Himpunan Cerita-cerita 18sx ...

Sudah beberapa hari tidak update blog akibat kesibukan study+kerja yg tak habis-habis. Betullah cakap orang, kerja takkan habis selagi belum mati. Esok plak hari minggu, jadi malam ni boleh tido lambat sket untuk layan intenet. Sambil-sambil buka email, terbaca pulak himpunan kisah 18sx++ yang member aku hantar. Adoyaii, time malam hantar cerita pelik-pelik pulak. Ada gak member macam ni. Kisah 18sx++ ini pendek sahaja dan sesuai dibaca kepada semua peringkat umur. Pelik? Hehehe.. Daripada layan kisah PPSMI atau Sepah menang Raja Lawak, baik layan cerita-cerita ni. Aku rasa Sepah sendiri tidak terfikir untuk membuat lawak seperti cerita 18sx++ ini. Tapi sebelom itu, kosongkan fikiran dan setkan minda kepada fikiran yang positif. Fikirkan anda berada di alam kayangan...


Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nenek, lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Apa yang kau fikir haa?? Hahaha. Takkan aku nak letak cerita 18sx kot dalam blog ni. Nanti tak pasal-pasal kena flag. Moralnya, sentiasalah berfikiran positif...

Image Hosted by ImageShack.us

34 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template