Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

10 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template