Terkejut betol aku tengok keadaan politik di Indonesia dan Thailand. Sanggup bergadai nyawa kerana politik. Di Indonesia, seorang mati manakala lagi tiga tenat di hospital kerana cubaan bunuh diri. Alasannya, kalah dalam Pemilu yang telah diadakan baru-baru ni. Kat Thailand, tembak-menembak dan rusuhan yang berlaku menyebabkan kekacauan dan nama Thailand menjadi buruk. Risaunya kalo keadaan macam ni terjadi kat Malaysia. Negara tak aman kerana politik yang bergelora.
Aku tertarik dengan kenyataan dari Harakah Daily 2 hari lepas. Katanya konsep One Malaysia gagal, gagal sepertinya Islam Hadhari semasa era Pak Lah yang melelahkan. Hahaha.. Apa punye lawak. Aku akui konsep Islam Hadhari oleh Pak Lah memang gagal, tetapi mengatakan konsep One Malaysia yang baru seminggu di gunakan oleh Datok Seri Najib adalah gagal tidak adil sama sekali. Aku nak tanya sikit je, mana konsep Negara Islam yang diwar-war dan dibanggakan oleh PAS selama ini? Dimana?
Bukan aku tidak menyokong konsep Negara Islam, tapi kalo nak mengata tu tengok baju sendiri dulu. Jangan cakap baju orang lain koyak kalo baju kita koyak juga. Aku amat-amat sokong konsep negara Islam oleh PAS namun hampa kerana PAS tidak mampu. PAS bergabung dengan DAP, suatu parti politik yang anti-negara Islam. Cuba tengok video di forum iLuvIslam.com ini. Jika video ini benar (takde orang edit), maka nampak sangatlah Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup menipu semata-mata mahu menjaga hati ahli DUN dari DAP. Mana bagus, orang yang hipokrit (depan pengundi cakap lain, depan rakan dia cakap lain) ataupun orang yang terang-terang tidak berminat dengan konsep negara Islam?
Dulu dalam satu debat di Kota Bharu, Datuk Husam Musa (ADUN Salor tempat aku tinggal) cakap PAS akan terus perjuangkan konsep negara Islam walaupon bergabung dengan DAP setelah dicabar oleh Khairy Jamaluddin. Dalam tempoh 2-3 hari, Datuk Husam keluarkan kenyataan bahawa penubuhan negara Islam terpaksa ditangguh kerana terdapat perkara yang perlu diselesaikan dahulu sebelum menjadi realiti.
Senangnya jadi pembangkang, tunggu je apa yang kerajaan nak buat pastu mengata ramai-ramai. Tapi orang yang mengata tu lebih kurang juga. Bercakap memang senang, kecuali orang bisu.
Lagi satu adalah mengenai Setiausaha DAP, Nga Kor Meng yang berceramah sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Aku sokong pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa orang bukan Islam sepatutnya diberi galakan untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran. Tak salah sama sekali untuk orang bukan Islam untuk menyebut ayat-ayat dari Al-Quran.
Tapi adakah Nga Kor Meng gunakan ayat Al-Quran untuk mempelajari dan mendalami Al-Quran?? Tidak, beliau guna ayat-ayat dari Al-Quran untuk berpolitik. Ceramah politiknya untuk menarik perhatian penonton dari golongan Melayu Islam. Nga Kor Meng mengatakan bahawa beliau telah mempelajari dulu sedikit sebanyak mengenai Al-Quran dan juga mengambil kira pendapat dari Ir. Nizar Jamaluddin sebelum menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramahnya. Tapi boleh jugak ke kalo orang bukan Islam guna petikan ayat dari Al-Quran untuk tujuan politik? Ntah la, aku tidak layak untuk mengeluarkan fatwa.
Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Aku anti-taksub parti politik. Setiap pihak mesti ada yang salah dan ada yang betul. Jangan cakap kita sokong parti A, maka semua perkara tentang parti A adalah betul dan parti B pula salah semua sekali.
