Kisah Siti Yang Sedih Dan Menyayat Hati ... (2)

Siti tidak dapat menahan emosinya lagi. Air mata jatuh bercucuran walaupon cuba ditenangkan oleh ibu dan adik-beradiknya. Sekali lagi satu tumbukan padu daripada ayahnya menginap di pipi kanan...!! "Adoyai!!", Siti menjerit kesakitan. Ganazz tol bapak dia.tumbuk

"Aku tak rela mengaku ngko anak aku", marah bapaknya tidak dapat tertahan lagi. "Engkau telah memalukan keluarga kita. Belom pernah lagi dari keturunan kita yg berperangai macam ko".

Bagaimanapun ibu Siti cuba menenangkan keadaan."Sabar laa. Dia kan anak kandung kita. Bawak bertenang dulu. Kita bincang elok-elok dahulu sebelom buat keputusan".

"Apa yg perlu dibincangkan lagi. Siti memang tiada masa hadapan. Memalukan. Tak sangka aku akan ada anak seperti Siti. Harap muka je lawa.. Huh", bapanya memang begitu panas.

"Kalau macam tu, kita suruh Siti masuk AF8. Manalah tahu dia menang pastu ada anak datok nak pinang dia"."AF8 lambat lagi", bentak ayah Siti kerana isterinya masih mahu mempertahankan Siti. Keadaan tegang berterusan, dan Siti hanya mampu memandang pokok-pokok diluar rumah sambil menangis memikirkan nasibnya.

Esoknya, awal-awal lagi Siti bangun dan pergi ke KLCC. Satu demi satu anak tangga dilangkahi sehinggalah ke bumbung...soal

Sekarang Siti betul-betul dibumbung KLCC sambil memandang kebawah. Kereta-kereta kelihatan begitu kecil, orang pula kelihatan seperti semut sahaja. Dia nekad, biarlah apa yg berlaku Siti tak kesah. Siti menghampiri hujung bumbung sedikit demi sedikit. Terbayang kenangan bersama adik-beradik kembarnya. Dan tidak lupa ibu Siti yg menjaganya dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Siti menghirup udara dalam-dalam dan terus terjun dari tingkat 88 KLCC. Angin menerobos ke mukanya dan Siti semakin menghampiri ke tanah...

Dengan penuh yakin Siti mengibarkan sayapnya luas-luas.....

"Yezz.. Yezz.. Aku dapat terbang akhirnya!!!!!!! Yezzzzaaa..!!".menariangel

Akhirnya Siti bejaya mengatasi fobia terhadap ketinggian. Sebagai seekor burung, Siti tidak mampu terbang kerana fobia terhadap tinggi dan sudah pasti dimarahi oleh bapaknya. Sekarang Siti mampu terbang, terbang dgn bebas. Alam begitu luas untuknye sekarang.......

p/s: Sediy tol criter.. Nasib baik heppy ending.. sengihnampakgigi


9 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template