Aksi Mat Rempit Di Negara Arab ...

Mari-mari kita merempit. Hehe.. Aku terjumpa 3 video menarik tentang mat rempit yang merempit menggunakan kereta di Arab, bukan Malaysia. Aku tak pasti la pulak video diambil di mana, bila dan siapa tapi yang penting aksi rempit tahap tertinggi oleh mereka. Hohoho ...

Aksi pertama adalah aksi meluncur di atas jalan menggunakan sandal je sambil memegang pintu kereta. Hebat gile arr sandal tu, tak haus walau pon bergesel dengan jalan. Bukannya slow. Kalo kat akhir video pulak ada iklan sandal tu. Jadi kalo berminat boleh beli sandal tu ye..hah



Lagi 2 video di bawah ...

Aksi kedua adalah gaya mengangkat sebelah tayar kereta. Bunyi cam biasa kan? Tapi diorang merempit dengan mengangkat tayar sebelah kanan kereta ketika melalui bulatan, di highway dan ada seorang mamat berani naik atas kereta dan buat tabik hormat. Memang terrer, tapi bahaya gile. Kalo jatuh konpom masuk hospital atau almarhum terus. Huhu..sembah





P/S: Dont try this at home or anywhere... sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Malaysian Typing Speedtest ...

Beberapa hari lepas aku ada buat posting pasal GSM Tracking System dan aku dapat reaksi yang positif. Hehe.. Saje je nak memain. Hidup tidak berseri tanpa senyuman. senyum Hari ini aku nak mintak maaf kalo entri tersebut menyebabkan sesiapa sakit jantung atau ada yang sakit hati sebab terkena. Hahaha.. Hari ini serius nye. Betol tak tipo. kenyit

Pendek je entri nih. Hari ni nak cerita pasal satu website untuk menguji kepantasan kita menaip. Sebenarnya ada banyak website untuk uji skil dan kepantasan menaip, namun semuanya dalam bahasa Inggeris. Masalahnya Inggeris bukan bahasa kita, jadi concentration akan sedikit terganggu semasa nak taip perkataan (nak wat camaner MUET dpt band 4 je.. Huhu..). Sudah pasti hasilnya kurang memuaskan.

Yang aku nak beritahu ni adalah website untuk kita uji kepantasan menaip dalam bahasa Melayu. Semua perkataan dalam bahasa Melayu dan dari pengalaman aku, lagi cepat menulis dalam bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris.

Klik je kat sini ==> Malaysian Typing Speedtest

Aku punye score ...*update*

Kamu menaip 244 aksara seminit
you mendapat 40 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah
40 perkataan




P/S: Cuba jangan tak cuba..sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Tag ... (3)

Sambil-sambil duk tunggu time untuk tido skrang ni, rasa cam nak buat tag dari cik Lea plak la. Baru 11.30pm dah rasa ngantuk sangat. Adeii rasa berat dah mata ni. Berapa kilo berat aku tak tahu plak tu.

Betul la orang cakap kalo perut penuh, senang sangat rasa mengantuk. Sebenarnya aku baru balik dari makan-makan kat TC. TC? Korang tahu ke TC tu ape? Hehehe.. Untuk mereka yang tinggal sekitar Kuantan pasti tahu apa maksud TC. Nama rasmi TC adalah Teluk Cempedak, tapi ada member aku panggil TC adalah Teluk Couple. Memang banyak kat sini. Tiap-tiap malam ada, apatah lagi kalo hujung minggu.adus

Alahai tinggalkan cerita pasal TC. Kembali kepada tag dari cik Lea. Tag yang pendek dan teramat kacang. Hehehe..

Arahan :

1. sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.



2. ceritakan tentang wallpaper korang tue.

Aku tak pandai hias pc sebenarnya samada zahir atau batin. Yang penting performance. Kalo lawa tapi slow jek, takde guna juga kan.

