Showing posts with label liverpool. Show all posts
Showing posts with label liverpool. Show all posts

Download Highlight Liverpool 4 - 4 Arsenal ...


Hoyyeh! Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan menarik antara Liverpool dan Arsenal di Anfield. Keputusannya memihak kepada Man Utd yg tersenyum lebar setelah Liverpool hanya mampu mendapat 1 mata sahaja. Adoyai... Persembahan 'menarik' dari pertahanan kedua-dua pasukan membolehkan 8 gol dijaringkan. Tidak dinafikan kedua-dua pasukan tidak dapat menampilkan kemampuan sebenar kerana krisis kecederaan oleh beberapa pemain utama mereka.siul

Liverpool tanpa kapten mereka, Steven Gerard dan Arsenal pula tanpa Adebayor dan Van Persie. Bendtner berfungsi sebagai penyerang tunggal, hasilnya Liverpool menguasai sebahagian besar posession bola dan Arsenal agak sukar untuk menyerang Liverpool pada separuh masa pertama. Apepon, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Arshavin hasil gerakan menarik oleh Fabregas dan Nasri. Separuh masa pertama juga menyaksikan Fabianski beraksi cemerlang menangkis serangan bertalu-talu terutama daripada gerakan Torres dan Benayoun (disamping kebongokan pertahanan Arsenal).

Separuh masa kedua pula menyaksikan 7 gol dijaringkan! hahWalawei.. Aku nak cerita kat sini pon cam malas. Download sendiri highlight kat bawah ni...

Liverpool (0)4 - Arsenal (1)4

Torres 49, 73
Benayoun 56, 90
Arshavin 36, 67, 70, 90

Yang pasti, pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Arsenal, Lukas Fabianski serta Arshavin yang menjaringkan 4 gol awal pagi tadi. Juga kepada Torres dan Benayoun setelah masing-masing menyumbat 2 gol kepada Liverpool. Aku harap aksi hampeh pertahanan mereka akan berterusan supaya banyak gol dapat dihasilkan untuk perlawan selepas ni. Hahaha.. sengihnampakgigi

p/s: Tak sia-sia aku tak tidor hari ni. Hehe.. Maaf jika kualiti video kurang menarik..

Baca Lagi...

Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

Baca Lagi...

Download Highlight English Premier League 14.03.09

Glory! Glory! Liverpool...!!

Itu sahaja kesimpulan untuk menerangkan game yg berlangsung malam semalam. Yezzaa... Liverpool meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membelasah Man Utd 4-1 di halaman lawan tanpa belas kasihan. Walawei, banyak tu. Ranieri menggunakan formula yang sama ketika Real Madrid tempoh hari dan sememangnya berbaloi walaupun persiapan mereka sedikit terjejas setelah Arbeloa digugurkan daripada starting lineup beberapa minit sebelum game bermula. Game semalam juga adalah game yg sudah pasti tidak akan dilupakan oleh Nemanja Vidic sepanjang hidupnya. Lima minit selepas Ronaldo menjaringkan gol pertama perlawanan, Vidic melakukan kesilapan yang membuka ruang kepada Torres untuk menjaringkan gol penyamaan.

Mood perlawanan mula berubah apabila Gerard menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah dia dikasari oleh Evra. Separuh masa kedua, Vidic mendapat kad merah setelah menarik baju Gerard ketika Gerard berpeluang menjaringkan gol. Sepakan percuma selepas itu disempurnakan dgn menarik oleh Aurelio dan gol terakhir adalah daripada bola lob oleh Dossena. Kepada penyokong Man Utd, jangan nangis bro. Hahahaha... Cube lagi musim depan. Bagi aku man of the match adalah Gerard dan Torres, manakala paling teruk sudah pasti Vidic.

Lagi satu perlawanan yg membabitkan pasukan big 4 adalah Arsenal. Arsenal hanya memerlukan kira-kira 70 saat untuk merobek gawang Blackburn Rovers melalui gol sendiri Ooijer dan itulah satu-satunya gol pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Arsenal meneruskan dominasi serangan melalui rangkaian Nasri, Arshavin dan Walcott. Namun paling mengecewakan adalah persembahan yg ditunjukkan oleh Bendtner amat-amat menyedihkan. Entah la, ada kot dalam 5-6 peluang mudah disia-siakan oleh Bendtner. Boleh cakap permainan Bendtner adalah totally blunders. Aku harapkan Wenger berfikir 12kali sebelum meneruskan Bendtner untuk game selepas ini.

