Free Download Mp3...

Sedikit mp3 untuk share. Klik kat link untuk download...

Baca Lagi...

Orang Terbang Di Jerman...

Bunyi mcm tipu je tajuk topik ni. Memang betul tiada manusia yg boleh terbang kalau tidak naik kapal terbang. Mamat kat Jerman ni juga sama sebenarnya. Tapi bagaimana nak jelaskan gambar kat bawah ni...?

Image Hosted by ImageShack.us

Nama mamat ni adalah Lorbeer, seorang street performer yg terkenal di Jerman. Persembahan yg dia lakukan ini pula dinamakan "Still Life". Selama berjam-jam dia mampu untuk beraksi pada kedudukan yg melawan daya graviti bumi sambil berbual-bual dgn peminat yg melihat aksinya itu. Ada juga yg menyentuh Lorbeer utk ambil sedikit power dari Lorber supaya mereka juga dpt terbang. Haha, bongok tol ini orang.

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Apakah rahsia untuk lakukan aksi ni?

Sebenarnya rahsianya amat senang lagi basic. Budak2 sekolah rendah pon dapat pikir macamane nak terbang macam Lorbeer. Hehe.. Rahsianya = gam + tangan palsu. Tangan dia yg sebenar disebalik pakaian ..

Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Bila daa Smallville nak terbang pulak??.. Huhu

Baca Lagi...

Kisah Panglima Yang Hampeh...

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf... Panglima bagi kunci yg salah!!


p/s: Hampeh punye member. Belom ape2 lagi dah try bukak... Haha..

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Highlight CL 25 February 2009

4 match berlangsung awal pagi tadi. Pada pendapat aku, semua pasukan masih ada peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Aku sempat tgk match antara Inter dan Man Utd tetapi hampeh, takde gol plak. 1st half, Man Utd byk kontrol bola dan byk kali hampir mendapatkan gol tetapi Julio Cesar menjaga gawang dgn cemerlang. Inter yg bermain secara gugup pada 1st half bangkit menyerang pada separuh masa ke-2 dan hampir pasti membolosi gol Man Utd kalau bukan kerana kebebalan Adriano. Boleh tgk sendiri highlight game smlm dgn tekan link kt bawah...

Inter Milan (0) vs Man Utd (0)

Lain2 game plak kt bawah...

Arsenal (1) vs As Roma (0)

Lyon (1) vs Barcelona (1)


Atletico Madrid (2) vs Porto (2)

Maxi Rodriguez 3

Lopez 22

Forlan 45

Lopez 72

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Lawak Seposen...

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : Bertuah punya anak. Macamana Man tahu taktik ayah tu??

p/s: Muka seposen cam dlm gmbr kt bawah kot... Hehe

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Liverpool - Man City Goals EPL 220209

Aiseh terlewat plak nk update EPL hari ni. Takpe la, better late than never. Macam tu gak la terjadi kt Liverpool. Ape daa Liverpool. Pada awal musim begitu semangat utk menang EPL. Tapi semalam seri plak dgn Man City. Tanpa Gerard, Liverpool cam hampeh. Haha..
Betol la ckp mmbr aku, Liverpool adalah Gerard dan Gerard adalah Liverpool. Apepon, klik kt link utk tgk gol...


Bellamy 51'

Kuyt 78'

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Rahsia2 Iblis...

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan dengan nama Allah."

p/s: Tandas adalah rumah utk iblis. Dalam rumah kita ada tandas. Jadi rumah kita adalah rumah utk kita dan iblis? Mungkin itulah sebab rumah pada masa dahulu mempunyai tandas di luar rumah...

Baca Lagi...

Download Highlight EPL 21 Febuary 2009

6 perlawanan EPL berlangsung mlm semalam dan awal pagi tadi. Paling mencuri tumpuan adalah kemunculan sulung Arshavin dan Guus Hiddink dalam kancah EPL. Langkah kanan oleh Hiddink apabila Chelsea berjaya menewaskan Aston Villa hasil jaringan Anelka melalui set up menarik oleh Lampard. Klik pada link untuk downnload hightlight:

Aston Villa 0 vs Chelsea 1


Walaupun dgn kehadiran Arshavin di starting 11 Arsenal, namun tidak byk yg dapat dilakukan oleh mereka. Permainan hambar disepanjang 90 minit dan kurangnya serangan mmg memboringkan. Arsenal seperti langsung tidak berselera untuk meratah Sunderland yg bermain secara bertahan. Kalau mcm ni smpai habis musim, habis la Arsenal...

