Pantun merupakan salah satu ciri keunikan Bahasa Melayu yang kita sanjungi. Pantun digunakan untuk pelbagai tujuan seperti bersenda bersama teman, teguran, bercerita, nasihat mahupon untuk memperli seseorang. Koleksi pantun kat bawah plak pantun-pantun lama yg telah diberi nafas baru. Semoga diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Heheee...
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap...
Bersawang? Kita bersihkan
2 years ago
woi... pantun ko salah ler.... apadaaa
pantun alaf baru ni... ko blom jumpe lagi..haha
nie mane sek nie??
eh kita kan satu skolah skrang ni..lalala..
pantun ni telah di ubah 100% nampak nye
50% je...cube tgk btol2..hehe
testing microphone 1, 2, 3
Kalau ada jarum yang patah
aku di simpan di dalam peti
aku tak buah takut sepah
sat gi orang lalu lekat di kaki
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
tak ada susah ekau pegi cari
kan dia cakar muka kau jadi belang2
balas pak mat:
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
ewah ewah ewah
rumah sapa ni?kang aku sumpah jadi katak puru
sekian.
:P
1 2 kancil melompat,
pantun cik LiLacFlA mmg hebat-hebat... hahaha..
thankzz for pantun..dulu penah masuk pertandingan pantun ke?..hehe
hahaa ada2
hahaha. tmbah la lagi. bleh wat rujukan dak2 skolah. :p
cik LiLacFlA - patot la hebat berpantun..keh3
cik dELinDa - btol tu..minggu dpn nk bg tau DBP pasal pantun moden ni...hehe
zaman moden
pantun pun kena moden
BAGAK - btol tu..
sampah!!
HABIH ROSAK PANTUN LAMA
macam sakai tak sedap langsung lagi sedap pantun lama.......