Download Highlight English Premier League 14.03.09

Glory! Glory! Liverpool...!!

Itu sahaja kesimpulan untuk menerangkan game yg berlangsung malam semalam. Yezzaa... Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membelasah Man Utd 4-1 di halaman lawan tanpa belas kasihan. Walawei, banyak tu. Ranieri menggunakan formula yang sama ketika Real Madrid tempoh hari dan sememangnya berbaloi walaupun persiapan mereka sedikit terjejas setelah Arbeloa digugurkan daripada starting lineup beberapa minit sebelum game bermula. Game semalam juga adalah game yg sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Nemanja Vidic sepanjang hidupnya. Lima minit selepas Ronaldo menjaringkan gol pertama perlawanan, Vidic melakukan kesilapan yang membuka ruang kepada Torres untuk menjaringkan gol penyamaan.

Mood perlawanan mula berubah apabila Gerard menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah dia dikasari oleh Evra. Separuh masa kedua, Vidic mendapat kad merah setelah menarik baju Gerard ketika Gerard berpeluang menjaringkan gol. Sepakan percuma selepas itu disempurnakan dgn menarik oleh Aurelio dan gol terakhir adalah daripada bola lob oleh Dossena. Kepada penyokong Man Utd, jangan nangis bro. Hahahaha... Cube lagi musim depan. Bagi aku man of the match adalah Gerard dan Torres, manakala paling teruk sudah pasti Vidic.

Lagi satu perlawanan yg membabitkan pasukan big 4 adalah Arsenal. Arsenal hanya memerlukan kira-kira 70 saat untuk merobek gawang Blackburn Rovers melalui gol sendiri Ooijer dan itulah satu-satunya gol pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Arsenal meneruskan dominasi serangan melalui rangkaian Nasri, Arshavin dan Walcott. Namun paling mengecewakan adalah persembahan yg ditunjukkan oleh Bendtner amat-amat menyedihkan. Entah la, ada kot dalam 5-6 peluang mudah disia-siakan oleh Bendtner. Boleh cakap permainan Bendtner adalah totally blunders. Aku harapkan Wenger berfikir 12kali sebelum meneruskan Bendtner untuk game selepas ini.

Disebalik 'kehampehan' Bendtner, Arshavin muncul sebagai hero apabila bijak menggelecak pertahanan kiri Blackburn sebelum rembatan yang menggegar jaring. Bendtner dan Walcott kemudian diganti oleh Eboue dan Vela, hasilnya adalah 2 gol jaringan Eboue. Gol pertamanya berpunca dari bola muntah dari keeper selepas sepakan deras dari Arshavin, manakala gol kedua adalah dari sepakan penalti setelah Vela dijatuhkan dalam kotak penalti. Walaupon Eboue menjaringkan 2 gol, tapi bagi aku Man of the Match adalah sudah pasti Arshavin. Worst of the match pula tidak lain ialah Bendtner. Tidak lupa, worst gol celebration adalah kepada Eboue. Nak tahu camane die celebrate? Download video dulu. Nak crite pon payah tapi cara die celebrate memang ....

Klik pada link untuk download:

Arsenal 4 - Blackburn 0

Manchester United 1 - Liverpool 4




10 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template