Showing posts with label gol. Show all posts
Showing posts with label gol. Show all posts

Download Highlights English Premier League 2009

Man Utd meneruskan aksi cam hampeh mereka apabila tewas kepada Fulham melalui 2 gol dan 2 kad merah tanpa balas. Gol-gol mereka dijaringkan oleh sepakan penalti Danny Murphy dan aksi menarik oleh Zoltan Gera, manakala kad merah pula dijaringkan oleh Scholes dan Rooney. Ini menjadikan Man Utd dibolosi 6 gol serta 3 kad merah dalam 2 perlawanan yg berturut-turut. Scholes sepatutnya dipuji kerana berjaya menafikan percubaan Zamora apabila menyelamatkan bola ketika bola berada di atas garisan gol. Namun sangkaannya meleset kerana beliau sebaliknya menggunakan tangan, bukan kaki. Aku dapat merasakan karier Scholes telah berakhir malam semalam dan Anderson mungkin lebih banyak mengisi posisi tengah Man Utd.

Rooney boleh dikatakan belum matang sepenuhnya sebagai pemain profesional kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Tindakannya membaling bola ke arah pengadil dengan kuat tidak seharusnya dilakukan kerana jika beliau mahu membaling bola kuat-kuat, sepatutnya Rooney menceburi sukan besbol, kriket atau bola baling. Hahahaha...


Impian Chelsea untuk mengejar Man Utd nampaknya sedikit goyah apabila ditewaskan oleh Tottenham Hotspur melalui gol tunggal perlawanan Luka Modric. Arsenal meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah Newcastle United di halaman lawan. Tanpa Steven Taylor yang cedera pada minit ke-62, kubu Newcastle dirobek oleh The Gunners 2 kali dalam tempoh 5 minit.

Klik pada link untuk download highlight game BPL semalam ...

Newcastle United (0) 1 vs Arsenal (0) 3

Tottenham Hotspur (0) 1 vs Chelsea (0) 0

Fulham (1) 2 vs Manchester United (0) 0

Baca Lagi...

Download Highlight Champion League 12 March 2009

Lagi 2 pasukan dari Liga Perdana Inggeris berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya malam semalam iaitu Man Utd dan Arsenal. Man Utd berjaya menewaskan Inter Milan melalui 2 gol jaringan tanpa balas oleh tandukan Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic. Bagaimanapun nasib yang dialami oleh Arsenal agak berbeza walaupun berjaya menewaskan lagi satu pasukan dari Itali iaitu As Roma. Perlawanan yang berlarutan ke sepakan penalti akhirnya berpihak kepada Arsenal setelah Vucinic dan Max Tonetto. Arsenal sebenarnya mempunyai banyak peluang namun kurangnya kreativiti serta penyudah berkesan agak mengecewakan. Barcelona pula berpesta gol dengan jaringan lima gol berbalas dua daripada Lyon. Perlawanan yang jelas menyaksikan kemampuan Barcelona berbanding Lyon dan wira mereka sudah pasti Henry yang menjaringkan dua gol. Klik pada link untuk download highlight game semalam...

Porto 0 - Atletico Madrid 0

(Agregat 2-2)

Barcelona 5 - Lyon 2
(Agregat 6-3)

Manchester United 2 - Inter Milan 0
(Agregat 2-0)

As Roma 1 - Arsenal 0
Penalti 7-6
(Agregat 8-7)



p/s: Maaf jika kualiti video tidak memuaskan...

Baca Lagi...

Salam kepada semua kaki bola di Malaysia. Semalam berlangsungnya 4 perlawanan Liga Juara-Juara pusingan kalah mati ke-2 dan 19 gola dihasilkan. Jumlah jaringan yang sebegini banyak diharapkan untuk berulang lagi pada awal pagi nanti. Kemenangan paling famous adalah sudah pasti kepada Liverpool yang membelasah Real Madrid 4 gol tanpa balas dan juga Bayern Munich. Yang pasti, kekalahan ini memalukan Real Madrid dan menyedarkan mereka mengenai kelemahan mereka di bahagian pertahanan. Gandingan Gerard dan Torres terlalu handal untuk Cannavaro dan Pepe. Selain itu, Chelsea turut melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila seri dengan Juventus yang bermain 10 orang. Klik pada link untuk download highlight...

Panathinaikos 1 - Villarreal 2
(Agregat 3-4)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1
(Agregat 12-1)

Juventus 2 - Chelsea 2
(Agregat 2-3)

Liverpool 4 - Real Madrid 0

(Agregat 5-0)


Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template