Buka minda untuk menerima kebenaran... Belajar berfikir lebih kreatif...
k...dh tgk dh bju senirik..xk0yak p0n..leh x kut0k bju 0rg...hu3
=)
Isu politik takkan pernah habis .
aku sokong ko
aku kengkadang confius gak nape laa de org yg taksub 1 bnde tu gle2
aku pelik nape PAS+BN tidak boleh bergabung
padahal kita semua org melayu ISLAM
ini tidak, yg ado hanya PHD
politik... memang takkan habis sampai bila bila..
Adry @ http://www.adrysabry.com
mantap nye pakcik ini..
dh men politik plak..
hohohoho..
BN, DAP, PKR dan PAS sumenye ade agenda sendirik..susah mereka nak bergabung utk pimpin negara sendiri.
ms.izyan juga suke kalo PAS nak jadikan kita negara ISlam, tp tak mungkin kalo bergabung ngan DAP yg nak rosakkan negara Islam.
juga tak suke ngn PKR yang masih samar2 agendanye..dulu nak bangunkan PKR sebab tuntut keadilan Anwar, tp skg majoriti pepimpin die org India pulak...
BN pulak leka n mesti bangkit, jgn asyik nak menuding jari atas kesalahan sendiri..
nway, masih bangga jd anak Msia yg idup dlm negara aman n damai..
*Peace* :)
politik yg penuh dgn warna warni... lalala~
PAS kalo nk jadikan negara islam, satu je syarat, jgn bergabung dgn DAP..
hmm politik...mcm2 cerita..tkkan pernah hbs..
kite tunggu je dulu sjauh mne konsep one malaysia nih....
bg masa najib untuk buktikan kepada rakyat...
inilah politik
tapi aku tetap berdiri di belakang PAS
sharamli - check sluar plak..huhu
Dhada - kadang2 politik tak salah kan?
jiji - trimas kerana sokongan anda.hoho..patut nye bersederhana je.macam yg Islam anjurkan..bersederhana dalam semua perkara..
Adry - tapi politik je la yg org Melayu pegang kat M'sia ni..
Generasi - itu la..tibe2 aku rasa nak jadi wakil rakyat plak..hoho
iNtaN - terima kasih utk pandangan anda yg menarik..aku mmg sokong,PAS tak patut gabung dgn DAP kalo mahu tubuhkan negara Islam.percayalah,gabungan terbaik dgn PAS adalah UMNO..PKR?no komen..
Kipas - warna apa tu?
bd fabregas - yup betol..lagi satu,jgn suke rasuah pastu kantoi..btol tak encik bd?..hehe
Liyana - duit beb..mmg tak abis..
zelo55 - tepat sekali..bagi masa..jgn terburu-buru
loq - aku tetap duduk atas kerusi ini..haha
Sesiapa sahaja boleh bikin 'statement' mengatakan 'itu ini' gagal.
Bahkan jemaah menteri era mahathir gelak sakan bila Tun usulkan 'Wawasan 2020' ketika itu.
Bukan mengharapkan usaha pemimpin negara sahaja atau tengok dan lihat dan bersedia menempelak jika konsep itu dikatakan 'gagal'.
kita tanpa mengenal politik mana kita duduk, seharusnya berusaha membikin Malaysia in suatu negara yang harmoni,satu bangsa,satu arah.
trimas twenty-six atas komen anda yg hebat itu..tak kesah la konsep ape pon,janji kalo dapat beri kebaikan kepada negara kita, kita patot sokong..
kalo setakat bercakap, semua org boleh. kalo time nak buat keje, semua nak ngelat..huh
one malaysia memang akan gagal kerana ia asalnya dari DAP...
negara islam diwarwarkan pas, pas belum menguasai malaysia, maka beluam boleh dilaksanakan...cuba guna otak...
kontrak buat rumah tak dapat lagi, lu dah mintak tengok rumah....jangan jadi kelakar...
sory anonymus adalah spesis pengecut dan kenyataan mereka tidak akan dilayan...