s: Admin tidak bertanggung jawab jika internet menjadi terlampau laju atau slow cam kura-kura..

Baca Lagi...

Kisah Ahmad dan PPSMI...

Suatu hari di Tingkatan 5 Bestari Sekolah Menengah Pinang 2 Batang, Cikgu Siva (bukan Sivakumar) bertanya kepada anak-anak muridnya satu soalan Sains. Apa akan jadi kepada karbon dioksida jika hidrogen dioksida turun ke bawah? Soalan killer ini dapat dijawab dgn tenang oleh Ahmad, pelajar paling genius di Kampung Pinang 2 Batang. Katanya...

(klik pada gambar supaya lagi jelas)
Image Hosted by ImageShack.us

p/s: Contoh pelajar yg berjaya aplikasikan PPSMI dalam kelas diorang.. Hehe..

Baca Lagi...

4 Cara Tidur...

Mengantuk la plak. Tapi sebelom tido,rasanya bagus kalo aku share tentang 4 cara tidur:


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


p/s: Fikir-fikirkan kita dlm golongan yang mana...

Baca Lagi...

Perhimpunan Raksasa Anti-PPSMI !!

Satu perhimpunan raksasa anti-PPSMI akan diadakan di Istana Negara pada hari Sabtu 7 Mac 2009 pukul 2 ptg...

Sememangnya pelik dan hairan, dah nampak sangat PPSMI banyak membawa keburukan dan tidak disokong tapi kerajaan masih tidak mahu dengar pandangan rakyat. Aku pernah bertanya kpd seorang mak saudaraku yg sudah mengabdikan dirinya dalam bidang pendidikan di sekolah hampir 20 tahun. Katanya kalau bukan kerana soalan yg amat mudah dan dwibahasa, sudah pasti sebahagian kecil sahaja yg lulus peperiksaan UPSR. Graf pula diturunkan supaya ramai yg akan lulus. Selepas keluar keputusan UPSR, maka hebohlah bahawa pencapaian tidak menurun malah meningkat walaupon dgn PPSMI. Sedarlah Datok, kita rakyat Malaysia bukan sebegitu bodoh untuk percaya apa yg Datok dan konco2 hebohkan dalam media.

Aku akui aku sendiri tidak mampu menyertai perhimpunan ini kerana kekangan jarak dan masa. Namun sesiapa yg berada di sekitar Lembah Kelang dan mempunyai jati diri untuk mempertahankan bahasa ibunda disarankan untuk meramaikan majlis ini. Perhimpunan ini tiada kaitan dengan politik mahupun wang ringgit walaupun mungkin ada beberapa politician yang hadir kerana mahu publisiti murahan. Semoga target 100 000 orang akan hadir tercapai. Klik pada gambar supaya lagi jelas...


Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih kepada www.menj.org

Baca Lagi...

Kisah Pengajaran Kpd Wanita Jika Eksiden..

Alkisah bermula...

Seorang lelaki dan wanita terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat. Kereta mereka remuk sama sekali. Ajaibnya, kedua mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. Selepas berjaya keluar, perempuan itu berkata kepada si lelaki, " Heran ye. Awak lelaki, saya wanita. Tengok la kereta kita. Hancus! Tapi kita tak apa-apa pun. Mungkin ini tanda dari tuhan untuk kita. Mungkin dah takdir kita akan berkawan & mungkin hingga ke jinjang pelamin", kata si wanita tersengih-sengih.

Si lelaki terkedu, "Saya setuju dengan kata-kata awak", katanya.

"Oh ye. Ini satu lagi keajaiban dari tuhan. Walaupun kereta saya rosak teruk, botol arak ini masih elok. Tak pecah pun. Mungkin ini tanda dari tuhan supaya kita minum ucap selamat untuk hal ini. Apa kata saudara?", kata si wanita sambil menghulurkan arak itu kepada si lelaki.

"Baiklah, demi persahabatan ini", kata si lelaki sambil dengan rakusnya meminum arak tersebut hingga separuh botol. Selepas itu dia menyerahkan botol itu kembali kepada si wanita. Si wanita menutup botol arak itu dan menghulurkan kembali kepada si lelaki.

Si lelaki bertanya dengan kehairanan,"Kenapa kamu tak minum sama?".

Si wanita membalas,"Takpe lah. Saya tunggu polis datang...."


Baca Lagi...

Highlight BPL 28 February 2009..

Sorang mmbr aku yg juga penyokong tegar Liverpool berkata,"What the hell??!!". Haha.. Ape nak jadi dgn Liverpool. Pengurus Liverpool menggunakan second team ketika melawan Middlesbrough dan ternyata taktik itu memakan diri. Walaupon dgn kehadiran Gerard, tetapi Gerard sebenarnya blom fit kerana baru pulih dari kecederaan. Permainan Liverpool sememangnya jauh berbeza berbanding ketika melawan Real Madrid minggu lepas. Arsenal pula dgn 4 seri berturut-turut, manakala Chelsea menang melalui gol diminit terakhir oleh Lampard. Terry score dgn cara half volley, Lampard score dgn tanduk. Pelik betol. Klik kat link untuk download...

Middlesbrough 2 - Liverpool 0

Chelsea 2 - Wigan 1

Arsenal 0 - Fulham 0

Baca Lagi...

Keputusan Terkini Liga Super 28 Februari 2009


Image Hosted by ImageShack.us
Adoyai sedih betol aku ari ni. Buat pertama kalinya Kelantan kalah dalam saingan Liga Super dan Selangor berjaya mendahului Liga Super. Kekalahan 3-0 di Stadium Shah Alam boleh dianggap mengejutkan kerana persembahan mantap oleh Kelantan sebelum ini. Namun mungkin kerana over confident, Selangor memberi menyedarkan mereka yang perjalanan masih jauh. Keputusan penuh macam kat bawah....

Selangor (3) vs Kelantan (0)

Perlis (2) vs UPB MyTeam (0)

Johor FC (0) vs KM Naza (1)

Perak (2) vs KL Plus (0)

Negeri Sembilan (4) vs PDRM (1)

Kedah (3) vs Terengganu (0)

Pulau Pinang (2) vs Pahang (1)



Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template