Arsenal 0 vs Sunderland 0

Man Utd mencerahkan peluang mereka untuk menjarakkan diri daripada Liverpool apabila menewaskan Blackburn Rovers. Permainan 5 star daripada Rooney, Tevez, Ronaldo dan Berbatov byk memporak-perandakan pertahanan Blackburn dan sepatutnya lagi byk gol dihasilkan...

Man Utd 2 vs Blackburn Rovers 1

Rooney 23'
Santa Cruz 32'
Ronaldo 60'

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Air Asia Bakal Taja Jersi Man Utd?

Hari ini aku buka laman blog Datuk Tony Fernandes setelah kawan aku cakap ada sesuatu menarik kt blog tu. Awal2 tu aku ingat sbb template blog tu menarik, tapi sebenarnya ada sesuatu yg lagi menarik. Entri yg latest adalah bertajuk 'Manchester United love affair'. Datuk Tony Fernandes
bercerita tentang tawaran oleh Man Utd supaya Air Asia menaja jersi mereka. Wowww!.. Maybe jersi Man Utd untuk musim hadapan macam kt bawah...

Image Hosted by ImageShack.us

Fuiyyoo.. Aku mmg respect kt Air Asia dan Tony Fernandes kalo Air Asia dpt taja jersi Man Utd. Man Utd merupakan kelab bola sepak terfamous dan paling ramai penyokong di atas muka bumi. Bagaimanapon beliau masih lagi berkira-kira sama ada terima tawaran itu atau tidak. Pendapat aku senang je. Go for it!!!... Terima tawaran Man Utd dan buktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga mempunyai world class company. .!!

Image Hosted by ImageShack.us

Cilok dari TonyFernandesBlog.com

p/s: Aku harapkan Air Asia terima tawaran ni dan Cristiano Ronaldo tidak pindah ke Real Madrid..

Baca Lagi...

Apa Maksud Mimpi Ayang?...

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di birthday Ayang. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa excited si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“... .

p/s: Lain kali basuh kaki sebelom masuk tido..kui2..

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Bagaimana Cara Untuk Bergurau Seperti Rasulullah SAW?..

Setiap hari kita bergelak ketawa bersama dgn rakan, famili malah sesiapa sahaja di sekeliling kita. Ada sahaja perkara yg boleh dijadikan gurauan kerana senda gurau juga adalah penyeri hidup kita. Bermacam cara untuk bergurau namun tidak semua yg baik. Ada juga yg dikategorikan sbgai 'lawak biawak', lawak tidak bertempat dan sebagainya. Jadi bagaimana cara untuk kita bergurau senda? Sebaik-baiknya kita merujuk kepada Penghulu kita, Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,

"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahuallam...

p/s: Senyum lah sokmo... =)

Baca Lagi...

Envira Indians; The Last Uncontacted Tribes on Earth

Members of one of the few remaining indigenous tribes still isolated from the modern world brandished weapons as a helicopter flew over their village in the Amazon.

These remarkable pictures of Envira Indians were taken by Brazilian government officials during several flights over a remote part of Brazil's Acre state.

It is extraordinary to think that, in 2009, there remain about a hundred groups of people, scattered over the Earth, who know nothing of our world and we nothing of theirs, save a handful of brief encounters.

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: Baru ku tahu. Rupa2nya org asli Envira Indians di Brazil dah lama guna PDA seblom kita.. Hahaha.. Lukenabeb.. =)

Baca Lagi...

4 Cara Mudah Untuk Melajukan PC...

Uninstall semua program yg tidak diperlukan

Rasanya langkah ini tidak perlu dijelaskan lebih lanjut. Mesti korang tahu dan penah uninstall software.

Tingkatkan performance swapfile

Langkah ini hanya digalakkan utk pc yg mempunyai 256MB RAM atau lebih. Kalo tak, nnti tak jadi. Caranya senang je:

1. Tekan Start dan kemudian Run

2. Taip msconfig.exe dan ok

3. Klik bahagian System.ini

4. Expand tab 386enh dgn menekan tanda tambah

5. Tekan New, dan taip ConservativeSwapfileUsage=1 dlm ruangan kosong

6. Klik Ok dan restart pc (nk restart kemudian pon boleh)


Disablekan indexing service

Indexing service adalah program utk update list fail dlm pc kita. Kebaikannya, kita dpt search fail dgn laju. Tapi ia menyebabkan pc jadi lembap (tambahan pulak laptop aku yg dh tua nih) dan juga bunyi bising. Program ni kecik je, tp byk pakai RAM. Jadi lg bgs kalo disablekan indexing dgn step seperti kt bawah ni:

1. Tekan Start

2. Pastu Control Panel

3. Double click Add/Remove program

4. Klik Add/Remove Window Components

5. Uncheck indexing service

6. Tekan next dan beress..


Disable network file dan printer

Biasanya akan ada delay bila nk bukak folder. Sebabnya Windows akan automatic akan cari network file dan printers setiap kali kita bukak windows explorer. Cara nk disable mcm kt bawah:

1. Bukak mana2 folder

2. Tekan Tools menu

3. Tekan Folder Options

4. Tekan View Tab

5. Uncheck Automatically search for network folders and printers check box

6. Tekan Apply

7. Ok

8. Reboot

p/s: Semoga mencuba. Aku dh try sendrik dan mmg ade effect utk laptop aku…



Baca Lagi...

