Sudah berminggu aku tak menjengah ke alam blog. Apa agaknya perkembangan dengan dunia blog sekarang ni? Harapnya sihat selalu... Huhu..
Masalah di UMP memang menyakitkan hati serta menyusahkan, sehingga membantutkan nafsu untuk berblogging selama byk minggu. Malas nak cerita, student UMP pasti tahu masalah-masalah disini terutama pasal perumahan dan perpindahan fakulti yang kacau bilau. Last-last student yang kena.
Arghhh... Apa nak jadi,biarlah jadi. Aku tak nak ambik tahu dah. Janji sem depan aku pegi praktikal. Tak mau dah duk kat sini, kebosanan.
Cukuplah setakat ni, malas nak tulis dah. Tunggu esok untuk entri-entri yang terbaru. Aku akan cuba buat come back. Ceewahh macam blog hebat sangat. Piraahh.. Hak3..
p/s: Bukan nak memburukkan nama UMP, just rasa tak puas hati sket... :D
Tahniah Dan Semoga Berjaya Di Universiti ...
Author: -WaN- Label: akademik, isu semasa, motivasi, ntah la, universitiWalawei penat kaw-kaw. Diorang punye pasal,aku jugak yang kena. Bermula dari hari khamis dah sibuk dengan urusan-urusan diorang. Kenapa kat pejabat aku jugak tempat ko datang menyibuk? Oh tidak... Pergi dikau dari sini... Grrrr...
Namun syukurlah di saat ini semua penderitaan dah habis. Huhu...
Adeeii ape la yang aku duk mengarut ni, aku sendiri tak tau. Bukan nak marah kat sape-sape, just nak hilangkan penat dan update blog sket. Sebenarnya wan terpaksa tolong setelkan sedikit sebanyak tentang urusan pendaftaran pelajar baru tahun 1 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Minggu Induksi Siswa (MINDS '09).
Selain itu, wan jugak bertugas sebagai peniaga kat gerai JHEPA yang jual baju batik, beg, tali leher dan payung. Alhamdullilah laku gak jualan. Dapat la sikit pengalaman menjadi peniaga walo tak banyak mana pon yang aku dapat jual. Maklum la peniaga yang tak bertauliah. Hehe..
Ada kira-kira 2 ribu manusia yang daftar sebagai pelajar baru hari ni termasuk direct entry daripada budak-budak diploma. Tahniah kepada mereka kerana berjaya memasuki UMP dan menyusahkan aku. Patotnya hujung minggu adalah masa untuk relax-relax bersama awex-awex. Kehkehkeh ...
Bermula malam ni sehinggalah lagi seminggu, mereka akan menjalani minggu MINDS. Hohoho.. Sabar la yee, semua yang masuk universiti senasib je dengan korang. Setahu aku, hampir seluruh universiti awam kat Malaysia memulakan minggu orientasi bermula hari ni.
Sekali lagi wan nak ucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada semua yang terpilih untuk memasuki semua universiti di seluruh Malaysia. Jangan bersedih kalo tak dapat universiti atau course pilihan hati, bila korang dah kenal member-member kat situ nanti hilanglah rasa sedih dan home sick. Orang cakap di universiti lah zaman yang paling best dalam hidup kite.
So, kite enjoyyyyy ...
p/s: Masa untuk tidooooooooo...... ZZzzZzZzzz...
Review of Transformers 2: Revenge of the Fallen ...
Author: -WaN- Label: filem, ntah la, review, transformers, transformers 2
Petang semalam wan menjejakkan kaki di Megamall Kuantan untuk layan filem Transformers 2: Revenge of the Fallen. Kesimpulan paling senang adalah 'thumbs up'.
Memang jalan cerita dari awal sampai habis adalah best dan penuh dengan aksi-aksi menarik pertarungan robot. Seperti tak terasa masa yang berlalu.
Cerita bermula apabila The Fallen berusaha untuk hidupkan kembali Megatron dan Sam Witwicky pula diburu oleh Decepticon kerana mempunyai sesuatu yang amat diperlukan mereka.