Bagaimanapon untuk desktop, kalo boleh aku nak yang seringkas mungkin. Tak mahu bersepah. Ada 2-3 ikon jadi la. Wallpaper yang aku guna ni aku ambil dari file sharing (ftp) lan network kat UMP ni.

Apa motif wallpaper ni ek? Huhu.. Aku tak pasti. Maklum la aku bukan yang berjiwa seni. Cuma bila aku tengok wallpaper ni, aku nampak suatu pandangan ke suatu tempat yang aku tak tahu. Jalan ke sana wujud, tapi berbukit-bukit dan tidak lurus. Dalam hidup kita pon sama gak. Kita tak tahu apa yang ada untuk kita pada masa hadapan. Kita hanya mampu rancang perjalanan ke hadapan melalui jalan itu, tapi kita tak tahu apa yang ada disebalik awan.

Cita-cita dah pasti mahu sampai ke bulan. Hehehe.. Kalo dapat pegi bulan nanti jadi femes beb. Satu dunia kenal. Seperti cikgu sekolah rendah dulu cakap, cita-cita perlu tinggi.. kenyit

3. tag 10 orang...

10 orang! Biar betol cik Lea. Sapa ye nak cukupkan 10 orang nih. Tak cukup 10 orang tak ley ke? Huhu..

Buat masa sekarang ni cam takde idea sebab ngantuk sangat-sangat. Kena tidor dulu baru dapat idea kot. Rasa nak tido. Mana bantal nih. Alahai ada kucing kaco pulak. Sepak kang baru tahu. Uish ganaznye aku ni. Hehe.. sengihnampakgigi

P/S: Alamak MyBrute aku punye belom lawan lagi hari ni. Layan MyBrute kjap seblom tido..peace

Baca Lagi...

Mobile Phone GPS Tracking System !

Oleh kerana url blog ni adalah GempakGile, jadi aku akan berusaha supaya pengisiannya juga mesti bertemakan sesuatu yang gempak gile. Mungkin sesuatu yang kita tidak pernah terfikir, atau pun pendedahan eksklusif seperti yang aku nak cerita ni.

Beberapa minggu lepas ada satu website dilancarkan dan aku sendiri teruja dengan website ni. Perkhidmatan yang disediakan adalah mengesan kedudukan handphone menggunakan satelit secara percuma! Hanya masukkan nombor telifon dan kita dapat kesan kedudukan/koordinatnya. Senang je.sembah

Jadi jika anda berasa curiga dengan pasangan anda, inilah perkhidmatan yang perlu anda gunakan. Awalnya cakap nak pegi outstation kat Penang tapi sebenarnya duk dating kat Pantai Teluk Cempedak juga boleh dikantoikan menggunakan website ni. Hoho.. Sadisnya..nangih

Sila klik ==> GSM mobile phone tracking system

Snapshot plak cam kat bawah ni (klik pada gambar untuk paparan lagi segak dan bergaya) ...



P/S: Sila cuba dulu baru komen yee ... sengihnampakgigi


Free Image Hosting

Baca Lagi...

Tag ... (2)

Kali ni tag dari sedara Selamburb. Salah satu dari 3 tag yang tgh q. Adei.. Takpe la, demi member2 aku cuba buat setakat yg termampu. Orang cakap pelan-pelan kayuh. Kalo untuk mat rempit plak, pulas minyak slow-slow. Kira-kira kalo dapat cecah kepala kat jalan time willy kira oke la.. Hua2, aku dah start rasa nak mengarut.gile

Apepon saudara saudari, tag ni teramat lah pendek dan aku berjaya siapan dalam 10 minit jek..

