Alahai Menang Contest Pulak Dah ...

Haha.. Tajuk nak gempak je. Member aku memang respek dengan cara aku tulis tajuk entri. Hehehehe... Sebenarnya tajuk teramat penting kerana ia adalah first impression orang terhadap blog kita. Aku bukan nak cerita pasal SEO atau mende-mende yang sewaktu dengannya sebab aku masih baru dalam dunia blog. Perlu belajar banyak perkara sebelum ada domain dan hosting sendiri. Hohoho jauhnye aku pikir.babai

Back to the story, aku ada menang contest teramat senang tahap kacang goreng cap ibu jari di blog AzahAmin.com. Peraturannya, aku kena nyatakan nama dan pekerjaan beliau dalam ruangan komen. Dari address dah tahu nama die Azah Amin. Betol tak? Hehe..

Bila aku baca komen-komen plak, ramai yang suggest Cik Azah dalam bidang medic tapi tak tahu study lagi atau dah keje. Untuk jalan selamat, aku cakap je belum keje lagi. Keh3... Alahai senangnya.encem

Tapi yang istimewanya hadiah adalah untuk share dengan semua orang. Tak percaya? Sebenarnya hadiah yang beliau berikan adalah sebuah e-book hasil tulisan beliau sendiri. Sape-sape yang berminat boleh download kat sini.

E-book ni pasal ape yee?

Hoyyeh... E-book ini paling sesuai kepada kaki-kaki asap. Maksud aku untuk perokok. Hohoho.. Tajuk e-book aialah Berhenti Merokok Dalam Satu Minggu.



Nasib baik aku tak termasuk dalam golongan ni. Huhu.. Tapi atas kesedaran sivik, aku share kepada semua orang. Kalo rajin sila amik yee. Kalo tak merokok boleh gak send kepada member-member atau bf yang merokok.kenyit

Kesimpulan yang aku dapat dari e-book ini adalah perlunya kesedaran diri sendiri dan semangat untuk berubah. Kalo kita sendiri tak mahu berubah, tak usah harap orang lain untuk ubah diri kita....

p/s: Kalo sesiapa buat contest sila beritahu aku yee. Ini dah kali kedua aku menang dari 3 contest yang aku pernah masuk... Heee...sengihnampakgigi


22 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template