Hard Disk Rosak Plakkkkkkkkkkk !!!

Adoyai hari ni hari yg malang untuk aku. Tengah hari tadi laptop rosak. Hard disk bunyi cam nak terkeluar jek. Huh. Rupa-rupanya hard disk rosak plak. Tak tahu boleh retreive atau tidak benda-benda dalam hard disk tu. Bila jumpa dgn supervisor plak aku kena sound sebab psm tak nampak progress dia cakap. Bukan takde, tapi aku yg malas nak gi jumpa dan bagi report. Bila nak start motor plak, motor tak nak hidup. Adoyaiii.... Sepak kang motor ni. Check punye check, rupenya wayar short. Tak leh nak start pakai eletrik starter, kena pakai kaki gak. Ntah bila la nak gi repair plak ni.

Banyak modal untuk posting dalam blog tu maybe hilang begitu je kalau tak dapat retrieve balik hard disk. Tapi lagi penting aku punya psm pon ada dalam hard disk tu.

Apa yg aku nak buat ni?Apa yg aku nak buat ni?Apa yg aku nak buat ni?????......

Trimas kepada BD Feb kerana sudi pinjamkan pc dia untuk aku guna sekejap malam ni. Aku harapkan sesiapa yg membaca entri aku ni (sedih nye ayat) supaya dapat sama-sama doakan supaya hard disk dapat direcover balik dan isinya tidak rosak atau hilang. Aminn...

Tapi maybe ada hikmah disebalik semua kejadian ni. Maybe Tuhan nak menyedarkan aku supaya tidak mensia-siakan masa yg ada kepada blog semata-mata. Maybe kerana sifat aku yg suka buat sesuatu perkara last minit je macam psm aku ni. Betol la orang cakap, manusia akan ingat Tuhan bila susah dan kembali lalai bila senang...

Apalah hidup jika tidak dikelilingi masalah...



Kita perlu teruskan hidup biarpon tersungkur...



Biarpon susah...



Biarpon lambat ...



Biarpon berisiko...



Perlu sentiasa senyum...



Supaya hati kita gembira walaupon sebenarnya berduka...



12 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template