* Nama timangan

Hemm.. Sebenarnya di alam realiti, namaku bukan wan.Nama wan hanya sekadar nama pena di alam maya seperti dalam blog, chat dan laen2. Mana datang nama wan?
Wan juga sebahagian dari nama aku yang ada 3 patah perkataan (panjang gak arr). Nama wan senang nak disebut dan dieja. Nama timangan di alam realiti rasanya biarlah rahsia sahaja. Huhu.. Kalo ada sapa-sapa yang tahu, jangan tulis dalam ruangan komen plak yee… ;)

* Anda seorang yang


• Peminat sukan (soccer,F1,badminton,takraw)
• Suka memancing (walaupun takde joran)
• Suka jalan-jalan melihat alam
• Sudah ketagih kepada blog… Adeii problem nih. Minggu depan ade exam tp duk bukak blog lagi…blur

* Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa

• Keluarga ~ syukurnya aku kerana ada ibu,bapa dan adik-beradik yang ramai
• Kawan-kawan lama ~ kenangan zaman sekolah takkan aku lupa
• Kawan-kawan di UMP ~ Lebih 4 tahun bertapa kat UMP. Banyaknya pengalaman yang aku dapat kat sini
• Rakan-rakan blog ~ trimaz kerana sudi singgah di blog ni.. ;)

* Lagu kesukaan sekarang

• Lagu-lagu dari Muse seperti Stockholm Syndrome, Apocalypse ,Sing for Absolution, Supermassive Black Hole dan lain2
• Wyclef Jean & Akon – Sweetest Girl
• ST12 - P.U.S.P.A
• Incubus – Drive
• 3 Doors Down – Here By Me
• Sheila on 7 – Yang Terlewatkan (sebab bangun lewat)
• Nabila Huda – X-ray
• Meet Uncle Hussain – Para-para Bawah Angin
• Weezer – Perfect Situation
• Wonder Girls – Nobody But Me
• The Divine Master – Disampingmu Malaysia

* Benda wajib dalam handbeg? Kalo laki pakai dompet..

• Kad Pengenalan laaa…
• Lesen Memandu
• Kad ATM
• Kad matrik
• Road tax moto
• Kad Real Reward
• Kad diskaun KFC

* Kali terakhir nangis

Erk… Apa punye soklan nih. Dah lebih sedekad kot tak nangis. Takde sebab nak nangis…
Time cerita Hindustan atau Korea? Sory la aku tak berapa layan drama korea,Hindustan atau jepun. Huhu.. Panjang sangat beb. Nak habihkan satu season kena ambik masa yg panjang. Alangkah bagusnya kalo masa tu digunakan untuk sesuatu yang berfaedah.. (ceewah jadi pakar motivasi kjap)ihikhik

* tag ramai-ramai rakan kamu (siapa yang suka tag pun boleh amik)

Alahai bab ni la yang aku tak berapa suka nak wat.. Erm, sape ye.. Sebenarnya otak aku sedikit tepu skrang ni. Exam minggu depan oi.. Arghhh.. Ketensenan akan melanda otak tak lama lagi..
Sekian untuk malam ni …peluk


Baca Lagi...

(Hot) Aksi Menarik Ahli Bomba Di US ...

Kita biasa dengar Amerika Syarikat sebagai negara termaju dan gempak dalam hampir semua aspek termasuk keselamatan. Lagi spesifiknya bomba diorang merupakan antara yang terbaik di dunia. Betol ke?

Aku tak tahu sebab aku tak pernah jadi ahli bomba. Bagaimanapun menurut bukti yang aku jumpa ni, mungkin korang akan terfikir banyak kali sebelum pergi tinggal kat US. Hahaha.. lapar



Lagi gambar-gambar hot (sebab ada api) kat bawah..















Last-last penduduk kena padam api sendiri dengan guna kaedah cuba jaya ... Huhugigitjari


Baca Lagi...

Award Award Award ....

Award oh award. Pelik gak ye, aku tak masuk pertandingan apa-apa pon tapi dapat award. Hehehe.. Tapi tak pe la, best apa kalo dapat award. Sebenarnya award yang aku nak cerita kat entri ni dah lama dapat, cuma baru nak posting. Kat sini ada 3 award. Layankan jee...senyumkenyit

Award yang pertama datang dari cik Jiha. Katanya award ni khas untuk semua follower termasuk la aku sekali. Award ni die beri awal bulan ni, tapi baru ari ni nak cerita. Huhu.. Better late than never..senyum



Seterusnya award dari cik Sara. Award ni lain sket sebab ada rule. Bukan boleh pakai letak je. Hehe.. Cik Sara punye pasal, takde hal nye..