Teka Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya


Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

p/s: Mungkin kita dh penah bace psl ni,tp baca lah sekali lagi supaya tidak lupa...

Baca Lagi...

The Stupidest Joke ...

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: Mati sakit jantung la mamat yg tgh pegang bom tu..hhahaha....

Baca Lagi...

Before & After Marriage...

Before marriage....

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!

After marriage....
Simply read from bottom to top..

Baca Lagi...

Counter Attack Oleh PR Perak!!

Seperti permainan bola, tetapi melucukan. Itulah senario politik di Perak. Setelah berjaya menguasai Perak, nampaknya kerajaan BN Perak telah melakukan kesilapan yg membawa padah. Sudah menjadi kebiasaan pemain2 bola akan menjadi sedikit alpa apabila mendahului lawan 1-0.
Kesilapan itu digunakan sebaik-baiknya dan sekarang PR pula telah mendahului 1-2. Hahaha..

Image Hosted by ImageShack.us

Aku gelak bukan kerana PR dapat balik Perak, tetapi hukuman yang telah dikenakan terhadap Zambry Abdul Kadir dan exco-exconya. Mereka digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan, manakala Zambry pula selama 18 bulan (sumbat gol tapi pastu dapat kad merah). Apalah guna kuasa sebagai Menteri Besar dan exco jika tidak dapat menghadiri sidang DUN. Dari segi matematik pula, PR kembali menguasai Dewan Undangan Negeri(DUN) negeri Perak. Ringkasnya, PR berjaya membolosi gawang BN di Perak sebanyak 2 gol melalui 1 sepakan. Hahaha.. Sekali lagi aku tergelak.

Image Hosted by ImageShack.us

Sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang bahawa Menteri Besar dan barisan exconya hanya dapat dilucutkan jawatan jika sidang DUN diadakan dan Menteri Besar mendapat undi tidak percaya. Bagaimanapun kerajaan BN Perak lagi masih menguasai Perak jika persidangan DUN tidak diadakan kerana undi tidak percaya tidak dapat dilakukan. Sekarang ini tinggallah kerajaan BN Perak sebagai kerajaan minoriti yg sudah pasti tidak stabil. Last2 yang rugi adalah rakyat...

Sumber: Malaysiakini.com

Baca Lagi...

Joker Junior!!

Gempar di kota Gotham City!! Rupa-rupanya Joker mempunyai pewaris sebelom mati di tangan Batman. Seluruh penduduk Gotham City diminta berjaga-jaga terhadap ancaman baru ini. Beliau dikatakan suka memakan anak burung dan ikan. Seorang wartawan berjaya mengambil gambar Joker Junior ini setelah menyamar sebagai jurusolek artis yang terkenal. Gambar beliau adalah seperti di bawah...



Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Kesian kucing ni difitnah dan disolek sebegitu rupa..hhehe

Baca Lagi...

Free Mp3 Download...

Antara mp3 yg aku tgh layan skang ni. Download la kalo rajin:

Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Lagu Coldplay - Viva La Vida adalah pemenang Grammy Awards yg berlangsung minggu lepas.

Baca Lagi...

Mak Cik Bedah, Pengusaha Keropok Berjaya Di Marang...

MC Bedah: Kjap oii!!..Tunggu Mak Cik kjap..

Pilot : Cepat la.. Lame dah saya tunggu.. Mak cik nak ikut ke tak nak ni?

MC Bedah: Nak ikut la. Tadi mak cik jumpa Mak Limah kejap. Biasa la kalo dah jumpe tu gosip2 la sikit sambil makan keropok lekor.

Pilot : Kita nak pegi mane ni?

MC Bedah: Kan kite nak pegi ambik ikan tuna kat kapal laut dalam yang mak cik beli minggu lepas tu. Sekarang ni mak cik jual keropok lekor buat dari ikan tuna tau.

Pilot : Ooo..Betul2.. Terlupa plak saya. Duk belakang tu jgn lupe pakai seat belt plak. Nanti kalo tak pakai kena saman.

MC Bedah: Whateverrr...

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: Semua dialog adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn Mak Cik Bedah atau sesiapa sahaja.. Haha.. Layan..

Baca Lagi...