Siapa The Fallen?
Apa yang ada pada Sam Witwicky sehingga Optimus Prime mati ketika cuba menyelamatkannya dari ditangkap Megatron?
Takkan aku nak beritahu kot, nanti tak pasal-pasal kena saman dengan GSC plak. Kehkehkeh.. So kena la pergi tengok sendiri di wayang yang berdekatan. Seriusly adalah berbaloi untuk belanja tonton filem ni, jauh lagi bagus kalo nak banding dengan Dragon Ball.
Pengarah filem Transformers memang kreatif. Walopon jalan cerita dipenuhi aksi peperangan robot, namun banyak babak yang serius diselit dengan aksi lawak cam hampeh. Paling tak tahan Sam Witwicky jerit cam pompuan bila awek yang nak goda dia bertukar menjadi robot. Hehehe..
Dalam cerita ni, Sam Witwicky memasuki sebuah kolej dan meninggalkan Bumblee Bee keseorangan hingga Bumble Bee menangis. Robot juga pandai nangis sebab sedih. Adeeii.. Juga aksi JetFire dan robot kecil yang ditangkap girlfriend Sam Witwicky sedang menggatal. Ceh, robot pon ada nafsu jugak ke?
p/s: Sape nak belanja aku tengok Transformer 2? Aku sanggup tonton walopon 2 kali... Hehe..
Nampaknya ada sesetengah yang tak puas hati dengan aku sebab tak update secara konsisten. Hehehe.. Bukan malas nak update, tapi biasanya wan tulis entri berdasarkan mood. Kadang-kadang bila otak cam serabut atau terlalu letih, nak bukak blog sendiri pon rasa malas. Apatah lagi kalo nak pegi blog orang lain atau blog walking. Huhu..
Kalo nak tulis mengarut je, rasa cam tak perlu. Apalah guna tulis entri tanpa apa-apa makna. Seboleh-bolehnya entri yang ditulis ada nilai komersial. Maksud aku bila mereka baca, diorang akan tersenyum atau terasa untuk mengomen. Hahaha...
Ada gak yang cakap tulisan aku cam skema. Cess sampai hati engko cakap gitu.. Adeeii... Kalo aku tulis dalam bahasa kelate takot ramai yang tak paham plak. Haha..
Skema kadang-kadang ada bagusnya kerana orang skema biasanya jujur dan patuh peraturan. Tapi kalo terlalu skema pon susah gak. Contohnya cuba tengok plan untuk pembinaan tangga cam kat bawah ni ...
Kontraktor yang ditugaskan untuk siapkan tangga ni agak skema. Skema tahap tertinggi dan memang mengikut arahan serta jujur. Hahaha... Cube bayangkan apa yang jadi pada tangga selepas siap dibina ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Walawei hebat arr. Sekali dengan nombor pon tulis. Dia ingat seni kot nombor-nombor kat plan tu. Hakhakhak...
p/s: Aku tidak skemaaa.. Tidaakkk....
Baca Lagi...
Wan Kuzain Wan Kamal : Masa Depan Bola Sepak Malaysia?
Author: -WaN- Label: Amerika, bola sepak, epl, FAM, isu semasa, share, video, wonderkid, youtubeLama dah tulis pasal bola sepak. Lagipon sekarang takde yang menarik kecuali Piala Konfederasi kat Afrika Selatan dan musim perpindahan pemain di Eropah. Tinggalkan pasal bola sepak luar negara, hari ni wan nak ceritakan pasal seorang budak. Budak yang istimewa tapi sayangnya berada di Amerika.
Nama budak yang wan maksudkan adalah Wan Kuzain Wan Kamal. Ayahnya berasal dari Malaysia, namun keluarga mereka menetap di Amerika. Wan Kuzain dilahirkan pada 14 September 1998. Apa yang best sangat dengan Wan Kuzain?