Rules

1.copy image kat bawah
Image Hosted by ImageShack.us


2. tulis sebarang comment pasal penghantar award neh

Cik Sara
Dikaulah followerku,
Dikaulah pengkomen di blog ku,
Walau kita tak penah ketemu,
Tapi ku tahu,
Kamu disitu,
Juga menunggu award dari ku... Huhuhu.. (apa yang aku mengarut nih. adeii)siul


3. send kepada blogger2 yang sy suke..
cik Sharamli
cik Lea
cik Hunny
cik Najiha
cik Liyana
cik Qishie
cik Peanut
cik Dhada



Award yang ketiga pulak dari cik Hunny a.k.a penge'tag' terhebat sepanjang zaman. Hahaha.. Trimaz kerana tag dan award dari kamu... celebrate
Image Hosted by ImageShack.us


Sekali lagi persoalan timbul, untuk siapa aku nak forwardkan award ni. Tiga hari dua setengah malam aku pikir pasal perkara ni. Sebenarnya aku boleh dianggap sebagai orang baru dalam dunia blog, jadi tak lah ramai kenalan lagi.

Namun atas sokongan korang semua, blog ni terus bernafas dan aktif. Hohoho..
Jadi aku forwardkan semua award ni kepada semua follower blog GempakGile. . Thankz banyak-banyak atas sokongan terhadap blog yang tak seberapa ni..sengihnampakgigi


p/s: Aku tengah design award gak skrang ni. Tunggu dalam edisi akan datang yee...



Baca Lagi...

Highlight Man Utd 2 - 0 Portsmouth ...



Peluang Liverpool dan pasukan lain untuk mengejar kedudukan Man Utd semakin sukar setelah mereka berjaya menewaskan Portsmouth awal pagi tadi. Hantaran menarik oleh Anderson kepada Ryan Giggs berjaya membuka pertahanan Portsmouth walaupun Giggs kelihatan seperti offside. Manakala hantaran rendah olehnya disempurnakan dengan mudah Rooney untuk menewaskan David James pada minit ke-9.

Man Utd terus mendominasi perlawanan namun tidak mampu menambahkan jumlah gol yang mereka miliki. Pertahanan Portsmouth kental bertahan manakala David James pula menghasilkan aksi menarik menafikan percubaan-percubaan daripada Man Utd termasuklah dari Rooney, Giggs dan Fletcher. Peter Crouch juga gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik untuk menyamakan jaringan gol.

Namun Portsmouth hanya bertahan sehinggalah pada minit ke-82 sebelom jaringan Carrick yang mengesahkan kemenangan Man Utd. Man Utd sekarang mempunyai perbezaan 3 mata berbanding Liverpool dan 6 mata berbanding Chelsea setelah Chelsea hanya mampu seri dengan Everton. Walaupon mendominasi perlawanan dan menurunkan kesemua pemain utama mereka, tiada jaringan dihasilkan Stamford Bridge.

Klik pada link untuk download highlight ...

Manchester United (1) 2 vs Portsmouth (0) 0
Rooney 9
Carrick 82

Tak mau download? Boleh lihat highlight kat bawah ni ...




Baca Lagi...

Download Highlight Liverpool 4 - 4 Arsenal ...


