Budak 13 Tahun Jadi Bapa???

Dunia oh dunia...



LONDON - Seorang budak lelaki berumur 13 tahun, Alfie Patten menjadi bapa apabila kekasihnya melahirkan anak perempuan empat hari lalu di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekasihnya, Chantelle Steadman yang berumur 15 tahun bersalin di Hospital Eastbourne, Timur Sussex dan anak mereka seberat 3.31 kilogram.

Menurut Patten, dia dan Chantelle memutuskan untuk tidak melakukan pengguguran selepas mengetahui berita kehamilannya.

Patten mempunyai ketinggian hanya 1.21 meter dan tubuhnya seperti seorang budak berumur lapan tahun.

"Saya tidak pernah berfikir mengenai cara kami mahu membesarkan anak kami.

"Saya tidak mempunyai wang poket. Kadang-kadang bapa saya memberikan saya £10 (RM52.49)," katanya.

Patten menjalin hubungan seks ketika berumur 12 tahun tanpa memakai kondom dan mengetahui kekasihnya hamil ketika usia kandungan adalah 12 minggu.

Berita kehamilan itu terbongkar enam minggu kemudian apabila ibu Chantelle, Penny, 38, mengesyaki sesuatu selepas melihat tubuh anaknya berisi.

Pasangan kekasih itu akan membesarkan anak mereka dengan bantuan ibu dan bapa Chantelle.

Ibu Chantelle berkata: "Kami sudah mempunyai lima anak dan ia merupakan satu tanggungjawab kewangan besar.

"Namun, kami merupakan sebuah keluarga dan kami akan meneruskan kehidupan."

Sebelum ini, bapa termuda di Britain ialah Sean Stewart yang berumur 12 tahun. Dia mendapat anak selepas dia melakukan hubungan seks dengan Emma Webster berumur 15 tahun di Sharnbrook, Bedford pada 1998. - Agensi


Sumber: Kosmo! Online

p/s: Budak2 zaman sekarang...ish3...

Baca Lagi...

Kisah Ayam.. Hehe..

Ayam jantan tua: Hei ayam jantan muda! Kalo ko nk tahu,semua ayam betina kt sini aku yg punye!!..

Ayam jantan muda: Wah3..Mane adil camtu.

Ayam jantan tua: Argh, aku peduli ape..

Ayam jantan muda: Okey kite bertarung. Sape yg menang dpt semua ayam betina kt sini. Kalo ko berani la. Ko kan dh tue..

Ayam jantan tua: Mmm..Beres. Tapi dgn syarat, aku mesti dulu sebelom ko. Ko kan mude lg, sure dpt kejar aku nye.

Ayam jantan muda: Okess je..

Nak dijadikan cerite, tgh diorang berkejar-kejaran tu, tiba2 Bangg!! satu tembakan dilepaskan dan terkena pada ayam jantan muda. Rupe2nye yg menembak tu adalah tuan ayam tadi. Die menembak smbil berkata "Hampeh tol..Setiap kali aku beli ayam jantan muda, mesti gay!!" sambil menggaru-garu kepala..

p/s: Orang lame byk pengalaman...

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

The Meaning of Friendship...

Image Hosted by ImageShack.us

Good friend is very difficult to find..
Not all friends would help us, especially during hard time..
They may not pull you up, but at least they won't let you down...=)

Baca Lagi...

Aku hairan...

7 perkara yang pelik tapi benar!


1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Usman Ibn Affan r.a.

Baca Lagi...

Teknik Kejam Menyiksa Kucing..

Bermacam cara yg manusia lakukan utk menghukum pesalah, sama ada manusia atau haiwan. Kucing dlm gambar dibawah sering dimarahi kerana menyorokkan remote kontrol tuannye. Kerana itu, kucing tersebut dihukum dgn kejamnye seperti dlm gmbr dibawah...hoho...

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: No cat were harm during this photography session...=)

Baca Lagi...

Isnin 090209: Hari Bersejarah Utk aku Dan Dunia...

