Memang Kejam ... !!!

Aku agak terkejut dgn headline paper hari ni. 11 orang jemaah dibunuh ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Serangan yang langsung tak berperikemanusiaan!!

Rasa nak nangis je bila aku baca berita ni. Kenapa la sampai begini manusia kejam? Penyerang menggunakan M16 dan pump-gun, manakala jemaah hanya bersenjatakan iman di hati. Rasa tak sanggup untuk melihat gambar-gambar mayat yang ditutup dengan kain dan lantai masjid yang penuh dengan darah manusia.

Amat jelas ada pihak yang mahu selatan Thai kembali kacau. Tak kesah la siapa pon atau apa tujuan sekalipon, kebenaran mesti ditegakkan. Mereka yang bertanggungjawab patot dihukum bunuh.

Aku risau sebenarnya. Aku takut bala Tuhan seperti tsunami berulang. Kemuncak perbalahan antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia bukanlah peperangan terbuka, tetapi tsunami yang meranapkan sama sekali wilayah Acheh. Risaunya aku kerana selatan Thai amatlah dekat Malaysia, apatah lagi aku yang tinggal di Kota Bharu.

p/s: Bersama-samalah kita membacakan Al-Fatihah dengan niat untuk disedekahkan kepada si mati. Juga doakan keamanan dan kesejahteraan di wilayah Selatan Thai.. Insya-Allah



15 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template