Oh Aku Tidak Skema ...

Nampaknya ada sesetengah yang tak puas hati dengan aku sebab tak update secara konsisten. Hehehe.. Bukan malas nak update, tapi biasanya wan tulis entri berdasarkan mood. Kadang-kadang bila otak cam serabut atau terlalu letih, nak bukak blog sendiri pon rasa malas. Apatah lagi kalo nak pegi blog orang lain atau blog walking. Huhu..

Kalo nak tulis mengarut je, rasa cam tak perlu. Apalah guna tulis entri tanpa apa-apa makna. Seboleh-bolehnya entri yang ditulis ada nilai komersial. Maksud aku bila mereka baca, diorang akan tersenyum atau terasa untuk mengomen. Hahaha...

Ada gak yang cakap tulisan aku cam skema. Cess sampai hati engko cakap gitu.. Adeeii... Kalo aku tulis dalam bahasa kelate takot ramai yang tak paham plak. Haha..

Skema kadang-kadang ada bagusnya kerana orang skema biasanya jujur dan patuh peraturan. Tapi kalo terlalu skema pon susah gak. Contohnya cuba tengok plan untuk pembinaan tangga cam kat bawah ni ...

Image Hosted by ImageShack.us


Kontraktor yang ditugaskan untuk siapkan tangga ni agak skema. Skema tahap tertinggi dan memang mengikut arahan serta jujur. Hahaha... Cube bayangkan apa yang jadi pada tangga selepas siap dibina ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Image Hosted by ImageShack.us


Walawei hebat arr. Sekali dengan nombor pon tulis. Dia ingat seni kot nombor-nombor kat plan tu. Hakhakhak...

p/s: Aku tidak skemaaa.. Tidaakkk....



26 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template