Disebalik 'kehampehan' Bendtner, Arshavin muncul sebagai hero apabila bijak menggelecak pertahanan kiri Blackburn sebelum rembatan yang menggegar jaring. Bendtner dan Walcott kemudian diganti oleh Eboue dan Vela, hasilnya adalah 2 gol jaringan Eboue. Gol pertamanya berpunca dari bola muntah dari keeper selepas sepakan deras dari Arshavin, manakala gol kedua adalah dari sepakan penalti setelah Vela dijatuhkan dalam kotak penalti. Walaupon Eboue menjaringkan 2 gol, tapi bagi aku Man of the Match adalah sudah pasti Arshavin. Worst of the match pula tidak lain ialah Bendtner. Tidak lupa, worst gol celebration adalah kepada Eboue. Nak tahu camane die celebrate? Download video dulu. Nak crite pon payah tapi cara die celebrate memang ....

Klik pada link untuk download:

Arsenal 4 - Blackburn 0

Manchester United 1 - Liverpool 4




Baca Lagi...

Salam kepada semua kaki bola di Malaysia. Semalam berlangsungnya 4 perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kalah mati ke-2 dan 19 gola dihasilkan. Jumlah jaringan yang sebegini banyak diharapkan untuk berulang lagi pada awal pagi nanti. Kemenangan paling famous adalah sudah pasti kepada Liverpool yang membelasah Real Madrid 4 gol tanpa balas dan juga Bayern Munich. Yang pasti, kekalahan ini memalukan Real Madrid dan menyedarkan mereka mengenai kelemahan mereka di bahagian pertahanan. Gandingan Gerard dan Torres terlalu handal untuk Cannavaro dan Pepe. Selain itu, Chelsea turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila seri dengan Juventus yang bermain 10 orang. Klik pada link untuk download highlight...

Panathinaikos 1 - Villarreal 2
(Agregat 3-4)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1
(Agregat 12-1)

Juventus 2 - Chelsea 2
(Agregat 2-3)

Liverpool 4 - Real Madrid 0

(Agregat 5-0)


Baca Lagi...

BPL Goals 3 March 2009 ...

3 perlawanan BPL berlangsung awal pagi tadi melibatkan 3 pasukan gergasi iaitu Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Keseluruhannya semua pasukan pilihan mencatat kemenangan termasuk
kemenangan pertama Arsenal dalam 5 perlawanan. Arsene Wenger melakukan kejutan apabila merehatkan Van Persie namun ia berbaloi apabila Bendtner berjaya menjaringkan 2 gol. Liverpool kembali bersaing untuk merampas kejuaraan liga melalui kemenangan 2 gol tanpa balas dgn Sunderland (dgn Sunderland boleh aarr) dan Drogba meneruskan aksi cemerlang untuk menyumbangkan gol tunggal perlawanan. Klik pada link untuk download...

Liverpool (2) vs Sunderland (0)

N'Gog 52

Benayoun 65


West Bromwich Albion (1) vs Arsenal (3)

Bendtner 4

Brunt 7

Toure 38

Bendtner 44



Portsmouth (0) vs Chelsea (1)

Drogba 79


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Highlight BPL 28 February 2009..

Sorang mmbr aku yg juga penyokong tegar Liverpool berkata,"What the hell??!!". Haha.. Ape nak jadi dgn Liverpool. Pengurus Liverpool menggunakan second team ketika melawan Middlesbrough dan ternyata taktik itu memakan diri. Walaupon dgn kehadiran Gerard, tetapi Gerard sebenarnya blom fit kerana baru pulih dari kecederaan. Permainan Liverpool sememangnya jauh berbeza berbanding ketika melawan Real Madrid minggu lepas. Arsenal pula dgn 4 seri berturut-turut, manakala Chelsea menang melalui gol diminit terakhir oleh Lampard. Terry score dgn cara half volley, Lampard score dgn tanduk. Pelik betol. Klik kat link untuk download...

Middlesbrough 2 - Liverpool 0

Chelsea 2 - Wigan 1

Arsenal 0 - Fulham 0

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template