Review of Transformers 2: Revenge of the Fallen ...


Petang semalam wan menjejakkan kaki di Megamall Kuantan untuk layan filem Transformers 2: Revenge of the Fallen. Kesimpulan paling senang adalah 'thumbs up'.

Memang jalan cerita dari awal sampai habis adalah best dan penuh dengan aksi-aksi menarik pertarungan robot. Seperti tak terasa masa yang berlalu.celebrate

Cerita bermula apabila The Fallen berusaha untuk hidupkan kembali Megatron dan Sam Witwicky pula diburu oleh Decepticon kerana mempunyai sesuatu yang amat diperlukan mereka.

Siapa The Fallen?

Apa yang ada pada Sam Witwicky sehingga Optimus Prime mati ketika cuba menyelamatkannya dari ditangkap Megatron?

Takkan aku nak beritahu kot, nanti tak pasal-pasal kena saman dengan GSC plak. Kehkehkeh.. So kena la pergi tengok sendiri di wayang yang berdekatan. Seriusly adalah berbaloi untuk belanja tonton filem ni, jauh lagi bagus kalo nak banding dengan Dragon Ball.

Pengarah filem Transformers memang kreatif. Walopon jalan cerita dipenuhi aksi peperangan robot, namun banyak babak yang serius diselit dengan aksi lawak cam hampeh. Paling tak tahan Sam Witwicky jerit cam pompuan bila awek yang nak goda dia bertukar menjadi robot. Hehehe.. gatai

Dalam cerita ni, Sam Witwicky memasuki sebuah kolej dan meninggalkan Bumblee Bee keseorangan hingga Bumble Bee menangis. Robot juga pandai nangis sebab sedih. Adeeii.. Juga aksi JetFire dan robot kecil yang ditangkap girlfriend Sam Witwicky sedang menggatal. Ceh, robot pon ada nafsu jugak ke?takbole

p/s: Sape nak belanja aku tengok Transformer 2? Aku sanggup tonton walopon 2 kali... Hehe.. sengihnampakgigi



24 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template