Highlight Man Utd 2 - 0 Portsmouth ...



Peluang Liverpool dan pasukan lain untuk mengejar kedudukan Man Utd semakin sukar setelah mereka berjaya menewaskan Portsmouth awal pagi tadi. Hantaran menarik oleh Anderson kepada Ryan Giggs berjaya membuka pertahanan Portsmouth walaupun Giggs kelihatan seperti offside. Manakala hantaran rendah olehnya disempurnakan dengan mudah Rooney untuk menewaskan David James pada minit ke-9.

Man Utd terus mendominasi perlawanan namun tidak mampu menambahkan jumlah gol yang mereka miliki. Pertahanan Portsmouth kental bertahan manakala David James pula menghasilkan aksi menarik menafikan percubaan-percubaan daripada Man Utd termasuklah dari Rooney, Giggs dan Fletcher. Peter Crouch juga gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik untuk menyamakan jaringan gol.

Namun Portsmouth hanya bertahan sehinggalah pada minit ke-82 sebelom jaringan Carrick yang mengesahkan kemenangan Man Utd. Man Utd sekarang mempunyai perbezaan 3 mata berbanding Liverpool dan 6 mata berbanding Chelsea setelah Chelsea hanya mampu seri dengan Everton. Walaupon mendominasi perlawanan dan menurunkan kesemua pemain utama mereka, tiada jaringan dihasilkan Stamford Bridge.

Klik pada link untuk download highlight ...

Manchester United (1) 2 vs Portsmouth (0) 0
Rooney 9
Carrick 82

Tak mau download? Boleh lihat highlight kat bawah ni ...




14 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template