Magic of Math in Quran..

Check this out, very interesting findings of Dr. Tariq Al Swaidan might grasp your attention:

Dr.Tarig Al Swaidan discovered some verses in the Holy Qur'an that mention one thing is equal to another, i.e. men are equal to women. Although this makes sense grammatically, the astonishing fact is that the number of times the
word man appears in the Qur'an is 24 and number of times the word woman
appears is also 24, therefore not only is this phrase correct in the grammatical sense but also true mathematically, i.e. 24 = 24.

Upon further analysis of various verses, he discovered that this is consistent throughout the whole Qur'an, where it says one thing is like another. See below for astonishing result of the words mentioned number of
times in Arabic Qur'an:

Dunia (one name for life) 115. Aakhirat (one name for the life after this world) 115
Malaika (Angels) 88 . Shayteen (Satan) 88
Life 145 ... . Death 145
Benefit 50 . Corrupt 50
People 50 .. Messengers 50
Eblees (king of devils) 11 . Seek refuge from Eblees 11
Museebah (calamity) 75 . Thanks 75
Spending (Sadaqah) 73 . Satisfaction 73
People who are mislead 17 . Dead people 17
Muslimeen 41 . Jihad 41
Gold 8 . Easy life 8
Mag! ic 60 . Fitnah (dissuasion, misleading) 60
Zakat (Taxes Muslims pay to the poor) 32 . Barakah (Increasing or blessings of wealth) 32
Mind 49 . Noor 49
Tongue 25 . Sermon 25
Desite 8 . Fear 8
Speaking publicly 18 . Publicising 18
Hardship 114 ... . Patience 114
Muhammed 4 . Sharee'ah (Muhammed's teachings) 4
Man 24. Woman 24

And amazingly enough have a look how many times the following words appear:

Salah 5, Month 12, Day 365,
Sea 32, Land 13
Sea + land = 32+13= 45
Sea = 32/45*100=71.11111111%
Land = 13/45*100 = 28.88888889%
Sea + land =100.00%
Modern science has only recently proven that the water covers 71.111% of the earth, while the land covers 28.889%.

Is this a coincidence?

Question is that Who taught Prophet Muhammed (PBUH) all this? Reply automatically comes in mind that ALMIGHTY ALLAH taught him this. As the Qur'an also tells us this.

Sumber: untuk-sesama-insan.blogspot.com

Baca Lagi...

Keputusan terkini Liga Super Hari Ke-6...

Sabtu 14 Februari 2009; Hari ke-6 Liga Super 2009 dgn jayanya berlangsung di 7 buah stadium seluruh Malaysia. Selangor dan Kelantan berjaya menewaskan lawan masing2 dan berkongsi mata yg tertinggi dlm Liga Super namun kerana perbezaan gol yg dihasilkan, Selangor berjaya mendapat tempat pertama. PDRM meneruskan aksi hambar apabila dibelasah dgn bergaya oleh Pahang di tempat sendiri. Lain2 keputusan adalah seperti di bawah:


JFCJohor FC-PERPerak FA0:1



PERPerlis FA-NEGNegeri Sembilan FA1:0



KLPKL PLUS FC-SELSelangor FA1:3



UPBUPB-MyTeam FC-KEDKedah FA0:1



KUAKuala Muda NAZA FC-PENPenang FA3:1



PDRPDRM FA-PAHPahang FA1:4


KELKelantan FA-TERTerengganu FA3:2



Kedudukan terkini Liga Super 2009:

Rank
Team Points Played W D L Goals Diff.
1 (2) SEL Selangor FA 15 6 5 0 1 16:6 10
2 (4) KEL Kelantan FA 15 6 5 0 1 16:12 4
3 (1) NEG Negeri Sembilan FA 12 6 4 0 2 12:4 8
4 (3) KLP KL PLUS FC 12 6 4 0 2 10:7 3
5 (5) PER Perlis FA 12 6 4 0 2 9:7 2
6 (6) KUA Kuala Muda NAZA FC 12 6 4 0 2 8:6 2
7 (10) PER Perak FA 9 6 3 0 3 7:9 -2
8 (7) JFC Johor FC 8 6 2 2 2 7:9 -2
9 (12) KED Kedah FA 7 6 2 1 3 4:8 -4
10 (13) PAH Pahang FA 6 6 2 0 4 10:10 0
11 (8) TER Terengganu FA 6 6 2 0 4 8:9 -1
12 (9) UPB UPB-MyTeam FC 6 6 2 0 4 8:10 -2
13 (11) PEN Penang FA 4 6 1 1 4 7:14 -7
14 (14) PDR PDRM FA 0 6 0 0 6 3:14 -11

Sumber: HarimauMalaya.com

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template