Showing posts with label highlight. Show all posts
Showing posts with label highlight. Show all posts

Download Highlight Liverpool 4 - 4 Arsenal ...


Hoyyeh! Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan menarik antara Liverpool dan Arsenal di Anfield. Keputusannya memihak kepada Man Utd yg tersenyum lebar setelah Liverpool hanya mampu mendapat 1 mata sahaja. Adoyai... Persembahan 'menarik' dari pertahanan kedua-dua pasukan membolehkan 8 gol dijaringkan. Tidak dinafikan kedua-dua pasukan tidak dapat menampilkan kemampuan sebenar kerana krisis kecederaan oleh beberapa pemain utama mereka.siul

Liverpool tanpa kapten mereka, Steven Gerard dan Arsenal pula tanpa Adebayor dan Van Persie. Bendtner berfungsi sebagai penyerang tunggal, hasilnya Liverpool menguasai sebahagian besar posession bola dan Arsenal agak sukar untuk menyerang Liverpool pada separuh masa pertama. Apepon, gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Arshavin hasil gerakan menarik oleh Fabregas dan Nasri. Separuh masa pertama juga menyaksikan Fabianski beraksi cemerlang menangkis serangan bertalu-talu terutama daripada gerakan Torres dan Benayoun (disamping kebongokan pertahanan Arsenal).

Separuh masa kedua pula menyaksikan 7 gol dijaringkan! hahWalawei.. Aku nak cerita kat sini pon cam malas. Download sendiri highlight kat bawah ni...

Liverpool (0)4 - Arsenal (1)4

Torres 49, 73
Benayoun 56, 90
Arshavin 36, 67, 70, 90

Yang pasti, pujian harus diberikan kepada penjaga gol muda Arsenal, Lukas Fabianski serta Arshavin yang menjaringkan 4 gol awal pagi tadi. Juga kepada Torres dan Benayoun setelah masing-masing menyumbat 2 gol kepada Liverpool. Aku harap aksi hampeh pertahanan mereka akan berterusan supaya banyak gol dapat dihasilkan untuk perlawan selepas ni. Hahaha.. sengihnampakgigi

p/s: Tak sia-sia aku tak tidor hari ni. Hehe.. Maaf jika kualiti video kurang menarik..

Baca Lagi...

Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

Baca Lagi...

Download Highlight Champion League 12 March 2009

Lagi 2 pasukan dari Liga Perdana Inggeris berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya malam semalam iaitu Man Utd dan Arsenal. Man Utd berjaya menewaskan Inter Milan melalui 2 gol jaringan tanpa balas oleh tandukan Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic. Bagaimanapun nasib yang dialami oleh Arsenal agak berbeza walaupun berjaya menewaskan lagi satu pasukan dari Itali iaitu As Roma. Perlawanan yang berlarutan ke sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Arsenal setelah Vucinic dan Max Tonetto. Arsenal sebenarnya mempunyai banyak peluang namun kurangnya kreativiti serta penyudah berkesan agak mengecewakan. Barcelona pula berpesta gol dengan jaringan lima gol berbalas dua daripada Lyon. Perlawanan yang jelas menyaksikan kemampuan Barcelona berbanding Lyon dan wira mereka sudah pasti Henry yang menjaringkan dua gol. Klik pada link untuk download highlight game semalam...

Porto 0 - Atletico Madrid 0

(Agregat 2-2)

Barcelona 5 - Lyon 2
(Agregat 6-3)

Manchester United 2 - Inter Milan 0
(Agregat 2-0)

As Roma 1 - Arsenal 0
Penalti 7-6
(Agregat 8-7)



p/s: Maaf jika kualiti video tidak memuaskan...

Baca Lagi...

Salam kepada semua kaki bola di Malaysia. Semalam berlangsungnya 4 perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kalah mati ke-2 dan 19 gola dihasilkan. Jumlah jaringan yang sebegini banyak diharapkan untuk berulang lagi pada awal pagi nanti. Kemenangan paling famous adalah sudah pasti kepada Liverpool yang membelasah Real Madrid 4 gol tanpa balas dan juga Bayern Munich. Yang pasti, kekalahan ini memalukan Real Madrid dan menyedarkan mereka mengenai kelemahan mereka di bahagian pertahanan. Gandingan Gerard dan Torres terlalu handal untuk Cannavaro dan Pepe. Selain itu, Chelsea turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila seri dengan Juventus yang bermain 10 orang. Klik pada link untuk download highlight...

Panathinaikos 1 - Villarreal 2
(Agregat 3-4)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1
(Agregat 12-1)

Juventus 2 - Chelsea 2
(Agregat 2-3)

Liverpool 4 - Real Madrid 0

(Agregat 5-0)


Baca Lagi...

BPL Goals 3 March 2009 ...

