Pertandingan Ratu Cantik Di Arab Saudi ...

Tahukah anda bahawa Arab Saudi juga menjalankan pertandingan ratu cantik? Rileeek, diorang bukan buat pertandingan ratu cantik seperti di negara-negara Barat (negara kita sama gak) tapi dengan cara yang berbeza. Para hakim tidak melihat kepada shape atau kecomelan peserta, tetapi melihat kepada kecantikan dalaman wanita itu. Ia dinamakan 'Saudi's Miss Beautiful Morals' dan diasaskan oleh Khadra al-Mubarak. Gambar beliau adalah seperti di bawah ...

Image Hosted by ImageShack.us


Peserta akan menyertai bermacam-macam kelas dan menjawab kuiz-kuiz bertemakan "Discovering your inner strength," "The making of leaders" dan "Mom, paradise is at your feet". Hakim akan melihat sejauh mana peserta menghayati ajaran Islam, hubungan peserta dengan ibunya dan lain-lain. Masya-Allah, memang bagus kan?

Sebenarnya aku menulis bukan kerana nak ceritakan pasal pertandingan ini, tapi nak meluahkan rasa kecewa dengan sifat orang-orang Barat bukan Islam. Mereka tidak tahu yang mereka jahil tentang Islam, oleh itu pertandingan ni diperlekeh dan dihina. Artikel oleh AP tentang 'Saudi's Miss Beautiful Morals' boleh dibaca di laman OnlineAthens.com.

Kalo rajin boleh pergi baca sendiri kat website tu, aku malas nak cerita balik. Times Online juga ada mengulas mengenai ini dalam ruangan Faith Central. Ada sesetengah pengkomen di ruangan ini yang mengatakan burkha yang dipakai oleh Khadra al-Mubarak sebagai 'stupid', 'like black bag' dan 'swine flu protector'. Penulis artikel pula mempersoalkan bagaimana kecantikan dalaman wanita dinilai kerana terlalu abstrak. Habis tu kalau kecantikan luaran tak abstrak ke?

Aku hairan kenapa mereka suka menghina Islam, sedangkan kita tidak menghina mereka. Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada mereka supaya menerima hidayah-Mu ... Amin ...



15 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template