Sekeping Gambar, Selembar Kenangan ...

AMARAN: Entri ni adalah entri terpanjang pernah aku tulis. Read on your own risk!!gigitjari

Image Hosted by ImageShack.us

Apa yang menarik pasal gambar kat atas ni ye? Hemm.. Sekor beruk dan burung merpati sedang bercanda. Takde pegawai JAWI ke yang nak tangkap diorang? Hehehe... Tapi apa yang gambar ni nak tonjolkan sebenarnya adalah persahabatan. Beruk dengan burung merpati boleh berkawan, kita sesama manusia yang berakal ni macamane?

Teringat pulak dengan kawan-kawan ketika sekolah dulu, time muda remaja dan tak tahu ape-ape. Kepala otak nak hepi jer, takde pikir pasal kerja dan masa depan lagi. Seboleh-bolehnya nak ponteng kelas. Namun apakan daya, aku takut dengan misai guru disiplin. Nama dia Cikgu Mamat, aku ingat lagi sebab dia pernah rotan aku dan juga ajar subjek Sains pasal sistem pembiakan manusia. Muehehe...angkatkening

Ketika sekolah menengah, aku belajar di 3 buah sekolah. SMIP dan SMK Kota di Kota Bharu dari form 1 sampai form 3. Form 4 plak aku ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Putrajaya ketika form 5. Sebenarnya itu kali pertama aku berjauhan dari keluarga dan tinggal dengan kawan-kawan dari berlainan negeri.

Seriusly untuk beberapa minggu pertama aku kat SAS, rasa nak panjat pagar dan balik rumah je. Mana tahan beb, sikap dan cara mereka bergaul dicampur pula dengan persekitaran yang amat berbeza. Aku cakap kelate, diorang buat tak tahu je sebab tak berapa paham. Kena belajar cara cakap Kay El plak. Last-last aku jadi kurang bergaul walaupon budak kelas dan dorm aku sendiri, kecuali member-member dari negeri Kelate dan Gannu Kite.

Namun dengan peredaran masa, aku mula sesuaikan diri dengan alam sekitar.. Macam rencana alam pulak dah. Hehe..

Aku belajar di kelas 4 Cita, kelas yang boleh dianggap tercorot berbanding kelas-kelas lain dan juga paling kotor, namun 4 Cita juga satu-satunye kelas yang ada internet. Diorang semua jeles je tengok aku duk chatting hampir tiap-tiap hari. Hehehe... Namun kerana internet la aku pernah kena lempang dengan warden. Adoyaii.. Masih terasa kehangatan sentuhan mu di pipi ku.. Huhu..

Semasa kejadian, ada kira-kira 10 orang dalam kelas pada jam 3 pagi. Diorang sedang layan kuiz kat ruang chat IRC channel #quiz. Masing-masing akan cuba jawab kuiz dan bersorak macam orang gila kalo jawapan betul. Pak Gud yang memang jeles dengan kitorang call warden dan hasilnya kesan sentuhan maut kat pipi. Adess... Hehehe..tumbuk

Dorm aku pula adalah dorm yang paling tunggang-langgang dan penuh dengan port simpan rokok serta daun terup. Namun dorm itu jugalah yang paling best. Penduduk adalah lebih 20 orang dan memang meriah setiap hari. Nama ahli dorm yang paling havoc sekali ialah Mach, Tikus, Nippon, Haikal, YoungMen, Chomet, Adli dan yang paling penting sudah pasti Skuba. Dari nama dah tahu perangai orangnye camane ... Hahaha... Pelik-pelik, mengalahkan cerita Labu Labi.

Pada awalnya aku memang rasa menyesal kerana masuk dorm tu. Tapi bila pindah ke Putrajaya, aku rasa nak kumpul ahli-ahli dorm dulu. Kat Putrajaya, dorm dipecahkan kepada rumah sukan masing-masing. Dorm pulak kecik je. Tak best sangat.

Selepas pindah ke Putrajaya time form 5, sekolah buat peraturan baru pasal kebersihan kelas. Kelas paling kotor setiap minggu akan kena denda cuci kawasan sekolah. Sudah pasti pemenangnya untuk minggu pertama di Putrajaya adalah 5 Cita. Yeayy.. *clap clap clap* Hahaha... Rajinnya aku buat kerja-kerja paksarela camni.

Sebenarnya Skuba juga adalah ketua kelas 5 Cita. Bila habis kena denda, cikgu kelas datang dan sound kitorang. Skuba memang tak puas hati, dah la penat buat kerja paksarela pastu kena sound plak. Jadi Skuba buat EGM kelas dan arahannya memang tak boleh blah. Hehe.. Dia nak 5 Cita menang kelas tercantik minggu depan. Aiyyaark...

Dengan penuh semangat kesukanan, semua ahli kelas buat kerja masing-masing. Ada yang pergi beli barang seperti pelekat, pen, kertas warna dll. Ada juga cuci kipas, susun meja, susun rak buku dan aku pula tolong beli air untuk diorang. Hikhikhik.. Sempat lagi mengelak buat keje.

Seminggu kemudian tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Keputusannya, kitorang dapat nombor 3 kelas tercantik. Yezzaaaa.. Har3.. Dapat nombor 3 dah rasa cam nak nangis dah. Hehehehe.. Adoi sakit perut bila ingat balik hari tu. Memang terharu.

Akhirnya seminggu kemudian barulah kitorang dapat hadiah kelas tercantik. Memang besar lubang idung Skuba time ambik piala pusingan kat pentas pavillion semasa perhimpunan mingguan. Hehehe..celebrate

Semuanya berlaku kira-kira 5 tahun dulu, namun kenangan terasa segar dalam memori seperti baru semalam terjadi. Banyak lagi kenangan suka-duka selama sekolah kat SAS namun tak larat untuk ceritakan semuanya. Cukuplah simpan di hati agar sentiasa diingati.

4 Cita in da House
Image Hosted by ImageShack.us

Sekarang semua dah berlalu. Masing-masing ada jalan hidup sendiri. Aku kat sini sensorang duk menulis entri ni jam 5 pagi sambil dengar lagu Graduation nyanyian Vitamin C. Walaupon sekadar 2 tahun, namun SAS memang terpahat di hati dan pasti takkan aku lupa. Semoga kita berjumpa kembali kawan-kawan. Aku doakan semoga kita berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat ...

p/s: Akhirnya setelah perah otak selama 3 hari 2 malam, aku dapat jugak siapkan entri ni. Entri khas untuk contest anjuran blog Khairil Lifestyle. Nak join gak? Pi tengok sendiri kat blog die yee... Hehe..sengihnampakgigi

18 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template