Aku agak terkejut dgn headline paper hari ni. 11 orang jemaah dibunuh ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat. Serangan yang langsung tak berperikemanusiaan!!
Rasa nak nangis je bila aku baca berita ni. Kenapa la sampai begini manusia kejam? Penyerang menggunakan M16 dan pump-gun, manakala jemaah hanya bersenjatakan iman di hati. Rasa tak sanggup untuk melihat gambar-gambar mayat yang ditutup dengan kain dan lantai masjid yang penuh dengan darah manusia.
Amat jelas ada pihak yang mahu selatan Thai kembali kacau. Tak kesah la siapa pon atau apa tujuan sekalipon, kebenaran mesti ditegakkan. Mereka yang bertanggungjawab patot dihukum bunuh.
Aku risau sebenarnya. Aku takut bala Tuhan seperti tsunami berulang. Kemuncak perbalahan antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia bukanlah peperangan terbuka, tetapi tsunami yang meranapkan sama sekali wilayah Acheh. Risaunya aku kerana selatan Thai amatlah dekat Malaysia, apatah lagi aku yang tinggal di Kota Bharu.
p/s: Bersama-samalah kita membacakan Al-Fatihah dengan niat untuk disedekahkan kepada si mati. Juga doakan keamanan dan kesejahteraan di wilayah Selatan Thai.. Insya-Allah
Bersawang? Kita bersihkan
2 years ago
apasal depa nie kejam sangat
MasyaAllah apa nak jd la dengan manusia sekarang ..
aah..terkejut gler baca paper arini..
kurang hajar sungguh!
takziah kpd mangsa korban
sgt kejam perbuatan depa ni
Org awam dia melebihi..
tahap kekejaman hitler..
serbu x kena tempat dan masa..
Sebagai pengajaran..
Moga2 dibalas setimpal..
______________________________________________
Al-fatihah..
moga rohnya tergolong dalam org syahid..
al fatihah.. so sad..
haruan - bila syaitan menguasai diri..
Dhada - sbb dunia dah hampir akhir zaman...
NaDia - tembak time org tgh semayang..mmg wat org Islam sakit hati je
Khairil - btol2..
Selamburb - insya-Allah mereka termasuk dlm golongan syahid...
cikeYda - me too..
semoga roh dicucuri rahmat...
At least mati dalam keadaan bertemu ALLAh..
cian kn..doakn yg terbaik ja..aminn
ada tgk kat berita TV3, mmg sgt kejam. Al-Fatihah.
h3r0 - insya-Allah ..
syafawani - aminn...
Misz_zana85 - Al-Fatihah ...
aku pun terbaca
Alfatihah
Sampai sekarang, kalau masuk siam, askar tanya nak p mana, jgn sebut narathiwat.tempat sensitif bagi diorang.nanti tak pasal2 dgn kita2 diorang syak tali barut org sana.