3 perlawanan BPL berlangsung awal pagi tadi melibatkan 3 pasukan gergasi iaitu Liverpool, Arsenal dan Chelsea. Keseluruhannya semua pasukan pilihan mencatat kemenangan termasuk
kemenangan pertama Arsenal dalam 5 perlawanan. Arsene Wenger melakukan kejutan apabila merehatkan Van Persie namun ia berbaloi apabila Bendtner berjaya menjaringkan 2 gol. Liverpool kembali bersaing untuk merampas kejuaraan liga melalui kemenangan 2 gol tanpa balas dgn Sunderland (dgn Sunderland boleh aarr) dan Drogba meneruskan aksi cemerlang untuk menyumbangkan gol tunggal perlawanan. Klik pada link untuk download...

Liverpool (2) vs Sunderland (0)

N'Gog 52

Benayoun 65


West Bromwich Albion (1) vs Arsenal (3)

Bendtner 4

Brunt 7

Toure 38

Bendtner 44



Portsmouth (0) vs Chelsea (1)

Drogba 79


Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Highlight BPL 28 February 2009..

Sorang mmbr aku yg juga penyokong tegar Liverpool berkata,"What the hell??!!". Haha.. Ape nak jadi dgn Liverpool. Pengurus Liverpool menggunakan second team ketika melawan Middlesbrough dan ternyata taktik itu memakan diri. Walaupon dgn kehadiran Gerard, tetapi Gerard sebenarnya blom fit kerana baru pulih dari kecederaan. Permainan Liverpool sememangnya jauh berbeza berbanding ketika melawan Real Madrid minggu lepas. Arsenal pula dgn 4 seri berturut-turut, manakala Chelsea menang melalui gol diminit terakhir oleh Lampard. Terry score dgn cara half volley, Lampard score dgn tanduk. Pelik betol. Klik kat link untuk download...

Middlesbrough 2 - Liverpool 0

Chelsea 2 - Wigan 1

Arsenal 0 - Fulham 0

Baca Lagi...

Highlight CL 25 February 2009

4 match berlangsung awal pagi tadi. Pada pendapat aku, semua pasukan masih ada peluang untuk mara ke pusingan seterusnya. Aku sempat tgk match antara Inter dan Man Utd tetapi hampeh, takde gol plak. 1st half, Man Utd byk kontrol bola dan byk kali hampir mendapatkan gol tetapi Julio Cesar menjaga gawang dgn cemerlang. Inter yg bermain secara gugup pada 1st half bangkit menyerang pada separuh masa ke-2 dan hampir pasti membolosi gol Man Utd kalau bukan kerana kebebalan Adriano. Boleh tgk sendiri highlight game smlm dgn tekan link kt bawah...

Inter Milan (0) vs Man Utd (0)

Lain2 game plak kt bawah...

Arsenal (1) vs As Roma (0)

Lyon (1) vs Barcelona (1)


Atletico Madrid (2) vs Porto (2)

Maxi Rodriguez 3

Lopez 22

Forlan 45

Lopez 72

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Liverpool - Man City Goals EPL 220209

Aiseh terlewat plak nk update EPL hari ni. Takpe la, better late than never. Macam tu gak la terjadi kt Liverpool. Ape daa Liverpool. Pada awal musim begitu semangat utk menang EPL. Tapi semalam seri plak dgn Man City. Tanpa Gerard, Liverpool cam hampeh. Haha..
Betol la ckp mmbr aku, Liverpool adalah Gerard dan Gerard adalah Liverpool. Apepon, klik kt link utk tgk gol...


Bellamy 51'

Kuyt 78'

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Download Highlight EPL 21 Febuary 2009

6 perlawanan EPL berlangsung mlm semalam dan awal pagi tadi. Paling mencuri tumpuan adalah kemunculan sulung Arshavin dan Guus Hiddink dalam kancah EPL. Langkah kanan oleh Hiddink apabila Chelsea berjaya menewaskan Aston Villa hasil jaringan Anelka melalui set up menarik oleh Lampard. Klik pada link untuk downnload hightlight:

Aston Villa 0 vs Chelsea 1


Walaupun dgn kehadiran Arshavin di starting 11 Arsenal, namun tidak byk yg dapat dilakukan oleh mereka. Permainan hambar disepanjang 90 minit dan kurangnya serangan mmg memboringkan. Arsenal seperti langsung tidak berselera untuk meratah Sunderland yg bermain secara bertahan. Kalau mcm ni smpai habis musim, habis la Arsenal...

Arsenal 0 vs Sunderland 0

Man Utd mencerahkan peluang mereka untuk menjarakkan diri daripada Liverpool apabila menewaskan Blackburn Rovers. Permainan 5 star daripada Rooney, Tevez, Ronaldo dan Berbatov byk memporak-perandakan pertahanan Blackburn dan sepatutnya lagi byk gol dihasilkan...

Man Utd 2 vs Blackburn Rovers 1

Rooney 23'
Santa Cruz 32'
Ronaldo 60'

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Download Highlight Liverpool - Chelsea



  • Sekali lagi malang utk Chelsea
  • Hari tu dh kene blasah dgn Man Utd 3 gol tak berbalas
  • Smlm kene dgn Liverpool plak
  • Ape daa,wat malu jee..
  • Sory utk peminat Chelsea,tp aku rase Chelsea tak kan menang EPL thn ni..hoho..
  • Harap2 blog aku tak kene ban dgn fan Chelsea
  • Bleh download highlght game smlm kt link bwh ni

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template