Tag ... (3)

Sambil-sambil duk tunggu time untuk tido skrang ni, rasa cam nak buat tag dari cik Lea plak la. Baru 11.30pm dah rasa ngantuk sangat. Adeii rasa berat dah mata ni. Berapa kilo berat aku tak tahu plak tu.

Betul la orang cakap kalo perut penuh, senang sangat rasa mengantuk. Sebenarnya aku baru balik dari makan-makan kat TC. TC? Korang tahu ke TC tu ape? Hehehe.. Untuk mereka yang tinggal sekitar Kuantan pasti tahu apa maksud TC. Nama rasmi TC adalah Teluk Cempedak, tapi ada member aku panggil TC adalah Teluk Couple. Memang banyak kat sini. Tiap-tiap malam ada, apatah lagi kalo hujung minggu.adus

Alahai tinggalkan cerita pasal TC. Kembali kepada tag dari cik Lea. Tag yang pendek dan teramat kacang. Hehehe..

Arahan :

1. sila tunjukkan wallpaper di desktop anda.



2. ceritakan tentang wallpaper korang tue.

Aku tak pandai hias pc sebenarnya samada zahir atau batin. Yang penting performance. Kalo lawa tapi slow jek, takde guna juga kan.

Bagaimanapon untuk desktop, kalo boleh aku nak yang seringkas mungkin. Tak mahu bersepah. Ada 2-3 ikon jadi la. Wallpaper yang aku guna ni aku ambil dari file sharing (ftp) lan network kat UMP ni.

Apa motif wallpaper ni ek? Huhu.. Aku tak pasti. Maklum la aku bukan yang berjiwa seni. Cuma bila aku tengok wallpaper ni, aku nampak suatu pandangan ke suatu tempat yang aku tak tahu. Jalan ke sana wujud, tapi berbukit-bukit dan tidak lurus. Dalam hidup kita pon sama gak. Kita tak tahu apa yang ada untuk kita pada masa hadapan. Kita hanya mampu rancang perjalanan ke hadapan melalui jalan itu, tapi kita tak tahu apa yang ada disebalik awan.

Cita-cita dah pasti mahu sampai ke bulan. Hehehe.. Kalo dapat pegi bulan nanti jadi femes beb. Satu dunia kenal. Seperti cikgu sekolah rendah dulu cakap, cita-cita perlu tinggi.. kenyit

3. tag 10 orang...

10 orang! Biar betol cik Lea. Sapa ye nak cukupkan 10 orang nih. Tak cukup 10 orang tak ley ke? Huhu..

Buat masa sekarang ni cam takde idea sebab ngantuk sangat-sangat. Kena tidor dulu baru dapat idea kot. Rasa nak tido. Mana bantal nih. Alahai ada kucing kaco pulak. Sepak kang baru tahu. Uish ganaznye aku ni. Hehe.. sengihnampakgigi

P/S: Alamak MyBrute aku punye belom lawan lagi hari ni. Layan MyBrute kjap seblom tido..peace

7 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template