FAM vs KAFA

Aku tidaklah sentiasa ikuti perkembangan semasa Liga Super Malaysia tapi agak terkejut dgn tindakan oleh FAM. Denda melebihi Rm 100,000 dan tidak boleh guna Stadium Sultan Muhammad IV sehingga 31 Disember 2009. Logik ke hukuman ni? Denda banyak-banyak pastu tak bagi guna stadium. Sumber pendapatan sesuatu kelab bola pasti kebanyakannya datang dari kutipan tiket dan penaja.

Macamana nak bayar gaji pemain? Kos pentadbiran? Stadium? Penginapan dan perjalanan pemain?

Aku amat tidak puas hati kerana hukuman ini amat tidak profesional, sama saja dgn segelintir penyokong Kelantan yg merusuh. Perlu ingat, masalahnya adalah penonton fanatik bukan KAFA. Kalau denda banyak-banyak sampai KAFA bankrup pon masalah takkan selesai kerana KAFA bukanlah 'Kelab Kaunseling Penyokong-penyokong Fanatik Bola Sepak Kelantan Supaya Tidak Merusuh'.

Pada pendapat aku cara yg berkesan adalah hadkan jumlah penonton yg boleh masuk stadium, 'banned'kan sesetengah penonton dari memasuki stadium, lagi banyak polis dan peraturan lebih ketat di stadium. Dulu aku biasa juga pergi Stadium Sultan Muhammad IV (walaupun dah lama tak pergi) dan peraturan memang longgar. Orang luar sesuka hati masuk stadium tak payah bayar tiket kalau kenal orang dalam, pastu takde orang nak check penonton supaya diorang tak bawa benda yg berbahaya seperti mercun dan senjata.

Moralnya, aku lebih suka layan EPL dan UCL kt kedai mamak sambil minum teh tarik. Takde rusuhan dan polis FRU.

p/s: Teremo pulak hari ni.. Huhu.. angkatkening


7 pandangan bernas:

Post a Comment

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template