Walopon baru berumur 11 tahun, tapi skil yang ditunjukkan olehnya memang hebat. Langsung tak dapat ditandingi oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya. Jom layan video Wan Kuzain beraksi ...
Video ni diupload oleh abangnya yang bernama Wan Kuzack. Sebenarnya adalah terlalu awal untuk mengatakan Wan Kuzain bakal menjadi pemain bola sepak yang berjaya, namun usaha perlu dimulakan dari sekarang. Pihak BolaToday.com pula berkata sudah ada usaha dari pihak FAM untuk menawarkan sponsorship kepada Wan Kuzain supaya memasuki akademi bola sepak di Eropah.
Aku harapnya mereka berjaya. Dah lama Malaysia takde pemain berbakat, malah asyik kalah jek walopon perlawanan peringkat Asia Tenggara. Selain dari tu, aku harap Malaysia takkan rugi lagi sama macam kes Shaun Maloney dan Titus James.
Shaun Maloney adalah pemain muda terbaik Liga Scotland dan pernah menyarung jersi Aston Villa, sekarang bermain untuk Celtic dan negara Scotland. Padahal dia mempunyai kerakyatan Malaysia kerana lahir kat Perlis (kalo tak silap aku). Titus James plak senyap entah hidup lagi ke tak mamat tu. Dulu FAM ajak main untuk pasukan kebangsaan, dia tak mau...
p/s: Adei lama dah tak turun maen bola. Rasa cam dah bertambah 2kg kat perut nih.. Huhu...
Baca Lagi...
Hari ni genap sebulan poll dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang sudi jawab soalan-soalan poll dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Hehehe..
Tujuan poll tak lain hanyalah nak tahu sedikit-sebanyak tentang habit blogger dan pandangan mereka pasal blog ini. Antara kesimpulan yang aku dapat dari poll:
1. Ramai yang berblogging waktu malam
2. Ramai yang tak kesah apa sahaja kandungan blog, asalkan menarik
3. Aku dalam proses mencarik layout baru. Ada yang cakap layout skrang ni patot ditukar.. Huhuhu..
Jumlah responden yang aku dapat biarlah rahsia. Sebab tak ramai yang jawab, dalam puluh-puluh je. Adeii..
Memang orang muda sekarang tak minat mengundi, itu pasal peratusan yang keluar mengundi ketika PRU-12 tahun lepas lebih rendah berbanding PRU sebelum itu. Ish3...
p/s: Tapi aku sendiri tak mengundi pon. Kehkehkeh...
Rasanya semua orang kenal Darth Vader, satu watak yang amat penting dalam sequel filem Star Wars. Darth Vader merupakan master of the dark side of the Force dan orang paling dipercayai oleh Emperor. Jadi macam-macam kerja jahat dibuatnya sepanjang sequel filem Star Wars seperti bla bla bla ...
.............................
Tapi wan bukan nak cerita pasal watak Darth Vader dalam Star Wars. Bosan beb sebab panjang sangat. Hari ni wan nak dedahkan 10 fakta menarik disebalik manusia yang dinamakan Darth Vader ini seperti hobi,binatang peliharaan, kenderaan dan lain-lain. Jom kita terjah ...
#Fakta 1
Semasa kecil, Darth Vader suka main basikal 3 tayar..
#Fakta 2
Semasa kecil, Darth Vader takde kawan. Kesiannn...
#Fakta 3
Suka bermain biola untuk menenangkan kepala otak..
#Fakta 4
Mempunyai seekor kucing yang dinamakan Vader Cat
#Fakta 5
Status: Berkahwin
#Fakta 6
Amat meminati cerita Harry Potter
#Fakta 7
Mempunyai sut Hello Kitty yang dihadiahkan oleh peminatnya
#Fakta 8
Adiknya bernama Pinky Vader ... Erk..?
#Fakta 9
Mempunyai sebuah kereta yang dinamakan Vader Car
#Fakta 10
Juga sebuah skuter
p/s: Dapat gak update sket setelah banyak hari menyepi. Huhuhu... Semoga terhibur ...