Showing posts with label chelsea. Show all posts
Showing posts with label chelsea. Show all posts

Highlight Man Utd 2 - 0 Portsmouth ...



Peluang Liverpool dan pasukan lain untuk mengejar kedudukan Man Utd semakin sukar setelah mereka berjaya menewaskan Portsmouth awal pagi tadi. Hantaran menarik oleh Anderson kepada Ryan Giggs berjaya membuka pertahanan Portsmouth walaupun Giggs kelihatan seperti offside. Manakala hantaran rendah olehnya disempurnakan dengan mudah Rooney untuk menewaskan David James pada minit ke-9.

Man Utd terus mendominasi perlawanan namun tidak mampu menambahkan jumlah gol yang mereka miliki. Pertahanan Portsmouth kental bertahan manakala David James pula menghasilkan aksi menarik menafikan percubaan-percubaan daripada Man Utd termasuklah dari Rooney, Giggs dan Fletcher. Peter Crouch juga gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaik untuk menyamakan jaringan gol.

Namun Portsmouth hanya bertahan sehinggalah pada minit ke-82 sebelom jaringan Carrick yang mengesahkan kemenangan Man Utd. Man Utd sekarang mempunyai perbezaan 3 mata berbanding Liverpool dan 6 mata berbanding Chelsea setelah Chelsea hanya mampu seri dengan Everton. Walaupon mendominasi perlawanan dan menurunkan kesemua pemain utama mereka, tiada jaringan dihasilkan Stamford Bridge.

Klik pada link untuk download highlight ...

Manchester United (1) 2 vs Portsmouth (0) 0
Rooney 9
Carrick 82

Tak mau download? Boleh lihat highlight kat bawah ni ...




Baca Lagi...

Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

Baca Lagi...

Salam kepada semua kaki bola di Malaysia. Semalam berlangsungnya 4 perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kalah mati ke-2 dan 19 gola dihasilkan. Jumlah jaringan yang sebegini banyak diharapkan untuk berulang lagi pada awal pagi nanti. Kemenangan paling famous adalah sudah pasti kepada Liverpool yang membelasah Real Madrid 4 gol tanpa balas dan juga Bayern Munich. Yang pasti, kekalahan ini memalukan Real Madrid dan menyedarkan mereka mengenai kelemahan mereka di bahagian pertahanan. Gandingan Gerard dan Torres terlalu handal untuk Cannavaro dan Pepe. Selain itu, Chelsea turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila seri dengan Juventus yang bermain 10 orang. Klik pada link untuk download highlight...

Panathinaikos 1 - Villarreal 2
(Agregat 3-4)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1
(Agregat 12-1)

Juventus 2 - Chelsea 2
(Agregat 2-3)

Liverpool 4 - Real Madrid 0

(Agregat 5-0)


Baca Lagi...

BPL Goals 3 March 2009 ...

3 perlawanan BPL berlangsung awal pagi tadi melibatkan 3 pasukan gergasi iaitu Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Keseluruhannya semua pasukan pilihan mencatat kemenangan termasuk
kemenangan pertama Arsenal dalam 5 perlawanan. Arsene Wenger melakukan kejutan apabila merehatkan Van Persie namun ia berbaloi apabila Bendtner berjaya menjaringkan 2 gol. Liverpool kembali bersaing untuk merampas kejuaraan liga melalui kemenangan 2 gol tanpa balas dgn Sunderland (dgn Sunderland boleh aarr) dan Drogba meneruskan aksi cemerlang untuk menyumbangkan gol tunggal perlawanan. Klik pada link untuk download...

Liverpool (2) vs Sunderland (0)

N'Gog 52

Benayoun 65


West Bromwich Albion (1) vs Arsenal (3)

Bendtner 4

Brunt 7

Toure 38

Bendtner 44



Portsmouth (0) vs Chelsea (1)

Drogba 79


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Highlight BPL 28 February 2009..

Sorang mmbr aku yg juga penyokong tegar Liverpool berkata,"What the hell??!!". Haha.. Ape nak jadi dgn Liverpool. Pengurus Liverpool menggunakan second team ketika melawan Middlesbrough dan ternyata taktik itu memakan diri. Walaupon dgn kehadiran Gerard, tetapi Gerard sebenarnya blom fit kerana baru pulih dari kecederaan. Permainan Liverpool sememangnya jauh berbeza berbanding ketika melawan Real Madrid minggu lepas. Arsenal pula dgn 4 seri berturut-turut, manakala Chelsea menang melalui gol diminit terakhir oleh Lampard. Terry score dgn cara half volley, Lampard score dgn tanduk. Pelik betol. Klik kat link untuk download...

Middlesbrough 2 - Liverpool 0

Chelsea 2 - Wigan 1

Arsenal 0 - Fulham 0

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template