Kisah Alien Yang Famous di Pengkalan Chepa ...

Jam 10.00 pagi waktu marikh, 2 ekor alien menghampiri planet bumi dengan tujuan untuk melakukan aktiviti spy. Mereka diarahkan untuk melakukan intipan tentang aktiviti harian penduduk bumi, kelemahan serta kekurangan supaya nanti senang diorang nak datang serang. Selain itu, mereka perlu cuba berkomunikasi dgn penduduk bumi supaya dapat memahami bahasa di bumi. Dengan perlahan-lahan dan menggunakan silent mode pesawat mereka menghampiri bumi sambil mengelak pertembungan dengan sebarang pesawat, helikopter atau burung.

Jam 11.00 pagi, mereka landing dgn jayanya di sebuah kampung di Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebelum mereka keluar dari pesawat, mereka perlu menyamar menyerupai penduduk bumi agar dapat menyembunyikan identiti mereka. Jika identiti mereka terbongkar, sudah pasti mereka ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen.



Alien 1 berkata 'Tuan hamba, saya rasa bagusnya jika kita dapat menyamar seperti makhluk bumi di hujung kampung ini yang sedang makan itu'. Alien 2 melihat-lihat kearah hujung kampung seperti yg dikatakan oleh Alien 1 dan berkatalah ia,'Hamba sokong cadangan tuan hamba. Makhluk itu kelihatan begitu asyik makan dan hensem plak tu'. Maka bertukarlah mereka kepada makhluk itu dan seterusnya berjalan kearah sebuah warung.

'Apa khabar orang-orang kampung semua', sapa Alien 1 kepada pengunjung warung tersebut dgn sopan. Maklumlah ramai orang-orang tua kat warung tu. Bagaimanapun semua pengunjung warung itu hanya memandang mereka dgn agak kehairanan dan terkejut. Ada seorang budak yg sedang makan aiskrim tersedak apabila mendengar sapaan dari Alien 1. Maka Alien 2 pula berkata,'Tak jawab dosa woi'.

Dalam tempoh 11.2 saat, semua pengunjung warung lari meninggalkan alien itu dalam keadaan terpinga-pinga. Merasakan sesuatu yg tidak kena, mereka juga lari meninggalkan warung itu ke arah pesawat mereka. Bagaimanapun malang menimpa apabila sekumpulan penduduk kampung tiba-tiba datang mengejar kembali mereka. Akibat tidak biasa dgn graviti di bumi, mereka jatuh terjelepok dalam longkang. Penduduk-penduduk kampung segera mengikat mereka.

'Kito panggil TV3. Royat* pado TV3 di kampong kito ni ado biri-biri bulih kecek*. Nanti femes* kampong kito pah ni*. Hahaha..' berkata seorang daripada penduduk tersebut. Barulah mereka sedar, mereka telah menyamar sebagai seekor .....



Royat = beritahu
kecek = cakap
femes = famous
pah ni = selepas ini





11 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template