Suatu ketika dahulu, terdapat 3 orang gangster di Kg Pinang Banyak Batang yang amat digeruni orang kampung. Mereka juga mempunyai tabiat buruk selain daripada kegiatan peras ugut dan pukul.
Mat.. Suka minum arak
Man.. Suka berjudi
Mel.. Suka hisap rokok Nusantara (murah punye)
Suatu hari ketika sedang mencari mangsa, mereka terjumpa dengan satu kendi lama. Mereka menggosok-gosok kendi itu maka keluarlah seekor jin (betul ke seekor jin?). Maka terkejutlah mereka dan bersedia untuk membuka langkah seribu. Bagaimanapun jin itu berkata,"Jangan lari wahai pemuda. Kamu telah membebaskan aku dari kendi itu. Kini aku merdeka. Hohoho... Dan untuk membalas jasamu, aku akan tunaikan 3 permintaan."
Dari perasaan takut, kini mereka jadi gembira. Setelah termenung seketika, mereka mula menyatakan keinginan masing-masing. Mat berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan semua jenis arak yang mahal kat atas muka bumi." Dalam sekelip mata, hajatnya ditunaikan.
Man pula berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan kasino seperti Las Vegas", manakala Mel pula berkata,"Aku mahu tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan rokok-rokok mahal dari seluruh dunia". Dengan senang hati jin itu tunaikan kedua-dua permintaan.
2 tahun kemudian, jin itu berasa curious dengan apa yang berlaku terhadap mereka setelah ditinggalkan dalam gua. Berjalanlah dia ke gua pertama yang dihuni Mat. Setelah pintu gua dibuka, maka dapat dilihatlah Mat sedang bergembira bersama dengan arak. Mat mengucapkan terima kasih kepada jin.
Di gua kedua pula, Man telah menjadi kaya raya kerana menang jackpot. Bagaimanapun Man belum rasa mahu pulang kerana belum puas berjudi lagi.
Jin itu berasa pelik kerana gua ketiga yang dihuni Mel senyap sunyi dan tidak berasap pon. Setelah membuka pintu gua, datanglah Mel kepada jin itu.
Dengan sepenuh tenaga satu tamparan tahap petala langit ke-17 berkapasiti 500bhp pada kelajuan 5400rpm singgah di pipi jin. "Apahal ni? Bertenang. Bawak bincang dulu", jin cuba menenangkan keadaan. Mel berkata,"Engko beri rokok tapi tak bagi mancis (lighter) pon, macamana aku nak hisap rokok? Jin goblok. Huh...".
Kata jin,"Merokok membahayakan kesihatan. Ko tak tengok ke gambar kat kotak rokok tu. Huhuhu...".
p/s: Moralnya, merokok membahayakan kesihatan ...
Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains
2 years ago
haha chantek oooo gmbr kt kotak tu smpai jin pn pandai mnghayatinya ^_^
comel nya die gelak..hehe
merokok memang mebahayakan kesihatan
say no to smoking..
ngeh3
Nazra - hehe..diorang pon ade kesedaran sivik gak... :P
lea - yeah.jgn cari pakwe yg smoking.sy tak smoking,boleh jadi calon tak?..hik3
hahahaa
lawak2
Eleee cm la kau ta merokok :P
Luffy - thanks kerana sudi singgah.. :D
Dhada - aku tak isap.surius.aku masih suci murni...huhu
kam00?per0k0k ke x?
sure suci?bel0m din0dai la ni?hua3
haha padan muka.
jin pon sengal.
haha~
sharamli - sure tak merokok.surius.tidak,aku belum dinodai.percayalah...hehehe
T.O.P.E.X - jin pon ada byk spesis cam manusia gak.. keh3
hehe
bagos2..
jin tu ade kesedaran sivik..
itu yg kite mahu senanye!!
hoh0ho
hehe
bagos3..
jin pon ade kesedaran sivik ar..
itu yang kite nak senanye!
*thumbs* up utk wan
sara - smpai 2 kali komen..hehe..thanks kerana sudi komen....
ha ha ha..ngeri mcm mana pun gmbr kt kotak rokok tu, tp kalau tak insaf2..smpai bila pun tetap merokok ;P
Liyana - btol2..nasib baik wan tak merokok..huhu