Hoyyeh! Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan menarik antara Liverpool dan Arsenal di Anfield. Keputusannya memihak kepada Man Utd yg tersenyum lebar setelah Liverpool hanya mampu mendapat 1 mata sahaja. Adoyai... Persembahan 'menarik' dari pertahanan kedua-dua pasukan membolehkan 8 gol dijaringkan. Tidak dinafikan kedua-dua pasukan tidak dapat menampilkan kemampuan sebenar kerana krisis kecederaan oleh beberapa pemain utama mereka.siul

Liverpool tanpa kapten mereka, Steven Gerard dan Arsenal pula tanpa Adebayor dan Van Persie. Bendtner berfungsi sebagai penyerang tunggal, hasilnya Liverpool menguasai sebahagian besar posession bola dan Arsenal agak sukar untuk menyerang Liverpool pada separuh masa pertama. Apepon, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Arshavin hasil gerakan menarik oleh Fabregas dan Nasri. Separuh masa pertama juga menyaksikan Fabianski beraksi cemerlang menangkis serangan bertalu-talu terutama daripada gerakan Torres dan Benayoun (disamping kebongokan pertahanan Arsenal).

Separuh masa kedua pula menyaksikan 7 gol dijaringkan! hahWalawei.. Aku nak cerita kat sini pon cam malas. Download sendiri highlight kat bawah ni...

Liverpool (0)4 - Arsenal (1)4

Torres 49, 73
Benayoun 56, 90
Arshavin 36, 67, 70, 90

Yang pasti, pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Arsenal, Lukas Fabianski serta Arshavin yang menjaringkan 4 gol awal pagi tadi. Juga kepada Torres dan Benayoun setelah masing-masing menyumbat 2 gol kepada Liverpool. Aku harap aksi hampeh pertahanan mereka akan berterusan supaya banyak gol dapat dihasilkan untuk perlawan selepas ni. Hahaha.. sengihnampakgigi

p/s: Tak sia-sia aku tak tidor hari ni. Hehe.. Maaf jika kualiti video kurang menarik..

Baca Lagi...

Cara Terbaik Menghapuskan Pengundi Hantu !!!

Tempat anda bermasalah dengan pengundi hantu? Pening memikirkan cara untuk hadapinya? Saya ada penyelesaiannya. Simple, easy and not complicated. Tengok je gambar kat bawah ni...callme



Hahaha.. Lawak arr. Tapi aku lupa gambar ni dapat dari mana. Layankan je..sengihnampakgigi

Baca Lagi...

Apakah Tujuh Keajaiban Di Dunia Sebenarnya?

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah...

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

Pengajaran Cerita Ini:

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.

Sumber: Inbox admin. Terima kasih kepada penghantar cerita ni.

Baca Lagi...

Konsep One Malaysia Gagal?


Terkejut betol aku tengok keadaan politik di Indonesia dan Thailand. Sanggup bergadai nyawa kerana politik. Di Indonesia, seorang mati manakala lagi tiga tenat di hospital kerana cubaan bunuh diri. Alasannya, kalah dalam Pemilu yang telah diadakan baru-baru ni. Kat Thailand, tembak-menembak dan rusuhan yang berlaku menyebabkan kekacauan dan nama Thailand menjadi buruk. Risaunya kalo keadaan macam ni terjadi kat Malaysia. Negara tak aman kerana politik yang bergelora.


Aku tertarik dengan kenyataan dari Harakah Daily 2 hari lepas. Katanya konsep One Malaysia gagal, gagal sepertinya Islam Hadhari semasa era Pak Lah yang melelahkan. Hahaha.. Apa punye lawak. Aku akui konsep Islam Hadhari oleh Pak Lah memang gagal, tetapi mengatakan konsep One Malaysia yang baru seminggu di gunakan oleh Datok Seri Najib adalah gagal tidak adil sama sekali. Aku nak tanya sikit je, mana konsep Negara Islam yang diwar-war dan dibanggakan oleh PAS selama ini? Dimana?

Bukan aku tidak menyokong konsep Negara Islam, tapi kalo nak mengata tu tengok baju sendiri dulu. Jangan cakap baju orang lain koyak kalo baju kita koyak juga. Aku amat-amat sokong konsep negara Islam oleh PAS namun hampa kerana PAS tidak mampu. PAS bergabung dengan DAP, suatu parti politik yang anti-negara Islam. Cuba tengok video di forum iLuvIslam.com ini. Jika video ini benar (takde orang edit), maka nampak sangatlah Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup menipu semata-mata mahu menjaga hati ahli DUN dari DAP. Mana bagus, orang yang hipokrit (depan pengundi cakap lain, depan rakan dia cakap lain) ataupun orang yang terang-terang tidak berminat dengan konsep negara Islam?

