(Motivasi) Kisah Ikan Segar Di Jepun ...

Cerita ni asalnya dalam bahasa Inggeris, tapi Wan translate kepada bahasa Melayu. Bukan apa,senang sket nak baca dan paham kalo dalam bahasa Melayu. Betol tak? Hehehe...

Kisah ni berlaku kat Jepun..

Orang Jepun suka makan ikan yang segar, tapi malangnya laut di sekeliling Jepun dah banyak kurun takde ikan. Jadi nelayan di Jepun bina kapal yang lagi besar dan mampu menangkap ikan di perairan yang lebih jauh. Namun perjalanan pergi dan balik memakan masa beberapa hari, jadi ikan yang sampai di pelabuhan juga tidak segar. Orang Jepun tak sukakan ikan yang tak segar.

Untuk selesaikan masalah, diorang pasang peti sejuk dalam kapal. Ikan yang ditangkap akan dibekukan dalam peti sejuk. So mereka dapat pergi lagi jauh dan berada lebih lama di lautan sebelum kembali ke darat. Bagaimanapon orang Jepun dapat bezakan ikan segar dan ikan yang dibekukan. Mereka tak suka ikan beku. Harga ikan yang dibekukan adalah murah.nangih

Seterusnya diorang pasang tangki ikan pulak dalam kapal. Ikan yang ditangkap dilepaskan dalam tangki. Pada awalnya ikan akan aktif untuk melepaskan diri, namun beberapa ketika kemudian ikan akan kepenatan dan tak aktif lagi dah. Malangnya ikan yang tak aktif akan mengurangkan kesegaran ikan tersebut. Orang Jepun dapat kenal pasti ikan sebegini dan mereka tak sukakannya.

Jadi apa yang nelayan Jepun buat untuk dapatkan ikan yang segar? What do u think? Fikirkan dulu sebelum skroll ke bawah ...fikirsoal

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cara yang mereka lakukan:

Ikan masih lagi dilepaskan dalam tangki, tapi sekarang mereka lepaskan seekor ikan jerung yang kecil dalam tangki itu. Hasilnya, beberapa ekor ikan akan mati dimakan jerung namun kebanyakannya akan sampai di pelabuhan dalam keadaan yang aktif dan segar.... The fish is challenge for the survival of their life.peluk

Kita juga sama sebenarnya. Dalam kehidupan, kita perlukan 'jerung' yang akan memastikan kita sentiasa segar, aktif dan bergerak pantas.

Jadi jangan mengeluh jika ditimpa musibah. Kuatkan hati dan anggaplah musibah itu sebagai proses kematangan dalam menghadapi cabaran-cabaran akan datang yang mungkin lagi mencabar ....encem

p/s: Moralnya, kalo nak ikan segar pergi tangkap sendiri kat tengah laut... Kehkehkeh ... :D sengihnampakgigi

25 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template