Perhimpunan UMNO berakhir hari ini. Tahniah kepada pemenang dan tahniah juga kepada Tun Dr Mahathir kerana hadir secara mengejut pada hari ini. Ini menunjukkan Tun Dr M masih sayangkan kepada UMNO walaupon UMNO sudah rosak kerana politik wang.
Disini aku nak berkongsi seloka sinis oleh Ismail Yaacob, wakil Kedah yg lebih dikenali sebagai Mat Pen (singkatan perkataan pendek) semalam. Beliau memerlukan pelapik kaki semasa hendak menyampaikan ucapan kerana kependekannya. Bagaimanapun idea dan isi seloka oleh beliau jauh lebih tinggi daripada ketinggian badannya. Seloka yg penuh dgn teguran dan sinis perli amat sesuai untuk kita amati dan difikirkan bersama.
Disini aku nak berkongsi seloka sinis oleh Ismail Yaacob, wakil Kedah yg lebih dikenali sebagai Mat Pen (singkatan perkataan pendek) semalam. Beliau memerlukan pelapik kaki semasa hendak menyampaikan ucapan kerana kependekannya. Bagaimanapun idea dan isi seloka oleh beliau jauh lebih tinggi daripada ketinggian badannya. Seloka yg penuh dgn teguran dan sinis perli amat sesuai untuk kita amati dan difikirkan bersama.
Seloka sinis Mat Pen adalah macam kat bawah...
Pada Datuk (Seri) Najib ,
Dalam sebuah kapal
seorang saja jurumudi,
Jangan selalu dengar penasihat kanan atau kiri,
Tapi banyak ambil kira kehendak akar umbi.
Kita kalah pilihan raya
jangan dok salah sapa-
sapa,
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara,
Kita terlalu tamak,
sombong dan gila kuasa,
Akar umbi kita tak ambik kira.
Bila bayaran elektrik
sikit naik atas,
Menteri kata jangan
pakai aircond, pakai
kipas,
Yang ada kipas elektrik, dia suruh pakai kipas
kertas,
Makan ubi kayu kalau tak cukup beras.
Menteri kata bulan Ogos, baru minyak naik harga,
Takdan bulan lapan,
Naik terus lepas bulan dua,
Apa menteri cakap akar umbi dah tak percaya,
Ikut kata depa cakap
macam burung kakak tua.
Baru-baru ni kerajaan kuat kuasa satu peraturan,
Takdan dua hari dia buh gear gostan,
Suruh tukar penggunaan plastik tong ikan,
Nelayan yang miskin pun depa tak kesian.
Menteri Pelancongan mai sekali sekala kat Langkawi,
Kita pekena kerabu kalau tak mau tongkat ali,
Kami bermasalah besaq dengan perkhidmatan feri,
Kira dok penaik harga, Langkawi dah jadi sunyi.
Kat Menteri Penerangan saya nak pesan,
Jangan mudah kita termakan umpan,
Berdebat berbuih mulut pun bukan ada kesan,
Buktinya kita kalah pilihan raya kecil di dua kawasan.
Saya nak tanya tuan Menteri Kerja Raya,
Siap jalan baru dia bubuh tanda selekoh jalan bahaya,
Kalau tahu jalan tu bahaya dok buat apa,
Lepas tu kita kalut banyak kereta dok belaga.
Akar umbi kata kebanyakan menteri kita terlalu lembut,
Orang gempaq sikit menteri terus ikut,
Kontrak sosial kita pun dah jadi kelam kabut,
Menjadikan rakyat dah mula rasa takut.
Setengah kita cari makan kira dok ampu,
Takdan bos nak cakap dia sampuk saya setuju,
Orang pi melawat kawasan dia sampai dulu,
Kita boleh kain pelikat, envelop besar dia sapu.
Dari warung kopi hingga ke warung berbintang,
Orang dok cakap Umno dan politik wang,
Kata depa gejala ini kalau tak dihalang alamat Umno jatuh terkangkang,
Tapi sorang kawan saya pulak berkata,
Ini bukan rasuah, duit makan dan minyak kereta,
Elaun dia kerana tinggal dua tiga hari kerja,
Anak bini kat rumah kena jugak jaga.
Kalau bagi tentu salah,
Kalau tak bagi takut kalah,
Bagi sikit depa marah,
Bagi banyak kita pulak parah.