Selepas 2 hari tak pegang keyboard, akhirnye aku kembali menulis..

2 hari lepas,Isnin 9 Februari 2009 adalah hari bersejarah utk aku dan dunia secara amnya. Macam2 yg jadi. Aku sendiri naik pelik. Ape la nasib aku sebegini malang..huhu..

Bermula dr pagi lg, ade 2 berita yg mengejutkan. Adun Selambau, V Arumugam meletak jawatn Exco dan Adun. Tak lama lepas tu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shahrom pula disahkan meninggal dunia kerana sakit jantung dan memaksa SPR utk mengadakan 2 pilihanraya kecil..Ish3, tak habis2 dgn politik..Aku bosan

Petang plak bile aku bukak Soccernet.com, ade lagi 2 berita mengejutkan. Pengurus Portsmouth, Tony Adams dan jugak pengurus Chelsea, Scolari kena buang. Suke2 hati je Abramovich buang orang. Kalo aku la, aku tak nak letak jawatan. Aku buat mcm Ir Nazri buat, pejabat tak dpt masuk pon takpe, asal dpt duk kt umah Menteri Besar pun jadi la..haha..

Bile mlm nye plak dijangka gerhana bulan penumbra akan berlaku. Semangat tol aku dan penulis blog Kipas Susah Hidup duk usha bulan, tak jd ape2 pon. Bulan purnama ade la, bukan bulan gerhana.

Dalam pukul 9 mlm, penulis blog BD Fabregas dan Generasi Malaysia plak ajak mkn kt Gambang. Aisey, dh 2 mlm beturut-turut mkn kt luar, ari ni mkn kt luar lg. Pokai la cam ni. Tp membr punye pasal, pegi gak la. Aku bawak moto aku, dan BD Fabregas bonceng moto aku.

Bile sampai kt satu simpang 3 depan bengkel moto, ade sebuah keta kancil putih CAV **** pelahan jee. Aku pon slow jugak la, pastu pikir nk potong ke tak nak. Alang2 die slow, aku potong je la. Baru je nk potong, tiba2 kancil tu belok ke kanan. Ape lagi, aku pon brek emergancy laa. Tapi sbb moto aku takde ABS dan SRS Airbag, terus telanggar sisi kanan. Aku jatuh terjelepok dan kaki kiri plak terlekat kt bwh moto. Aku tak boleh bergerak, tp nasib baik takde kereta time tu. Syukur Alhamdullilah. Aku tak cedere sgt. Fuhh...Cume melecet kt siku kiri dan BD Fabregas plak sempat lompat turun dr moto, luke sket la kt kaki kanan.

Hampeh tol pompuan Siam tu. Masuk kanan tak bagi signal tu satu hal, bawak kete smbil borak telipon plak tu. Aku jatuh bkan die nak tolong pon, duk lepak tepi jalan pastu sibuk call mmbr die. Bile mmbr die dtg, br nk ckp dgn aku. Takut la tu sbb mmg 100% dia salah. Mmbr die yg dtg plak badan punye besar pastu ade jambul warna hijau kuning mcm bendera Kedah. Die ingat aku takut ke. Aku sound direct je sbb die mmg salah. Pastu die mintak jgn repot kt polis. Aku mmg tak nak repot kt polis, nk setel kt situ gak. Last2 die nk bayar, aku ambik je la. Dpt la RM**.**. Jadi la...

Moto aku takde la rosak teruk, tp RM puluh2 gak la kena habihkan. Kat bawah ni gmbr part moto yg rosak... Melayang lg duit aku bulan nii....adeeiiy..

Cover set patah..Arghh..
Image Hosted by ImageShack.us

Lampu terkeluar...Side mirror pecah gak..
Image Hosted by ImageShack.us


p/s: Berhati-hatilah di jalanraya, sebelom duit anda melayang ke kedai moto...

Baca Lagi...

Download mp3...

Sedikit mp3 utk di share..download la kalo rajin...

Image Hosted by ImageShack.us

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template