Rencana utama Kosmo Online hari ni adalah mengenai hantu kebaya merah. Layan gak, paling best bila ada kajian menunjukkan orang Malaysia memang mewah dengan hantu. Bermacam-macam, lebih 700 jenis hantu dicatat dalam tempoh 100 tahun lepas. Huh.. Malaysia boleh...
Paling pelik hantu kalo dah muncul mesti muncul berulang-ulang kali dan kacau kat area sama macam kes hantu kebaya merah kat Gurun. Nak disedapkan cerita, kononnya hantu kebaya merah adalah roh wanita yang pernah mati kemalangan di kawasan itu dan merayau-rayau kerana tidak tenteram. Bosan kot takde geng kat situ, sebab tu die merayau-rayau.. Hehe..
Namun yang pasti, kemalangan kerana hantu kebaya merah memang sudah banyak kali berlaku. Pada 5 Februari 2009, kereta dipandu Chan masuk longkang selepas susur keluar tol Sg Petani angkara hantu kebaya merah...
Kemudian seorang pemandu lori parah setelah lorinya terjatuh ke bawah highway PLUS setinggi 10 meter di kilometer 105.8. Tak pasti bila...
Terbaru di stesen minyak R&R Gurun ...
Ada yang cakap hantu sebenarnya hanya mainan ilusi minda manusia kerana tak pernah ada dalam sejarah manusia mati dibunuh hantu. Bagaimanapun ada yang betol-betol percaya, takut dan tunduk kepada hantu sehingga memuja mereka. Sebagai orang Islam, perbuatan itu ditegah kerana bersifat syirik. Syirik adalah dosa yang paling disukai oleh iblis kerana dosa syirik tidak dimaafkan oleh ALLAH swt.
Aku pernah dengar pendapat Dr Fadzilah Kamsah suatu ketika dahulu dalam satu rancangan di Astro. Katanya hantu mungkin wujud, mungkin tidak. Alasannya kerana dalam Al-Quran atau hadis yang wajib kita percaya, tiada satu pon ayat atau perkataan mengenai hantu. Aku rasa pendapat ini adalah yang terbaik, namun pada masa sama perlu ada kajian. Lagipon kita wajib percaya kepada kewujudan alam ghaib.
Cuma idea mengenai jelmaan roh adalah amat tidak meyakinkan. Mana mungkin roh orang yang dah meninggal merayau-rayau di atas muka bumi. Pada pendapat aku, hantu tidak lain hanya ilusi manusia dan gangguan daripada syaitan serta jin. Mungkin hantu kebaya merah adalah jelmaan jin yang pernah tinggal dengan wanita tersebut semasa wanita itu masih hidup.
Perlu diingat, jin, syaitan dan iblis tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Mereka juga boleh berubah bentuk, bergerak dengan pantas dan sebenarnya tak banyak yang kita tahu tentang mereka.
Pernah dengar mengenai permainan coin of spirit? Pemain akan panggil 'roh', dan 'roh' itu akan datang dan jawab pertanyaan-pertanyaan dari pemain. Ada yang mendakwa 'roh' memang betul-betul datang kerana setelah dilakukan kajian, orang yang diceritakan oleh 'roh' memang wujud dan maklumat pula tepat. Maklumatnya adalah seperti nama, tarikh lahir, tarikh kematian, sebab kematian, asal 'roh' dan lain-lain.
Hakikatnya yang menjawab pertanyaan mereka adalah jin. Maklumat yang diberi pula adalah mengenai tuan atau orang mereka dampingi. Tak kesah la walaupon orang tersebut telah meninggal dunia 500 tahun lepas dan tinggal di benua Amerika Selatan kerana jin tidak mati sebelum hari kiamat dan mampu bergerak pantas.
Manusia hanya mampu mengkaji menggunakan akal dan ilmu yang sedikit, ALLAH swt sahaja yang Maha Mengetahui...
p/s: Jangan terlalu percaya cerita hantu. Itu hanyalah khayalan manusia biasa ...
hunny dew bc sal nie..nth2..owg kowt..yg kbutln lalu n pki bju merah..xnmpk pown cm bju kbya..huu..nth r..xnk cye..bnde2 nie..mmg wujud..t'pulang pd individu 2 sndri..:)
mse kecik2 penah men spirit of the coin..cm klaka la plak pkr balek..haha~
aku x jumpa hantu lagi :P
hish buka blog ni dhla mlm2..seram je..apakah?lebh 700?mak aih byk btol..heee
penah jumpa antu?hu3
jin bukan ley mati k?
taktau cuma rasa pernah baca.
mmbacer di kale pagi yang hening..
gler seram!
so far tak pnh jmpe hantu lg..
ish2..nauzubillah~
hUnNy - maybe ade budak2 tgk maen kejar2 kat belakang time die amik gmbr kot..hehe
Balqis - waa..hebatnye... :D
Luffy - jom la pi Gurun carik hantu ...
