Hoyyeh! Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan menarik antara Liverpool dan Arsenal di Anfield. Keputusannya memihak kepada Man Utd yg tersenyum lebar setelah Liverpool hanya mampu mendapat 1 mata sahaja. Adoyai... Persembahan 'menarik' dari pertahanan kedua-dua pasukan membolehkan 8 gol dijaringkan. Tidak dinafikan kedua-dua pasukan tidak dapat menampilkan kemampuan sebenar kerana krisis kecederaan oleh beberapa pemain utama mereka.
Liverpool tanpa kapten mereka, Steven Gerard dan Arsenal pula tanpa Adebayor dan Van Persie. Bendtner berfungsi sebagai penyerang tunggal, hasilnya Liverpool menguasai sebahagian besar posession bola dan Arsenal agak sukar untuk menyerang Liverpool pada separuh masa pertama. Apepon, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Arshavin hasil gerakan menarik oleh Fabregas dan Nasri. Separuh masa pertama juga menyaksikan Fabianski beraksi cemerlang menangkis serangan bertalu-talu terutama daripada gerakan Torres dan Benayoun (disamping kebongokan pertahanan Arsenal).
Separuh masa kedua pula menyaksikan 7 gol dijaringkan! Walawei.. Aku nak cerita kat sini pon cam malas. Download sendiri highlight kat bawah ni...
Liverpool (0)4 - Arsenal (1)4
Torres 49, 73
Benayoun 56, 90
Arshavin 36, 67, 70, 90
Yang pasti, pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Arsenal, Lukas Fabianski serta Arshavin yang menjaringkan 4 gol awal pagi tadi. Juga kepada Torres dan Benayoun setelah masing-masing menyumbat 2 gol kepada Liverpool. Aku harap aksi hampeh pertahanan mereka akan berterusan supaya banyak gol dapat dihasilkan untuk perlawan selepas ni. Hahaha..
p/s: Tak sia-sia aku tak tidor hari ni. Hehe.. Maaf jika kualiti video kurang menarik..
eleh...pastu sah skg tgh c0ver tid0...
salam ziarah tuan rumah
adakah kau penyokong red devils?
jika ya, aku pun tumpang gumbira dengan apa yang berlaku pagi tadi. tapi kegumbiraan kita akan bertambah jika liverpool kalah
bibit kekalahan tu macam dah nampak
once again, liverpool style. suka last2 minit punya gol..cisdale betul
malam ni Man U main, jangan lupa turun tengok
hehe. skrg man u yang untung =D
wah2.. boleh jadi pengulas sukan ni. hehe..
ha ha ha..yana tk minat sgt bola..aalaahai
sharamli - pak cik tak tido arr..tak elok tido time siang..hoho
([:wandisini:])- tak jugak..aku tak tahu nak sokong team mana tahun ni. dulu suke chelsea time under mourinho, skang chelsea tak best..maybe man city, sbb ada robinho..hehe
alone - kalo man utd menang mlm ni,habih la peluang team laen nak kejar.. :(
nard - pengulas sukan?haha..bankrap la stesen tv yg amik aku jadi pengulas sukan..hehe
Liyana - xpe..biase aa tu..huhu
Salam bro.. aku layan gak semlm...
mula2 risau gak.. cam arsenal nk kalah je...
maklum lah... defend semua yg nangoi2 ja...
gol 1st hasil kebijaksanaan fabregas ngan Nasri la bro... sori... he he..
h3r0 - fan arsenal?hoho..congratz..err gol pertama dari fabregas dgn nasri ek?nnti aku betolkan balik..nak wat camne,tgk bola kat kedai mamak,tak berapa jelas sgt..hehehe
kecut perut aku tgk game tu.. tp defend arsenal ngan liverpool mmg ter"baeeek" laaa pg td..
pagi ni MU Main kan... huhu.. harap harap dapat 3 mata..
Adry @ http://www.adrysabry.com
bd fabregas - hahaha..paling 'baek' adalah silvestre dgn gibbs..
Adry - mane bley..nnti susah la liverpool nak kejar..huhu ;)