Showing posts with label liga super 2009. Show all posts
Showing posts with label liga super 2009. Show all posts

FAM vs KAFA

Aku tidaklah sentiasa ikuti perkembangan semasa Liga Super Malaysia tapi agak terkejut dgn tindakan oleh FAM. Denda melebihi Rm 100,000 dan tidak boleh guna Stadium Sultan Muhammad IV sehingga 31 Disember 2009. Logik ke hukuman ni? Denda banyak-banyak pastu tak bagi guna stadium. Sumber pendapatan sesuatu kelab bola pasti kebanyakannya datang dari kutipan tiket dan penaja.

Macamana nak bayar gaji pemain? Kos pentadbiran? Stadium? Penginapan dan perjalanan pemain?

Aku amat tidak puas hati kerana hukuman ini amat tidak profesional, sama saja dgn segelintir penyokong Kelantan yg merusuh. Perlu ingat, masalahnya adalah penonton fanatik bukan KAFA. Kalau denda banyak-banyak sampai KAFA bankrup pon masalah takkan selesai kerana KAFA bukanlah 'Kelab Kaunseling Penyokong-penyokong Fanatik Bola Sepak Kelantan Supaya Tidak Merusuh'.

Pada pendapat aku cara yg berkesan adalah hadkan jumlah penonton yg boleh masuk stadium, 'banned'kan sesetengah penonton dari memasuki stadium, lagi banyak polis dan peraturan lebih ketat di stadium. Dulu aku biasa juga pergi Stadium Sultan Muhammad IV (walaupun dah lama tak pergi) dan peraturan memang longgar. Orang luar sesuka hati masuk stadium tak payah bayar tiket kalau kenal orang dalam, pastu takde orang nak check penonton supaya diorang tak bawa benda yg berbahaya seperti mercun dan senjata.

Moralnya, aku lebih suka layan EPL dan UCL kt kedai mamak sambil minum teh tarik. Takde rusuhan dan polis FRU.

p/s: Teremo pulak hari ni.. Huhu.. angkatkening


Baca Lagi...

Keputusan Terkini Liga Super 28 Februari 2009


Image Hosted by ImageShack.us
Adoyai sedih betol aku ari ni. Buat pertama kalinya Kelantan kalah dalam saingan Liga Super dan Selangor berjaya mendahului Liga Super. Kekalahan 3-0 di Stadium Shah Alam boleh dianggap mengejutkan kerana persembahan mantap oleh Kelantan sebelum ini. Namun mungkin kerana over confident, Selangor memberi menyedarkan mereka yang perjalanan masih jauh. Keputusan penuh macam kat bawah....

Selangor (3) vs Kelantan (0)

Perlis (2) vs UPB MyTeam (0)

Johor FC (0) vs KM Naza (1)

Perak (2) vs KL Plus (0)

Negeri Sembilan (4) vs PDRM (1)

Kedah (3) vs Terengganu (0)

Pulau Pinang (2) vs Pahang (1)



Baca Lagi...

Keputusan terkini Liga Super Hari Ke-6...

Sabtu 14 Februari 2009; Hari ke-6 Liga Super 2009 dgn jayanya berlangsung di 7 buah stadium seluruh Malaysia. Selangor dan Kelantan berjaya menewaskan lawan masing2 dan berkongsi mata yg tertinggi dlm Liga Super namun kerana perbezaan gol yg dihasilkan, Selangor berjaya mendapat tempat pertama. PDRM meneruskan aksi hambar apabila dibelasah dgn bergaya oleh Pahang di tempat sendiri. Lain2 keputusan adalah seperti di bawah:


JFCJohor FC-PERPerak FA0:1



PERPerlis FA-NEGNegeri Sembilan FA1:0



KLPKL PLUS FC-SELSelangor FA1:3



UPBUPB-MyTeam FC-KEDKedah FA0:1



KUAKuala Muda NAZA FC-PENPenang FA3:1



PDRPDRM FA-PAHPahang FA1:4


KELKelantan FA-TERTerengganu FA3:2



Kedudukan terkini Liga Super 2009:

Rank
Team Points Played W D L Goals Diff.
1 (2) SEL Selangor FA 15 6 5 0 1 16:6 10
2 (4) KEL Kelantan FA 15 6 5 0 1 16:12 4
3 (1) NEG Negeri Sembilan FA 12 6 4 0 2 12:4 8
4 (3) KLP KL PLUS FC 12 6 4 0 2 10:7 3
5 (5) PER Perlis FA 12 6 4 0 2 9:7 2
6 (6) KUA Kuala Muda NAZA FC 12 6 4 0 2 8:6 2
7 (10) PER Perak FA 9 6 3 0 3 7:9 -2
8 (7) JFC Johor FC 8 6 2 2 2 7:9 -2
9 (12) KED Kedah FA 7 6 2 1 3 4:8 -4
10 (13) PAH Pahang FA 6 6 2 0 4 10:10 0
11 (8) TER Terengganu FA 6 6 2 0 4 8:9 -1
12 (9) UPB UPB-MyTeam FC 6 6 2 0 4 8:10 -2
13 (11) PEN Penang FA 4 6 1 1 4 7:14 -7
14 (14) PDR PDRM FA 0 6 0 0 6 3:14 -11

Sumber: HarimauMalaya.com

Baca Lagi...

Copyright © 2009 - -Gempak Gile-® - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template