Seperti permainan bola, tetapi melucukan. Itulah senario politik di Perak. Setelah berjaya menguasai Perak, nampaknya kerajaan BN Perak telah melakukan kesilapan yg membawa padah. Sudah menjadi kebiasaan pemain2 bola akan menjadi sedikit alpa apabila mendahului lawan 1-0.
Kesilapan itu digunakan sebaik-baiknya dan sekarang PR pula telah mendahului 1-2. Hahaha..
Aku gelak bukan kerana PR dapat balik Perak, tetapi hukuman yang telah dikenakan terhadap Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya. Mereka digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan, manakala Zambry pula selama 18 bulan (sumbat gol tapi pastu dapat kad merah). Apalah guna kuasa sebagai Menteri Besar dan exco jika tidak dapat menghadiri sidang DUN. Dari segi matematik pula, PR kembali menguasai Dewan Undangan Negeri(DUN) negeri Perak. Ringkasnya, PR berjaya membolosi gawang BN di Perak sebanyak 2 gol melalui 1 sepakan. Hahaha.. Sekali lagi aku tergelak.
Sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang bahawa Menteri Besar dan barisan exconya hanya dapat dilucutkan jawatan jika sidang DUN diadakan dan Menteri Besar mendapat undi tidak percaya. Bagaimanapun kerajaan BN Perak lagi masih menguasai Perak jika persidangan DUN tidak diadakan kerana undi tidak percaya tidak dapat dilakukan. Sekarang ini tinggallah kerajaan BN Perak sebagai kerajaan minoriti yg sudah pasti tidak stabil. Last2 yang rugi adalah rakyat...
Sumber: Malaysiakini.com
hohoho..pndai r abg sorg ni men bola.
haha...time kasih..sbb dlu ko ajar la aku pndai main bola nih..hehe
a'ah la.. pandai nyer... sumbat gol seketol jerk... leh dapat 2 mate lak... ingat maen american football ker??