Liyana - seram?heee..mh abg tolong temankan.. :)
sharamli - blom kot,tp pernah tgk dr gambar gak...
LiLacFlA - diorang tak mati.aku pernah terbaca dlm buku kat umah aku...
najwa - aiyaa..time pagi pon boleh seramm..heehe
NaDia - takkan tak pernah?sekurang-kurangnya hantu dlm cerita seram...keh3
Itu Jin, yang sengaja mengganggu manusia .
aku pon ader bace gak..
hantu pun makhluk tuhan..
dalam bahase lain jin la kot..
Dhada - iye kot..
aisyah - oo ye ke...hantu pon sejenis makhluk Tuhan.yg pasti semua makhluk adalah ciptaan ALLAH swt
Ngeri...
Hantu x wujud la...
Yg wujud roh yg tidak tenang...
Yang tu la org panggil hantu...
tak dek roh yang tak tenang x ka n menghantui.
ada pendapat kata sebenarnya tu qarin.. hurm..
cantik x hantu kebaya merah tu??
hehehe
Assalamualakum, saya dah kaji gambaq ni. bukannya hantu, orang da..klu pakai kamera biasa/hp, kamera tu hanya ada 1 focus saja. di mana dia akan fokus pada satu2 benda pada satu masa. jadi di sini, didapati, fokus kamera ini adalah pada akak ini.So, ada plak hamba Allah sedang jalan kat belakang tu, jadi dia dah out off focus, maka jadilah gambaq dia blur..atau kita panggil motion of blurr...klu di zoom nmpak dia tgah dukung anak dia, muka anak dia rapat nagn pipi. Kebetulan hamba Allah ni plak pakai baju merah..cantik..da..sonang2 jadi hantu kebaya merah.hu..
D@U$™ - roh org mati akan disoal oleh malaikat mungkar dan nakir dalam kubur,kecuali mereka yg mendapat syafaat tidak disoal dlm kubur.malah mereka tidor dgn aman sehingga kiamat tiba.itu yg diberitahu oleh Rasulullah saw...
lea - cantik..mata merah.rambut panjang.gigi taring..baju merah sbb fan Man Utd kot..heee
Perhatian.. Sesiapa yg guna nama encik Anonymous dalam ruangan komen, komennya tak akan dilayan!
Nie jin yg dah x de keje laa nie...
x fair.... mn aci... org lain pas mati simpan... jawab soalan... kalu ok... selamat... kalu x.. bkn kena seksa ka.... "seksaan alam kubur"... kalu hantu2 2 b'keliaran... makna kata diorg dah abis jwb soalan la ek?... emm.....
Ini adalah gambar night mode dimana kamera-kamera PNS ( Point And Shoot ) selalunya akan menggunakan shutter (kelajuaan penutup) yang rendah (maybe 0"3 atau bukaan shutter 3 saat). Dengan ini sensor kamera akan merakam sebarang gerakan sebagai motion blur selama 3 saat itu. Teknik ini selalunya digunapakai utk merakam cahaya lampu kereta atau 'light trail"..Ermmm..Keliwon layan gak no?!!
jin menganggur ah 2.. huhu
btl ke jin ni ade yg baik n ade yg jahat?....
First time dengar cerita ni.dahla selalu lalu kat situ time balik kampung. Tapi sepanjang 20tahun ni, tak pernah pulak jadi benda yang bukan-bukan. Depend pada niat sebenar pemandu kot.hee.
hantu ni sebenarnya wujud.
hantu berasal dari jin atau roh org tidak tenteram.
hantu berada di sesuatu lokasi ats sebb trtentu. mgkn ada sesuatu mesrj yg nak disampaikan.
individu yg ada darah keturunan di raja sja yg mmpu melihat, merasai kewujudan jin dan hantu. x kira golongan atas atau bawahan.