Aku Kecewa. Kenapa Aku Diuji? ...

Kenapa ye? Kenapa tak diberikan semua kesenangan semasa kita hidup di dunia sekarang ni? Kenapa banyak masalah dan ujian yang perlu kita hadapi selama kita hidup?

Aku sendiri banyak kali kecewa. Sekarang ni aku amat kecewa dan sedih kerana perlu ulang sem. Satu tahun dari usia aku sia-sia begitu saja. Kawan-kawan dah ramai yang berkerjaya. Berdikari sendiri tanpa perlu berharap bantuan daripada parent, tapi aku masih belajar disini. Otak terasa begitu tepu untuk study, fikiran aku hanya untuk bekerja. Namun aku pasrah dengan apa yang ada, insya-Allah ada hikmah dari semua dugaan selama ini.

Aku cuba sedaya upaya untuk mencari income sampingan. Alhamdulillah selama aku belajar disini aku tak pernah mintak duit dari parent aku. Ayah sudah lama bersara, emak suri rumah. Amat segan untuk aku minta duit sedangkan sepatutnya aku sekarang ni mampu mempunyai income tetap sendiri dan menyara mereka pula.

Tapi kenapa aku diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)

p/s: Sekadar renungan di pagi jumaat ...


18 pandangan bernas:

  • nonna manis
     

    jgn meratapi satu kesusahan..kerana ade kesenangan di sebalik kesusahan

  • Miss Aisyah
     

    entri kau memang bagus untuk aku yang selalu down!!
    gud bro..

  • Dhada
     

    Sabar & berusaha dlm menghadapi ujian Allah .
    Kejayaan pasti milik kamu :)

  • sharamli
     

    erm..bt0l la tu...sum0 yg jadik ad hikmah..xsemestinya kena ulang 1 sem bermakna kita tr0k kn...Allah uji kita xsama kn...dy0rg yg dh keja p0n mesti ad byk lagi cabarannya kn...

    nway be st0rng...
    :)

    p/S:entry gempak yg menyentuh perasaan...tq 4 diz

  • WanM
     

    salam..."aku kecewa. kenapa aku diuji" ermm....itulahh kehidupan namanyaa... kekadang gembira..kekadang kesedihan..tp, yang pasti kite mestilah mencari yang POSITIF bagi sesuatu yang kita rasakan NEGATIF. semakin dewasa seseorang itu..semakin banyak tanggungjawab seseorang..itu pastinya kehidupan yang sebenarnyaa.. namun luahan perasaan itu menunjukkan kamu seorang yang bertanggungjawab untuk diri kamu dan keluarga. SYABAS! anda ANAK YANG BAIK! pastinya anak yang baik akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa nya dan cuba sedaya upaya untuk mambantu dan mengembirakan ibu bapa sebaik mungkin. SIAPA YANG TAK SAYANGKAN ANAK...pastinya ibu bapa lah yang akan bersama-sama dikala senang dan susah. percayalah.. ANDA adalah insan yang bertuah kerana masih mempunyai IBU BAPA yang amat penyanyang dan bersama-sama mendengar masalah dan memberi semangat serta membantu anda dikala susah dan senang..dikala anda gembira dan dukacita. percayalah yang negatif itu pastinya ada positiflah..Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada serta berusaha ke arah yang kita cita-citakan...kekadang sesutau yang berlaku dapat mendewasakan kita, mematangkan fikiran kita untuk menempuhi kehidupan masa hadapan...bukan sahaja d alam pembelajaran sahaja yang diuji, semasa alam pekerjaan pun banyak perkara yang perlu ditempuhi.. suka duka d alam pekerjaan...semoga kite semua akan tabah dalam mengharungi kehidupan dan beroleh kebaikan...kegembiraan d dunia n akhirat...amin...

  • Rarai
     

    entry yg bagus wan!thnx 4 sharing!~

  • -WaN-
     

    nonna - harapnye begitu la...

    aisyah - same2.. :)

    Dhada - mmg tgh sabar skarang ni.kalo tak sabar dah terbakar kereta lecturer tu... X)

    sharamli - thanks for ur support.sebenarnya ni sem ke-2 aku extend.sbb tu aku rugi setahun.sem dpn plak takde ptptn ... duit oh duit..

  • -WaN-
     

    wan murni - thanks for the brilliant comment. sekarang pon tgh belajar sesuaikan diri dgn keadaan semasa.bersedih pon takde gune,yg penting usaha...

    semoga family kite terus bahagia.thank for being nice sis..!

  • -WaN-
     

    aianna - sama2.. ;)

  • Kapten Luffy
     

    member aku pun ulang sem

    tapi keje dah mantap

    rezeki masing2

    ada yg lambat sedikit

  • -WaN-
     

    Luffy - harapnye gitu la..lmbt sket sbb ada rezeki yg lebih besat menunggu ..

  • WNA
     

    saya menghampiri kondisi anda.
    perlu ulang satu mende yang tidak saya suka.
    dulu saya elak,sekarang kena buat kali ke-2.

    saya cuba berfikiran positif.
    ambil ia sebagai pedoman.
    insya-allah saya akan buat bersungguh2 kali ini.

    jarang gagal tapi tak bermakna sekali gagal kita terus tersungkur.cuba bangkit.chiayok untuk awak&saya!

  • Yana Ismail
     

    La tahzan..Mesti ada hikmah di sebalik apa yg blaku..smoga trus tabah ek?emm kuatkan smgt. ;)chayo2!

  • -WaN-
     

    Cik Qemm - mungkin yg kite tak suke la sebenarnya membawa kebaikan kpd kite. wan pon sama.benci tol kena wat balik,tp sabar je la..
    belajar bersyukur dgn apa yg ade... ;)

    Liyana - thanks for ur support...
    tp err..nama aku wan,bukan tahzan la...hua2

  • lel
     

    teruskan berusaha yea!!

  • -WaN-
     

    Noorlaila - caiyok2!! ... :))

  • qishie
     

    layan je la..
    benda dah jadi.

    heee

  • -WaN-
     

    qishie - itu la pasal.terima apa yg ade.benda dah jadi...

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template