Apa pun, Malaysia kita sudah berjaya,
Kita berbangga dengan Cyber dan Putrajaya,
Pak Lah pulak tambah dengan suruhanjaya,
Dok cari yang rasuah di kalangan kita.
Mulai dari sekarang,
Kita mesti berusaha,
Sedikit berpolitik banyak buat kerja,
Kalah atau menang kawasan mesti dijaga,
Baru boleh dapat lebih dari dua per tiga.
ya!
umno have to be cleaned totally to gain back people's trust to them!
heee..2 jari pun jadilah..yang penting ikhlas.
betul tak tun?hehehe
2 jari yg ikhlas..huh..boleh wat tajuk posting plak..haha
tepuk2.. sapa mat pen ni ha? nak sign la..
memang bernas seloka ni... nasib la terkena pada sapa
wah! banyak menteri TERCIRIT dengar seloka tu...
najib pun sneyum sinis je aku tgk hehe
masing2 merah je muka
LiLacFlA - mai Kedah kalo nak mintak sain..haha
hady - mmg pedas tu..paling best shahrir samad.padan muka..hoho..lain kali bagi barang naik harga lagi..
Luffy - haha..itu sbb aku nak share..biar diorang sedar..
lankapo - najib pun kena gak.hoho..pendek kata semua kena..KJ rasuah tak sebut plak?..opss..terlepas ckp plak..
Hmm mcm2 psl politik ni ..
tgk x shahril asik menganyip je time najib berucap
muka xpuasati tuh....
p/s : nmpk sgt kann btw PAK LAH n TUN M
cik dhada - biase aa nak hidup..
cik jiji - lgpon Dr M ckp die tak ckp pon dgn Pak Lah hari tu..
eh wan.
nanti papehal ada cerita best pasal malaysia ni.
post la kat entri ok?
hehe..
cik qishie - oke je..nnti rajin-rajin lah dtg dan klik kt iklan..hohoho
politik wang?
alah cakap je rasuah..kan senang..
UMNO bakal berkubur..tengoklah nanti..
ditambah lagi dengan najib yg handle umno ni..haha
gigih baca seloka ni kat paper hari tu. ehe. mmg sinis!~
sdiakn kbur untuk parti UMNO...UMNO skrang sudah ilang Kemalyuan dan keIslaman...harta,pgkt lbih pnting...
loq - hehehe..biase aa tu nak cover punye pasal.same gak mcm khinzir dgn babi. tp org lebih suke dgr khinzir dr babi..padahal takde beza pon
ijechan - sape yg mkn cili,dia yg rasa pedas..hehe..
mcm pnah dgr je nama ijechan ni?tp kt mane yee?
dua jari macam tak ikhlas
tapi Zainal cakap
Ikhlas Tapi Jauh
BAGAK - tp ikhlas ke tak, kite tak tahu..hanya mereka sahaja yg tahu..
Terima Kasih MBAH WIRANG Atas semua yang anda berikan kepada saya…Angka Ritual Ghoib MBAH Benar-benar Tembus 100%…mohon ma’af MBAH WIRANG ini pengalaman saya …waktu itu pernah saya meminta bantuan kepada seseorang yg mengaku pintar meramu angka toto…dan saya harus bayar untuk mendapatkan angkanya…sampai2 saya hutang sana ,hutang sini…tapi apa yg terjadi…angka yg saya terima gak ada yang keluar…mampus dalam hati kecil saya..gmn saya harus bayar utang yang terlanjur menumpuk…hingga akhirnya saya di kasih info teman untuk mencoba menjadi Member di MBAH WIRANG Alhasil Angka Ritual Ghoib yang MBAH kirim ternyata Jitu 100%..dan akhirnya terbayar sudah hutang2 saya….ini hanya sekedar pengalaman saya…untuk yang mau mencoba angka ghoib dari MBAH WIRANG tidak usah ragu-ragu…karena saya udah merasakannya…terima kasih MBAH WIRANG…
JIKA ANDA BUTUH ANGKA TOGEL 2D 3D 4D SILAHKAN HUBUNGI MBAH WIRANG DI NOMOR : 0823 4666 7564 insya allah MBAH bisa bantu anda TERIMA KASIH..
Salam Bahagia….!!!