Rasanya semua orang kenal Darth Vader, satu watak yang amat penting dalam sequel filem Star Wars. Darth Vader merupakan master of the dark side of the Force dan orang paling dipercayai oleh Emperor. Jadi macam-macam kerja jahat dibuatnya sepanjang sequel filem Star Wars seperti bla bla bla ...
.............................
Tapi wan bukan nak cerita pasal watak Darth Vader dalam Star Wars. Bosan beb sebab panjang sangat. Hari ni wan nak dedahkan 10 fakta menarik disebalik manusia yang dinamakan Darth Vader ini seperti hobi,binatang peliharaan, kenderaan dan lain-lain. Jom kita terjah ...
#Fakta 1
Semasa kecil, Darth Vader suka main basikal 3 tayar..
#Fakta 2
Semasa kecil, Darth Vader takde kawan. Kesiannn...
#Fakta 3
Suka bermain biola untuk menenangkan kepala otak..
#Fakta 4
Mempunyai seekor kucing yang dinamakan Vader Cat
#Fakta 5
Status: Berkahwin
#Fakta 6
Amat meminati cerita Harry Potter
#Fakta 7
Mempunyai sut Hello Kitty yang dihadiahkan oleh peminatnya
#Fakta 8
Adiknya bernama Pinky Vader ... Erk..?
#Fakta 9
Mempunyai sebuah kereta yang dinamakan Vader Car
#Fakta 10
Juga sebuah skuter
p/s: Dapat gak update sket setelah banyak hari menyepi. Huhuhu... Semoga terhibur ...
Fucking, Austria ... !!
Author: -WaN- Label: Austria, cerite kelakar, fakta, gambar lawak, ntah la, shareRilek ye adik-adik. Sabor sabor.. Hohoho.. Baca habis entri baru adik-adik paham apa yang pak cik nak beri tahu ni. Hehehe...
Fucking yang wan maksudkan kat sini bukan verb, tetapi noun (kata nama). Begini sebenarnya, ada sebuah kampung kat Austria yang dinamakan Fucking. Tak percaya? Google sendiri atau bukak Google Map dan cuba cari nama Fucking. Hoho..
Signboard kampung diorang plak cam kat bawah ..
Takde apa yang pelik pon sebenarnya dengan kampung ni, just nama dia yang cam best. Hehe.. Mengikut sejarah, kampung Fucking mula diteroka tahun 1070 oleh orang Focko. Tambahan "ing" pula berasal dari bahasa Jerman yang menunjukkan 'kepunyaan orang itu'.
So, Focko + ing = Fucking ... Begitu la kisah nya adik-adik. Hohoho.. Pada tahun 2004, diorang ada buat undian untuk menukar nama kampung namun majoriti penduduk mahu nama Fucking dikekalkan. Bukan apa, signboard kampung diorang biasa kena curik. Hahaha.. Kesian tol.
Apa yang pasti, nama unik kampong diorang (unik la sangat) menarik perhatian pelancong. Dapat plak pendapatan sampingan. Bila dah ramai pelancong, diorang buat bas pelancongan mereka sendiri yang dinamakan .....
p/s: Ada bakat jadi cikgu sejarah gak aku ni yee... Kehkehkeh .. :D
Baca Lagi...
Suatu ketika dahulu, terdapat 3 orang gangster di Kg Pinang Banyak Batang yang amat digeruni orang kampung. Mereka juga mempunyai tabiat buruk selain daripada kegiatan peras ugut dan pukul.
Mat.. Suka minum arak
Man.. Suka berjudi
Mel.. Suka hisap rokok Nusantara (murah punye)
Suatu hari ketika sedang mencari mangsa, mereka terjumpa dengan satu kendi lama. Mereka menggosok-gosok kendi itu maka keluarlah seekor jin (betul ke seekor jin?). Maka terkejutlah mereka dan bersedia untuk membuka langkah seribu. Bagaimanapun jin itu berkata,"Jangan lari wahai pemuda. Kamu telah membebaskan aku dari kendi itu. Kini aku merdeka. Hohoho... Dan untuk membalas jasamu, aku akan tunaikan 3 permintaan."
Dari perasaan takut, kini mereka jadi gembira. Setelah termenung seketika, mereka mula menyatakan keinginan masing-masing. Mat berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan semua jenis arak yang mahal kat atas muka bumi." Dalam sekelip mata, hajatnya ditunaikan.
Man pula berkata,"Aku nak tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan kasino seperti Las Vegas", manakala Mel pula berkata,"Aku mahu tinggal dalam gua yang dipenuhi dengan rokok-rokok mahal dari seluruh dunia". Dengan senang hati jin itu tunaikan kedua-dua permintaan.
2 tahun kemudian, jin itu berasa curious dengan apa yang berlaku terhadap mereka setelah ditinggalkan dalam gua. Berjalanlah dia ke gua pertama yang dihuni Mat. Setelah pintu gua dibuka, maka dapat dilihatlah Mat sedang bergembira bersama dengan arak. Mat mengucapkan terima kasih kepada jin.
Di gua kedua pula, Man telah menjadi kaya raya kerana menang jackpot. Bagaimanapun Man belum rasa mahu pulang kerana belum puas berjudi lagi.
Jin itu berasa pelik kerana gua ketiga yang dihuni Mel senyap sunyi dan tidak berasap pon. Setelah membuka pintu gua, datanglah Mel kepada jin itu.
Dengan sepenuh tenaga satu tamparan tahap petala langit ke-17 berkapasiti 500bhp pada kelajuan 5400rpm singgah di pipi jin. "Apahal ni? Bertenang. Bawak bincang dulu", jin cuba menenangkan keadaan. Mel berkata,"Engko beri rokok tapi tak bagi mancis (lighter) pon, macamana aku nak hisap rokok? Jin goblok. Huh...".
Kata jin,"Merokok membahayakan kesihatan. Ko tak tengok ke gambar kat kotak rokok tu. Huhuhu...".
p/s: Moralnya, merokok membahayakan kesihatan ...
Pssst... Tak de keje ke? Jom layan video yang dinamakan Marry Me! kat bawah ni. Lawak arr. Haha.. Teringat pulak kat seseorang time kecik-kecik dulu.. Panjang video adalah dalam 6 minit, jadi pastikan tiada bos (atau lecturer kalo kat kelas) berada di sekitar anda ... Hehehe ...
Ohoi dah la tu. Sambung keje balik ....
Baca Lagi...
Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka di luar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.
Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain.
Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan.
Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Tiada siapa yang berkata-kata. Kenapa yee?
Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya."
Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapi terbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku. Tapi sayang, aku yang kena."
Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku, malangnya nenek pulak menamparnya."
Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata
kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri."
p/s: Moralnya, kita perlu berfikir dgn pantas dan rebut peluang yg ada. Rezeki jangan dilepaskan. Muahahahahahukhuk...
Sumber: Inbox Admin
Aku dah pakai laptop selama kira-kira 4 tahun. Walaupon dah tua dan buruk, aku masih sayang laptop cabuk ku ini. Kelebihan laptop berbanding pc adalah kerana mobile dan tak lebih dari itu. Kalo jatuh sikit, boleh rosak. Susah nak upgrade, spare part mahal dll.
Zaman telah berubah dan teknologi semakin maju. Penggunaan laptop sudah mula diperluaskan ke negara-negara miskin dan membangun. Di Botswana dan Nigeria, golongan orang asli pedalaman negara itu sudah mula menggunakan Sony Vaio. Tak percaya? Gambar di bawah menunjukkan ketua suku kaum orang asli sedang menerangkan penggunaan laptop Sony Vaio kepada ahli keluarganya. Huu...
Golongan haiwan juga mula menggunakan laptop. Adeii.. Dunia ni memang macam-macam, banyak yang kita tak sangka. Sejenis haiwan yang dinamakan landak pula suka menggunakan laptop untuk chatting. Landak dalam gambar dibawah ni masih single dan sedang mencari pasangan hidup dengan cara berchatting. Ceewah.. Hahaha..
Bapak babun ini pula sedang mengajar cara-cara bermain Counter Strike 1.6 kepada anak-anaknya. Hoho..
Dah namanya laptop, konpom banyak problem. Apa nak buat kalo tensen dengan laptop...
Hantar ke kedai?.. Habiskan duit je..
Mintak tolong member?.. Dah balik cuti hujung sem..
Cara terbaik adalah ...
Sekian sesi mengarut untuk hari ini..
Baca Lagi...
Siti telah lama menyimpan hasrat untuk menggunakan kereta baru. Kereta Kancil yang digunakan keluarga mereka sudah berumur 6 tahun, terlalu uzur dan sempit. Suaminya, Mat (nama glamer) berkerja sebagai CEO di sebuah syarikat pembuatan kapal selam di Laos, berpendapatan Rm 6 angka tapi amat kedekut walaupon Rm1 untuk beli pisang goreng.
Suatu hari, Siti tekad untuk menyuarakan hasratnya itu. "Abang, kereta Kancil kita tu sudah terlalu uzur dan sempit. Bila kita akan dapat kereta baru yee?", Siti lembut cuba mengorat suaminya. Kata Mat,"Siti nak yang macamane? Sebut je. Sebenarnya abang dapat bonus semalam hasil kejayaan projek mesin kira bulu kambing terpantas di dunia yang memenangi Geneva Award."
"Wah bestnyee.. Siti tak kesah, tapi kalo boleh nak yang berwarna merah dan boleh pecut lebih 100 dalam tempoh kurang 2 saat. Pastu ianya sleek design (takde bucu tajam dan petak).Hohoho.. Siti suka yang laju", gembira betul Siti.
Esoknya seperti yang dijanjikan, Mat pulang membawa .... (bersambung kat bawah)
"Abang beli 2 bijik demi cinta abang kepada Siti. Warna merah, sleekdesign dan yang paling penting meternya mampu melepasi garis 100 walaupon Siti baru guna 2 saat. Huhuhu..", kata Mat dengan penuh kemesraan kepada isterinya itu..
Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.
Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..
Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.
Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.
Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya
Suami: Tentu ada.. Cuma tak kena tempat...
Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.
Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?
Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..
Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!
Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang kau..
Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!
p/s: Susah jugak nanti bila ada isteri ... (Jauhnya aku pikir. Hehe..)
Sumber: Inbox admin Baca Lagi...
Siti tidak dapat menahan emosinya lagi. Air mata jatuh bercucuran walaupon cuba ditenangkan oleh ibu dan adik-beradiknya. Sekali lagi satu tumbukan padu daripada ayahnya menginap di pipi kanan...!! "Adoyai!!", Siti menjerit kesakitan. Ganazz tol bapak dia.
"Aku tak rela mengaku ngko anak aku", marah bapaknya tidak dapat tertahan lagi. "Engkau telah memalukan keluarga kita. Belom pernah lagi dari keturunan kita yg berperangai macam ko".
Bagaimanapun ibu Siti cuba menenangkan keadaan."Sabar laa. Dia kan anak kandung kita. Bawak bertenang dulu. Kita bincang elok-elok dahulu sebelom buat keputusan".
"Apa yg perlu dibincangkan lagi. Siti memang tiada masa hadapan. Memalukan. Tak sangka aku akan ada anak seperti Siti. Harap muka je lawa.. Huh", bapanya memang begitu panas.
"Kalau macam tu, kita suruh Siti masuk AF8. Manalah tahu dia menang pastu ada anak datok nak pinang dia"."AF8 lambat lagi", bentak ayah Siti kerana isterinya masih mahu mempertahankan Siti. Keadaan tegang berterusan, dan Siti hanya mampu memandang pokok-pokok diluar rumah sambil menangis memikirkan nasibnya.
Esoknya, awal-awal lagi Siti bangun dan pergi ke KLCC. Satu demi satu anak tangga dilangkahi sehinggalah ke bumbung...
Sekarang Siti betul-betul dibumbung KLCC sambil memandang kebawah. Kereta-kereta kelihatan begitu kecil, orang pula kelihatan seperti semut sahaja. Dia nekad, biarlah apa yg berlaku Siti tak kesah. Siti menghampiri hujung bumbung sedikit demi sedikit. Terbayang kenangan bersama adik-beradik kembarnya. Dan tidak lupa ibu Siti yg menjaganya dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Siti menghirup udara dalam-dalam dan terus terjun dari tingkat 88 KLCC. Angin menerobos ke mukanya dan Siti semakin menghampiri ke tanah...
Dengan penuh yakin Siti mengibarkan sayapnya luas-luas.....
"Yezz.. Yezz.. Aku dapat terbang akhirnya!!!!!!! Yezzzzaaa..!!".
Akhirnya Siti bejaya mengatasi fobia terhadap ketinggian. Sebagai seekor burung, Siti tidak mampu terbang kerana fobia terhadap tinggi dan sudah pasti dimarahi oleh bapaknya. Sekarang Siti mampu terbang, terbang dgn bebas. Alam begitu luas untuknye sekarang.......
p/s: Sediy tol criter.. Nasib baik heppy ending..
Biasanya Siti begitu ceria apabila pulang dari sekolah, namun pada hari itu keadaannya berbeza. Siti tidak ceria dan seperti bersedih. Ibunya, Mak Cik Bedah berasa hairan dan bertanya kepadanya apa yg berlaku kat sekolah.
"Kenapa ni Siti? Ada orang buli ke kat sekolah?"tanya ibunya sambil mengusap kepala Siti.
"Semalam ada ujian dan Siti dah jawab dgn betul semua soalan. Tapi hari ini bila Siti ambil balik kertas ujian semalam, semua jawapan salah. Huhu.. ", Siti menjawab dgn penuh perasaan.
"Haa?.. Biar betul ni. Mana kertas ujian ibu nak tengok. Kalau cikgu yg ajar Siti salah, nanti ibu nak pergi saman cikgu tu. Hohoho..", kata ibunya dgn semangat. Siti membuka beg dan terus memberi kertas ujian itu kepada Mak Cik Bedah.
Soalan: Tuliskan A B C sehingga habis mengikut turutan.
Jawapan oleh Siti:
A, B, C, DI, E, EF, JI, ECH, AI, JEY, KEY, EL, EM ............ EX, WAI, ZEK
"Betollah apa yg Siti jawab kan ibu??", tanya Siti kepada ibunya.
"........."
p/s: Sabar je la ye...
Pantun merupakan salah satu ciri keunikan Bahasa Melayu yang kita sanjungi. Pantun digunakan untuk pelbagai tujuan seperti bersenda bersama teman, teguran, bercerita, nasihat mahupon untuk memperli seseorang. Koleksi pantun kat bawah plak pantun-pantun lama yg telah diberi nafas baru. Semoga diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Heheee...
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.
Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan
Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau
Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water
Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit
Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap...
Apa Jadi Kepada Dunia Jika Tiada Jurutera ??
Author: -WaN- Label: cerite kelakar, fakta, gambar lawakKatanya kalau takde doktor, semua orang sakit tak boleh sembuh. Ubat tak de. Aku cakap, kalau doktor ada tapi jurutera tak reka kereta ambulans macam mane nak hantar pesakit pegi hospital. Alat dan mesin untuk operation juga tiada. Hahaha..
Pastu sambung debat lagi. Last-last takde siapa yg menang sebab mak aku panggil balik sebelom habis berdebat kerana time tu dah dekat dgn mahrib. Hehe..
Beberapa hari lepas, aku temui bukti bahawa bidang kejuruteraan memang penting. Tak dapat dinafikan. Kalau nak tahu, lihat sendiri gambar kat bawah....
p/s: Member aku tu sekarang amik kos eletrik engineering kat Kanada. Harap dia dapat baca posting aku ni.. Hehe..
Baca Lagi...
Mat Rempit Juga Menyokong Vote Earth 2009 ...
Author: -WaN- Label: cerite kelakar, gambar lawak, iklan, isu semasaMat : Salam encik. Nape tahan saya ni?
Polis: Salam. Amboi buat-buat tanya plak. Kenapa tak pasang lampu motor?
Mat: Encik, punye banyak lampu jalan kat Kuantan ni. Jadi buat apa saya pasang lampu motor saya. Saya sokong kempen Vote Earth 2009 kalau encik nak tahu. Tak baik membazir.
Polis : Ooo camtu... Kurang ajau punye budak. Siap la ko..
Tiba-tiba polis itu membuang angin tayar motor Mat ...
Mat : Hoi! Gilo apo... Macamana aku nak bawak motor ni kalo tayar takde angin?
Polis : Lerr... Sana angin. Sini angin. Situ angin. Nak angin mana lagi nih??
Mat : ....
p/s : Gambar adalah dari kumpulan Harley Palangchao di wilayah Banaue, Filipina ... Baca Lagi...
Jam 11.00 pagi, mereka landing dgn jayanya di sebuah kampung di Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebelum mereka keluar dari pesawat, mereka perlu menyamar menyerupai penduduk bumi agar dapat menyembunyikan identiti mereka. Jika identiti mereka terbongkar, sudah pasti mereka ditangkap dan dijadikan bahan eksperimen.
Alien 1 berkata 'Tuan hamba, saya rasa bagusnya jika kita dapat menyamar seperti makhluk bumi di hujung kampung ini yang sedang makan itu'. Alien 2 melihat-lihat kearah hujung kampung seperti yg dikatakan oleh Alien 1 dan berkatalah ia,'Hamba sokong cadangan tuan hamba. Makhluk itu kelihatan begitu asyik makan dan hensem plak tu'. Maka bertukarlah mereka kepada makhluk itu dan seterusnya berjalan kearah sebuah warung.
'Apa khabar orang-orang kampung semua', sapa Alien 1 kepada pengunjung warung tersebut dgn sopan. Maklumlah ramai orang-orang tua kat warung tu. Bagaimanapun semua pengunjung warung itu hanya memandang mereka dgn agak kehairanan dan terkejut. Ada seorang budak yg sedang makan aiskrim tersedak apabila mendengar sapaan dari Alien 1. Maka Alien 2 pula berkata,'Tak jawab dosa woi'.
Dalam tempoh 11.2 saat, semua pengunjung warung lari meninggalkan alien itu dalam keadaan terpinga-pinga. Merasakan sesuatu yg tidak kena, mereka juga lari meninggalkan warung itu ke arah pesawat mereka. Bagaimanapun malang menimpa apabila sekumpulan penduduk kampung tiba-tiba datang mengejar kembali mereka. Akibat tidak biasa dgn graviti di bumi, mereka jatuh terjelepok dalam longkang. Penduduk-penduduk kampung segera mengikat mereka.
'Kito panggil TV3. Royat* pado TV3 di kampong kito ni ado biri-biri bulih kecek*. Nanti femes* kampong kito pah ni*. Hahaha..' berkata seorang daripada penduduk tersebut. Barulah mereka sedar, mereka telah menyamar sebagai seekor .....
Royat = beritahu
kecek = cakap
femes = famous
pah ni = selepas ini
Baca Lagi...
Handphone Tercanggih Akhirnya Dijual Kepada Umum!
Author: -WaN- Label: cerite kelakar, download, fakta, videoKlik disini atau pada gambar untuk mendownload promo ...

p/s: Penat gak nak tipo orang nih... Huhu
Dicilok dari rancangan Nabil - Lu Fikirlah Sendiri ...
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nenek, lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..
Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”
Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.
Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.
Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.
Apa yang kau fikir haa?? Hahaha. Takkan aku nak letak cerita 18sx kot dalam blog ni. Nanti tak pasal-pasal kena flag. Moralnya, sentiasalah berfikiran positif...
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari Enzo merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi.".................
Trimas kepada IsuHangat.com
p/s: Cerita rekaan semata-mata. Harap jangan ada sesiapa yang tiru perlakuan diatas. Hehe... Baca Lagi...
(klik pada gambar supaya lagi jelas)
p/s: Contoh pelajar yg berjaya aplikasikan PPSMI dalam kelas diorang.. Hehe.. Baca Lagi...