SEMALAM aku bersembang dengan seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang enggan namanya didedahkan. Menurutnya, Kafa sudah memeterai perjanjian secara lisan dengan seorang pemain terkemuka dunia untuk bermain dengan Kelantan bagi menghadapi Liga Super musim akan datang.
Dengarnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menarik balik keputusan melarang pemain import daripada beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim 2010, maknanya pemain itu nanti yang kini beraksi dengan sebuah pasukan ternama dalam English Premier League itu akan digandingkan dengan Khalid Jamlus selaku penyerang.
Selepas didesak beberapa kali, barulah pegawai Kafa itu memberitahu aku pemain yang dimaksudkan adalah Carlos Tevez yang kini bermain bersama Manchester United. Perghhhh… memang gempak giler!
Pegawai Kafa itu berkata, perjanjian lisan itu sudah dipersetujui ketika pemain kelahiran Argentina itu datang ke Kelantan bulan lalu untuk berjumpa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Pertemuan itu diadakan di satu lokasi rahsia dan difahamkan sekitar Rantau Panjang iaitu sebaik banjir mulai surut.
Mula-mula tu aku tak percaya, takkan Tevez sanggup nak main kat Malaysia, berapa juta pulak Kafa kena bayar… dan sebagai bukti, pegawai Kafa itu kemudian mengirimkan gambar pemain itu ketika kedatangannya ke Kelantan. Aku yakin tak lama lagi berita ni pasti meletup!
Gambar di bawah membuktikan kehadiran Tevez (kiri) bersama ejennya ketika berada di Kelantan.
Sumber: http://mywanfai.wordpress.com/
hahaha...aku dah agak sure kelentong..
btw ko orang kelantan ke?
mmg la klentong..xkan tevez nk main kt kelantan..
yup aku org kelantan..gmbr tu pon kt mmg kt rntau panjang.. =)
kalo tevez main kelantan konpem juara Piala Malaysia nyer..
haha... apa tevez tgh buat tu?? Ni mesti teringin mo makan ikna keli tu yg ajak sekali agen dia pi mancing jap tu...
dgn teves sorg... huh... belum komfrem buleh menang... ingat maen guli ker??
haha..mmg la tak konfom menang...main guli pon kene ade teamwork gak...
ak la tevez yg sbnrnye...2lg la amek ak main woi...
tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah
Celakalah orang yang berbicara lalu dia berdusta kerana mahu orang ramai ketawa. Celakalah baginya. Celakalah baginya (HR Ahmad & Al-Darimi)
Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda : celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya (HR Abu Dawud, Al-Tirmizi)