Dulu dalam satu debat di Kota Bharu, Datuk Husam Musa (ADUN Salor tempat aku tinggal) cakap PAS akan terus perjuangkan konsep negara Islam walaupon bergabung dengan DAP setelah dicabar oleh Khairy Jamaluddin. Dalam tempoh 2-3 hari, Datuk Husam keluarkan kenyataan bahawa penubuhan negara Islam terpaksa ditangguh kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum menjadi realiti.

Senangnya jadi pembangkang, tunggu je apa yang kerajaan nak buat pastu mengata ramai-ramai. Tapi orang yang mengata tu lebih kurang juga. Bercakap memang senang, kecuali orang bisu.

Lagi satu adalah mengenai Setiausaha DAP, Nga Kor Meng yang berceramah sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Aku sokong pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam sepatutnya diberi galakan untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran. Tak salah sama sekali untuk orang bukan Islam untuk menyebut ayat-ayat dari Al-Quran.

Tapi adakah Nga Kor Meng gunakan ayat Al-Quran untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran?? Tidak, beliau guna ayat-ayat dari Al-Quran untuk berpolitik. Ceramah politiknya untuk menarik perhatian penonton dari golongan Melayu Islam. Nga Kor Meng mengatakan bahawa beliau telah mempelajari dulu sedikit sebanyak mengenai Al-Quran dan juga mengambil kira pendapat dari Ir. Nizar Jamaluddin sebelum menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramahnya. Tapi boleh jugak ke kalo orang bukan Islam guna petikan ayat dari Al-Quran untuk tujuan politik? Ntah la, aku tidak layak untuk mengeluarkan fatwa.

Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Aku anti-taksub parti politik. Setiap pihak mesti ada yang salah dan ada yang betul. Jangan cakap kita sokong parti A, maka semua perkara tentang parti A adalah betul dan parti B pula salah semua sekali.

Buka minda untuk menerima kebenaran... Belajar berfikir lebih kreatif...

Baca Lagi...

Kisah Pendek Suami Isteri ... (2)

Siti telah lama menyimpan hasrat untuk menggunakan kereta baru. Kereta Kancil yang digunakan keluarga mereka sudah berumur 6 tahun, terlalu uzur dan sempit. Suaminya, Mat (nama glamer) berkerja sebagai CEO di sebuah syarikat pembuatan kapal selam di Laos, berpendapatan Rm 6 angka tapi amat kedekut walaupon Rm1 untuk beli pisang goreng.

Suatu hari, Siti tekad untuk menyuarakan hasratnya itu. "Abang, kereta Kancil kita tu sudah terlalu uzur dan sempit. Bila kita akan dapat kereta baru yee?", Siti lembut cuba mengorat suaminya. Kata Mat,"Siti nak yang macamane? Sebut je. Sebenarnya abang dapat bonus semalam hasil kejayaan projek mesin kira bulu kambing terpantas di dunia yang memenangi Geneva Award."

"Wah bestnyee.. Siti tak kesah, tapi kalo boleh nak yang berwarna merah dan boleh pecut lebih 100 dalam tempoh kurang 2 saat. Pastu ianya sleek design (takde bucu tajam dan petak).Hohoho.. Siti suka yang laju", gembira betul Siti.celebrate

Esoknya seperti yang dijanjikan, Mat pulang membawa .... (bersambung kat bawah)

"Abang beli 2 bijik demi cinta abang kepada Siti. Warna merah, sleekdesign dan yang paling penting meternya mampu melepasi garis 100 walaupon Siti baru guna 2 saat. Huhuhu..", kata Mat dengan penuh kemesraan kepada isterinya itu..
sengihnampakgigi

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template