Adoyai fikiran aku sedikit berserabut sekarang ni. Nak posting pon cam malas. Tapi tak best plak kalo biarkan blog ni bersawang. Hoho..
Disebabkan takde cerita bertemakan gempak untuk sekarang ni, wan nak share pasal satu kelab kereta yang dinamakan Accord Buruk Motorsports. Hehe.. Bila masa plak aku ada kereta ni?
Sabtu 2 Mei 2009, aku mengikuti satu konvoi anjuran kelab Accord Buruk ke Hutan Lipur Lentang atas ajakan memberku, Lias (nama glamer). Dia harap sangat aku tulis pasal gathering ni dalam blog aku untuk promosi dan seterusnya menambahkan bilangan ahli dalam kelab ni. Member punye pasal, takde hal nye. Hohoho..
Kelab ni ditubuhkan untuk mengumpul semua pemilik-pemilik kereta Accord di Malaysia. Lias ajak aku teman dia kerana dia baru first time join kelab ni dan tak kenal sesiapa lagi kecuali beberapa orang otai. Tapi semua ahli-ahli kelab Accord Buruk oke je, peramah dan ceria sepanjang masa.
Aktiviti pertama sudah pasti makan. Huhu. Lapar beb. Lapar bukan kerana tak makan, tapi kerana sesat dan kereta rosak. Adeii.. Selepas tol Temerloh, tiba-tiba kereta problem dan kiteorang kena tinggal kat tepi highway. Tapi nasib baik ada Bob yang bertugas sebagai marshall hari tu tolong follow kat belakang. Selepas berhenti beberapa minit, aku meneruskan perjalanan ke Hutan lipur Lentang sambil Bob follow kat belakang.
Tapi............. marshal sendirik tak tahu jalan. Hohoho.. Jangan marah ye Bob. Kiteorang dah pergi lepas terowong Sempah baru la Bob bagi tau kena u-turn. Last-last u-turn kat tol Gombak. Walawei habis 60 km. Dah la kereta rosak, sesat jalan pulak. Huhu.. Tapi Alhamdullilah syukur akhirnya selamat tiba. Lepas makan, ada aktiviti mandi-manda.
Selepas tu ada sesi penerangan, bergambar dan lain-lain. Ramai gak ahli kelab Accord Buruk. Total kira-kira lebih 70 bijik. Penuh parking kat Hutan Lipur Lentang. Itu pun ramai lagi ahli kelab tak dapat join kerana terpaksa bertugas atau tinggal jauh. Gambar gaya parking berselerak ...
(klik pada gambar untuk lihat lagi jelas, segak dan bergaya)
Dari Kuantan pulak ada 14 buah kereta. Ahli-ahli kelab dari Kuantan adalah seperti dalam gambar kat bawah. Wan kat tepi kanan sekali, Lias pulak yang pakai baju hijau di sebelah ...
Last picture of the day ...
p/s: Bila plak aku nak beli kereta sendiri ni??
Home Tuition untuk Subjek Kimia dan Sains
2 years ago
asal 'buruk'?
sharamli - laju tol ko komen.hehe..terkejut aku..
'buruk' sebab kelab ni khas utk kereta accord lama,bukan model baru..itu je..
nak sebut nama modelnye aku tak pandai..
ANTIK SUNGGUH SI PENULIS NEH..ekekekek!
LaDy NaS - seantik kereta memberku itu..hehe
kena beli accord buruk ker? baru takderr? ;p
buruk?? macam2..
Luffy - kalo baru pon boleh gak...
Mustaffa - hehe..best apa nama kelab ni?
cam ner nak join club ni??? aku berminat gak ni
sila hubungi saya jika ada member nak beli honda CA1 harga rm9000.00. cat baru colour, sportrim 17", sound system semua pergi. 017-7773315 azman.jb.tq
kalau ada yang lum tau, just bukak www.accordburuk.com. mekasih, sila datang lagi...
karut la beli kereta buruk..susah di kemudian hari..ahli kelab pun bukan boleh percaya..saya penah kena tipu dgn sorang ahli accordburuk dulu..rm250 melayang...sekarang dah jual accord beli kereta baru..senang hati..
Salam,sy ada barang2 honda ca5,kalau ada sesiapa yg nk barang blh contct sy.sy nk jual murah2.
Bob 019-31880841
salam sejahtera... Saya ingin bertanya, ayah saya ada beberapa buah kereta Honda Accord untuk dijual... Bagaimanakah caranya untuk saya publishkan kereta2 ini? Boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp di nombor 0196432448... Bantuan anda diruangan ini amat diperlukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih...