Walawei penat kaw-kaw. Diorang punye pasal,aku jugak yang kena. Bermula dari hari khamis dah sibuk dengan urusan-urusan diorang. Kenapa kat pejabat aku jugak tempat ko datang menyibuk? Oh tidak... Pergi dikau dari sini... Grrrr...
Namun syukurlah di saat ini semua penderitaan dah habis. Huhu...
Adeeii ape la yang aku duk mengarut ni, aku sendiri tak tau. Bukan nak marah kat sape-sape, just nak hilangkan penat dan update blog sket. Sebenarnya wan terpaksa tolong setelkan sedikit sebanyak tentang urusan pendaftaran pelajar baru tahun 1 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Minggu Induksi Siswa (MINDS '09).
Selain itu, wan jugak bertugas sebagai peniaga kat gerai JHEPA yang jual baju batik, beg, tali leher dan payung. Alhamdullilah laku gak jualan. Dapat la sikit pengalaman menjadi peniaga walo tak banyak mana pon yang aku dapat jual. Maklum la peniaga yang tak bertauliah. Hehe..
Ada kira-kira 2 ribu manusia yang daftar sebagai pelajar baru hari ni termasuk direct entry daripada budak-budak diploma. Tahniah kepada mereka kerana berjaya memasuki UMP dan menyusahkan aku. Patotnya hujung minggu adalah masa untuk relax-relax bersama awex-awex. Kehkehkeh ...
Bermula malam ni sehinggalah lagi seminggu, mereka akan menjalani minggu MINDS. Hohoho.. Sabar la yee, semua yang masuk universiti senasib je dengan korang. Setahu aku, hampir seluruh universiti awam kat Malaysia memulakan minggu orientasi bermula hari ni.
Sekali lagi wan nak ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada semua yang terpilih untuk memasuki semua universiti di seluruh Malaysia. Jangan bersedih kalo tak dapat universiti atau course pilihan hati, bila korang dah kenal member-member kat situ nanti hilanglah rasa sedih dan home sick. Orang cakap di universiti lah zaman yang paling best dalam hidup kite.
So, kite enjoyyyyy ...
p/s: Masa untuk tidooooooooo...... ZZzzZzZzzz...
Tahniah Dan Semoga Berjaya Di Universiti ...
Author: -WaN- Label: akademik, isu semasa, motivasi, ntah la, universitiReview of Transformers 2: Revenge of the Fallen ...
Author: -WaN- Label: filem, ntah la, review, transformers, transformers 2
Petang semalam wan menjejakkan kaki di Megamall Kuantan untuk layan filem Transformers 2: Revenge of the Fallen. Kesimpulan paling senang adalah 'thumbs up'.
Memang jalan cerita dari awal sampai habis adalah best dan penuh dengan aksi-aksi menarik pertarungan robot. Seperti tak terasa masa yang berlalu.
Cerita bermula apabila The Fallen berusaha untuk hidupkan kembali Megatron dan Sam Witwicky pula diburu oleh Decepticon kerana mempunyai sesuatu yang amat diperlukan mereka.
Siapa The Fallen?
Apa yang ada pada Sam Witwicky sehingga Optimus Prime mati ketika cuba menyelamatkannya dari ditangkap Megatron?
Takkan aku nak beritahu kot, nanti tak pasal-pasal kena saman dengan GSC plak. Kehkehkeh.. So kena la pergi tengok sendiri di wayang yang berdekatan. Seriusly adalah berbaloi untuk belanja tonton filem ni, jauh lagi bagus kalo nak banding dengan Dragon Ball.
Pengarah filem Transformers memang kreatif. Walopon jalan cerita dipenuhi aksi peperangan robot, namun banyak babak yang serius diselit dengan aksi lawak cam hampeh. Paling tak tahan Sam Witwicky jerit cam pompuan bila awek yang nak goda dia bertukar menjadi robot. Hehehe..
Dalam cerita ni, Sam Witwicky memasuki sebuah kolej dan meninggalkan Bumblee Bee keseorangan hingga Bumble Bee menangis. Robot juga pandai nangis sebab sedih. Adeeii.. Juga aksi JetFire dan robot kecil yang ditangkap girlfriend Sam Witwicky sedang menggatal. Ceh, robot pon ada nafsu jugak ke?
p/s: Sape nak belanja aku tengok Transformer 2? Aku sanggup tonton walopon 2 kali... Hehe..
Nampaknya ada sesetengah yang tak puas hati dengan aku sebab tak update secara konsisten. Hehehe.. Bukan malas nak update, tapi biasanya wan tulis entri berdasarkan mood. Kadang-kadang bila otak cam serabut atau terlalu letih, nak bukak blog sendiri pon rasa malas. Apatah lagi kalo nak pegi blog orang lain atau blog walking. Huhu..
Kalo nak tulis mengarut je, rasa cam tak perlu. Apalah guna tulis entri tanpa apa-apa makna. Seboleh-bolehnya entri yang ditulis ada nilai komersial. Maksud aku bila mereka baca, diorang akan tersenyum atau terasa untuk mengomen. Hahaha...
Ada gak yang cakap tulisan aku cam skema. Cess sampai hati engko cakap gitu.. Adeeii... Kalo aku tulis dalam bahasa kelate takot ramai yang tak paham plak. Haha..
Skema kadang-kadang ada bagusnya kerana orang skema biasanya jujur dan patuh peraturan. Tapi kalo terlalu skema pon susah gak. Contohnya cuba tengok plan untuk pembinaan tangga cam kat bawah ni ...
Kontraktor yang ditugaskan untuk siapkan tangga ni agak skema. Skema tahap tertinggi dan memang mengikut arahan serta jujur. Hahaha... Cube bayangkan apa yang jadi pada tangga selepas siap dibina ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Walawei hebat arr. Sekali dengan nombor pon tulis. Dia ingat seni kot nombor-nombor kat plan tu. Hakhakhak...
p/s: Aku tidak skemaaa.. Tidaakkk....
Baca Lagi...
Wan Kuzain Wan Kamal : Masa Depan Bola Sepak Malaysia?
Author: -WaN- Label: Amerika, bola sepak, epl, FAM, isu semasa, share, video, wonderkid, youtubeLama dah tulis pasal bola sepak. Lagipon sekarang takde yang menarik kecuali Piala Konfederasi kat Afrika Selatan dan musim perpindahan pemain di Eropah. Tinggalkan pasal bola sepak luar negara, hari ni wan nak ceritakan pasal seorang budak. Budak yang istimewa tapi sayangnya berada di Amerika.
Nama budak yang wan maksudkan adalah Wan Kuzain Wan Kamal. Ayahnya berasal dari Malaysia, namun keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998. Apa yang best sangat dengan Wan Kuzain?
Walopon baru berumur 11 tahun, tapi skil yang ditunjukkan olehnya memang hebat. Langsung tak dapat ditandingi oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jom layan video Wan Kuzain beraksi ...
Video ni diupload oleh abangnya yang bernama Wan Kuzack. Sebenarnya adalah terlalu awal untuk mengatakan Wan Kuzain bakal menjadi pemain bola sepak yang berjaya, namun usaha perlu dimulakan dari sekarang. Pihak BolaToday.com pula berkata sudah ada usaha dari pihak FAM untuk menawarkan sponsorship kepada Wan Kuzain supaya memasuki akademi bola sepak di Eropah.
Aku harapnya mereka berjaya. Dah lama Malaysia takde pemain berbakat, malah asyik kalah jek walopon perlawanan peringkat Asia Tenggara. Selain dari tu, aku harap Malaysia takkan rugi lagi sama macam kes Shaun Maloney dan Titus James.
Shaun Maloney adalah pemain muda terbaik Liga Scotland dan pernah menyarung jersi Aston Villa, sekarang bermain untuk Celtic dan negara Scotland. Padahal dia mempunyai kerakyatan Malaysia kerana lahir kat Perlis (kalo tak silap aku). Titus James plak senyap entah hidup lagi ke tak mamat tu. Dulu FAM ajak main untuk pasukan kebangsaan, dia tak mau...
p/s: Adei lama dah tak turun maen bola. Rasa cam dah bertambah 2kg kat perut nih.. Huhu...
Baca Lagi...
Hari ni genap sebulan poll dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi jawab soalan-soalan poll dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Hehehe..
Tujuan poll tak lain hanyalah nak tahu sedikit-sebanyak tentang habit blogger dan pandangan mereka pasal blog ini. Antara kesimpulan yang aku dapat dari poll:
1. Ramai yang berblogging waktu malam
2. Ramai yang tak kesah apa sahaja kandungan blog, asalkan menarik
3. Aku dalam proses mencarik layout baru. Ada yang cakap layout skrang ni patot ditukar.. Huhuhu..
Jumlah responden yang aku dapat biarlah rahsia. Sebab tak ramai yang jawab, dalam puluh-puluh je. Adeii..
Memang orang muda sekarang tak minat mengundi, itu pasal peratusan yang keluar mengundi ketika PRU-12 tahun lepas lebih rendah berbanding PRU sebelum itu. Ish3...
p/s: Tapi aku sendiri tak mengundi pon. Kehkehkeh...
Rasanya semua orang kenal Darth Vader, satu watak yang amat penting dalam sequel filem Star Wars. Darth Vader merupakan master of the dark side of the Force dan orang paling dipercayai oleh Emperor. Jadi macam-macam kerja jahat dibuatnya sepanjang sequel filem Star Wars seperti bla bla bla ...
.............................
Tapi wan bukan nak cerita pasal watak Darth Vader dalam Star Wars. Bosan beb sebab panjang sangat. Hari ni wan nak dedahkan 10 fakta menarik disebalik manusia yang dinamakan Darth Vader ini seperti hobi,binatang peliharaan, kenderaan dan lain-lain. Jom kita terjah ...
#Fakta 1
Semasa kecil, Darth Vader suka main basikal 3 tayar..
#Fakta 2
Semasa kecil, Darth Vader takde kawan. Kesiannn...
#Fakta 3
Suka bermain biola untuk menenangkan kepala otak..
#Fakta 4
Mempunyai seekor kucing yang dinamakan Vader Cat
#Fakta 5
Status: Berkahwin
#Fakta 6
Amat meminati cerita Harry Potter
#Fakta 7
Mempunyai sut Hello Kitty yang dihadiahkan oleh peminatnya
#Fakta 8
Adiknya bernama Pinky Vader ... Erk..?
#Fakta 9
Mempunyai sebuah kereta yang dinamakan Vader Car
#Fakta 10
Juga sebuah skuter
p/s: Dapat gak update sket setelah banyak hari menyepi. Huhuhu... Semoga terhibur ...
Fucking, Austria ... !!
Author: -WaN- Label: Austria, cerite kelakar, fakta, gambar lawak, ntah la, shareRilek ye adik-adik. Sabor sabor.. Hohoho.. Baca habis entri baru adik-adik paham apa yang pak cik nak beri tahu ni. Hehehe...
Fucking yang wan maksudkan kat sini bukan verb, tetapi noun (kata nama). Begini sebenarnya, ada sebuah kampung kat Austria yang dinamakan Fucking. Tak percaya? Google sendiri atau bukak Google Map dan cuba cari nama Fucking. Hoho..
Signboard kampung diorang plak cam kat bawah ..
Takde apa yang pelik pon sebenarnya dengan kampung ni, just nama dia yang cam best. Hehe.. Mengikut sejarah, kampung Fucking mula diteroka tahun 1070 oleh orang Focko. Tambahan "ing" pula berasal dari bahasa Jerman yang menunjukkan 'kepunyaan orang itu'.
So, Focko + ing = Fucking ... Begitu la kisah nya adik-adik. Hohoho.. Pada tahun 2004, diorang ada buat undian untuk menukar nama kampung namun majoriti penduduk mahu nama Fucking dikekalkan. Bukan apa, signboard kampung diorang biasa kena curik. Hahaha.. Kesian tol.
Apa yang pasti, nama unik kampong diorang (unik la sangat) menarik perhatian pelancong. Dapat plak pendapatan sampingan. Bila dah ramai pelancong, diorang buat bas pelancongan mereka sendiri yang dinamakan .....
p/s: Ada bakat jadi cikgu sejarah gak aku ni yee... Kehkehkeh .. :D
Baca Lagi...
Cerita ni asalnya dalam bahasa Inggeris, tapi Wan translate kepada bahasa Melayu. Bukan apa,senang sket nak baca dan paham kalo dalam bahasa Melayu. Betol tak? Hehehe...
Kisah ni berlaku kat Jepun..
Orang Jepun suka makan ikan yang segar, tapi malangnya laut di sekeliling Jepun dah banyak kurun takde ikan. Jadi nelayan di Jepun bina kapal yang lagi besar dan mampu menangkap ikan di perairan yang lebih jauh. Namun perjalanan pergi dan balik memakan masa beberapa hari, jadi ikan yang sampai di pelabuhan juga tidak segar. Orang Jepun tak sukakan ikan yang tak segar.
Untuk selesaikan masalah, diorang pasang peti sejuk dalam kapal. Ikan yang ditangkap akan dibekukan dalam peti sejuk. So mereka dapat pergi lagi jauh dan berada lebih lama di lautan sebelum kembali ke darat. Bagaimanapon orang Jepun dapat bezakan ikan segar dan ikan yang dibekukan. Mereka tak suka ikan beku. Harga ikan yang dibekukan adalah murah.
Seterusnya diorang pasang tangki ikan pulak dalam kapal. Ikan yang ditangkap dilepaskan dalam tangki. Pada awalnya ikan akan aktif untuk melepaskan diri, namun beberapa ketika kemudian ikan akan kepenatan dan tak aktif lagi dah. Malangnya ikan yang tak aktif akan mengurangkan kesegaran ikan tersebut. Orang Jepun dapat kenal pasti ikan sebegini dan mereka tak sukakannya.
Jadi apa yang nelayan Jepun buat untuk dapatkan ikan yang segar? What do u think? Fikirkan dulu sebelum skroll ke bawah ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cara yang mereka lakukan:
Ikan masih lagi dilepaskan dalam tangki, tapi sekarang mereka lepaskan seekor ikan jerung yang kecil dalam tangki itu. Hasilnya, beberapa ekor ikan akan mati dimakan jerung namun kebanyakannya akan sampai di pelabuhan dalam keadaan yang aktif dan segar.... The fish is challenge for the survival of their life.
Kita juga sama sebenarnya. Dalam kehidupan, kita perlukan 'jerung' yang akan memastikan kita sentiasa segar, aktif dan bergerak pantas.
Jadi jangan mengeluh jika ditimpa musibah. Kuatkan hati dan anggaplah musibah itu sebagai proses kematangan dalam menghadapi cabaran-cabaran akan datang yang mungkin lagi mencabar ....
p/s: Moralnya, kalo nak ikan segar pergi tangkap sendiri kat tengah laut... Kehkehkeh ... :D
Aku agak terkejut dgn headline paper hari ni. 11 orang jemaah dibunuh ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Serangan yang langsung tak berperikemanusiaan!!
Rasa nak nangis je bila aku baca berita ni. Kenapa la sampai begini manusia kejam? Penyerang menggunakan M16 dan pump-gun, manakala jemaah hanya bersenjatakan iman di hati. Rasa tak sanggup untuk melihat gambar-gambar mayat yang ditutup dengan kain dan lantai masjid yang penuh dengan darah manusia.
Amat jelas ada pihak yang mahu selatan Thai kembali kacau. Tak kesah la siapa pon atau apa tujuan sekalipon, kebenaran mesti ditegakkan. Mereka yang bertanggungjawab patot dihukum bunuh.
Aku risau sebenarnya. Aku takut bala Tuhan seperti tsunami berulang. Kemuncak perbalahan antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia bukanlah peperangan terbuka, tetapi tsunami yang meranapkan sama sekali wilayah Acheh. Risaunya aku kerana selatan Thai amatlah dekat Malaysia, apatah lagi aku yang tinggal di Kota Bharu.
p/s: Bersama-samalah kita membacakan Al-Fatihah dengan niat untuk disedekahkan kepada si mati. Juga doakan keamanan dan kesejahteraan di wilayah Selatan Thai.. Insya-Allah
Alamak dah bersawang blog sebab aku tak update.. Hehehe... Sorry gak sebab dah banyak hari tak jalan-jalan kat blog member-member semua. Cam ni la naseb orang yang tengah carik rezeki di perantauan. Busy memanjang je. Busy tu satu hal, ada lagi beberapa masalah yang tak setel sampai sekarang. Nak marah pon perkara dah jadi. Sabar je laa. Apalah hidup tanpa masalah. Huhu...
Adeii jauh plak melalut. Sebenarnya wan nak share satu seni pertahanan diri kat Jepun yang sesuai untuk golongan perempuan. Kalo lelaki nak praktis pon boleh gak. Cara yang diajar memang senang dan simple. Hohoho...
Kalo korang kena rompak, boleh follow step-step dalam gambar kat bawah. Cuma ingat kalo korang berjaya tundukkan si penjahat (mampu ke?), lepas tu terus lari tempat orang ramai atau pergi ke balai polis. Kalo duk lepak kat situ lagi takot member-member dia datang tolong plak.
Tak pasti plak sape yang reka seni pertahanan diri yang pelik ni, yang pastinya berasal dari Jepon berdasarkan tulisan. Wan memang tabik spring jika ada sape-sape yang dapat praktikkan dalam actual life. Hoho..
Step seterusnya kat bawah ...
Yang ni gerakan paling bahaye... Huhu..
p/s: Camane? Boleh buat ke tak ni? Hahahaha... :D
Baca Lagi...
Memang la hari ni hari Jumaat. Sendiri tanye sendiri jawab. Hehehe... Apee daa ..
Takde apa yang istimewa pon tapi esok ada sorang member aku kawin kat Terengganu, lagi sorang kat Kota Bharu. Dua-dua tak dapat pergi sebab takde transport. Huhu.. Maaf ye member ku. Kalo boleh aku nak pergi namun apa aku boleh buat. Setakat pakai motor cabuk susah la nak pergi jauh-jauh... Adoyaii..
Nanti kalo aku kawen jangan la tak datang plak. Hehehhe... Tapi aku punye lambat lagi kot. Sekarang ni kite fokus untuk habihkan belajar dan start cari duit dulu. Hoyyeh ...
Tinggalkan dulu pasal diorang. Jom pagi ni kita layan kartun plak. Tapi kartun yang aku uploadkan ni bukan kartun biase-biase je, tapi kartun yang bersifat motivasi sket. Amat sesuai untuk sesiapa yang amik course programming atau yang sewaktu dengannye. Hehehe... Jom layan ...
Gambar maybe kurang jelas. Klik kat gambar untuk untuk lihat lagi jelas ...
p/s: Moralnye... Errr lu pikir la sendiri. Keh3...
Pssst: Ada sesiapa boleh bagi pinjam kereta tak untuk hujung minggu ni? Nanti minggu depan aku pulangkan balik .. Huhu...
Gambar - gambar Runtuhan Stadium Sultan Mizan ...
Author: -WaN- Label: bola sepak, isu semasa, share, stadiumPelik bin ajaib tol. Stadium Sultan Mizan baru je dibina beberapa tahun lepas. Rasanya last event kat stadium tu adalah SUKMA XII Terengganu 2008. Macamana boleh runtuh ni?
Kalo setakat bus stand runtuh, tak heran la. Ini stadium beb. Stadium besar, rasanya paling besar kat Terengganu. Nasib baik takde yang cedera atau mati. Harap perkara camni takkan berlaku lagi selepas ni.
Layan gambar-gambar runtuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak... (Klik pada gambar untuk lihat lagi jelas, segak dan bergaya)
Sebelom ...
Selepas ...
Lagi gambar di bawah ...
Time camni la dapat buat rezeki lebih sket. Hohoho ...
p/s: Sempat gak post sket. Manyak sibuk sekarang ooo.. Huhu..
Gambar dicilok dari forum Asscrewz.com
Baca Lagi...